Ratu Ungu
Ratu Ungu atau Raja Ungu (Thai: รายาอูงู) memerintah Kesultanan Patani (1624 - 1635), menggantikan kakaknya Ratu Biru. Dia adalah pengganti ketiga dan anak perempuan terakhir Sultan Mansur Shah Patani untuk memerintah negara dan telah digantikan oleh anak perempuannya Ratu Kuning. Berikutnya perampasan takhta Ayudhya oleh Raja Prasartthong pada 1629, dia menolak mengirim bunga mas yang lazimnya dikirimkan sebagai suatu tanda kedudukan bayaran ufti Patani kepada Siam. Oleh itu, Ayudhya mengirimkan satu bala tentera ke arah selatan pada 1632 untuk menghapuskan pemberontakannya, tetapi serangan itu telah ditangkis. Suatu serangan berikut oleh Siam pada 1634 sepatutnya diikuti oleh Belanda tetapi kapal-kapal Belanda tiba terlalu lambat dan sekali lagi serangan gagal. Akhirnya pada 1636, hanya selepas kematian Ratu Ungu, suatu penyelesaian akhirnya tercapai untuk mengembalikan hubungan di antara kedua-dua negara.
Ratu Ungu Ratu Kerajaan Melayu Patani | |
---|---|
راتو اوڠو بنت المرحوم سلطان منصور شه، سباڬاي راج اڬوڠ ڤتاني كدلاڤن | |
Raja Agong Patani Ke-8 | |
Pemerintahan | tahun 1624 - 1635 (11 tahun) |
Didahului oleh | Raja Biru |
Diikuti oleh | Raja Kuning |
Raja Muda | Raja Kuning |
Bendahara | Bendahara Ayah Datok Ternam |
Permaisuri Agong Kesultanan Pahang ڤرماءيسوري اڬوڠ كسولتانن ڤهڠ | |
Pertabalan | tahun 1585 - 1614 (29 tahun) |
Pasangan | Sultan Abdul Ghafur Muhiuddin Shah Pahang |
Ratu Kerajaan Konfederasi Patani Patani, Pahang, Kelantan, Terengganu, Singora, Merdelang, dan Johor | |
Pemasyhuran | tahun 1629 - 1635 (6 tahun) |
Bendahara | Bendahara datuk Cerak Kin (Datok Besar) |
Kemangkatan | tahun 1635 Keresik |
Anakanda | Puteri Raja Kuning |
Wangsa | Sri Wangsa |
Ayahanda | Sultan Mansur Shah |
Agama | Islam |
Kehidupan Awal
suntingApabila Raja Ungu dewasa, Raja Hijau yang merupakan kakandanya, ketika itu baru sahaja menaiki takhta pada tahun 1584, sebagai Ratu pertama di Kerajaan Patani. dan pada tahun 1585, Raja Hijau bersetuju bahawa Raja Ugu berkahwin dengan Putera Abdul-ghafur, anak kepada Sultan Abdulqadir Alauddin Shah dengan ibunya seorang gundik. demi menjalinkan hubungan dengan negeri jiran bahagian selatan yang bersempadan dengan Patani, seperti negeri Pahang.
Namun, kemudian Putera Abdulghafur mendapat sokongan daripada Raja Ugu dan kakandanya Raja Hijau, dalam merampas kuasa daripada adinda tirinya nama Sultan Ahmad Shah II Pahang, yang dilahirkan oleh Permaisuri tetapi belum matang. Akibatnya, Putera Abdulghafur sedang memutus untuk melakukan rampasan kuasa terhadap adindanya pada tahun 1592, dan ditabalkan sebagai Raja ke-12, memberikan gelaran "Sultan Abdulghafur Muhiyuddin Shah Pahang" dan melantik Raja Ugu sebagai Permaisuri Agong. Maka Sultan mempunyai Raja Ungu sebagai pemberian pelbagai nasihat semasa menjalankan tugas rasminya di hadapan pembesar-pembesar dalam balairong.
Bacaan lanjut
sunting- A. Teeuw & D. K. Wyatt. Hikayat Patani: The Story of Patani. Bibliotheca Indonesica, 5. The Hague: Martinus Nijhoff, 1970.
- Ahmad Fathy al-Fatani. Pengantar Sejarah Patani. Alor Setar: Pustaka Darussalam, 1994.
- Wayne A. Bougas. The Kingdom of Patani: Between Thai and Malay Mandalas. Occasional Paper on the Malay World, no. 12. Selangor: Institut Alam dan Tamadun Melayu, Universiti Kebangsaan Malaysia, 1994.