Rajagopalu Thamotharapillay

(Dilencongkan daripada Rajagopalu A/L Thamotharapillay)

Datuk T. Rajagopalu atau 'Rajagopalu A/L Thamotharapillay' (25 Mac 1951 - 25 Ogos 2014) adalah bekas Setiausaha Agung MIC pada 2010 lalu. Presiden MIC ketika itu ialah Datuk Seri S. Samy Vellu. Beliau menggantikan S. Murugesan yang dipecat daripada jawatan tersebut selepas membuat kenyataan terbuka mempertikaikan tindakan Samy Vellu yang menggunakan kuasanya sebagai Presiden untuk memecat empat anggota termasuk dua anggota Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) parti.[1]

Datuk

Rajagopalu Thamotharapillay

AMN
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Sembilan
Dalam jawatan
1999–2008
Menteri BesarMohamad Hassan (2004-2008)
Mohd Isa Abdul Samad (1999-2004)
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Port Dickson
Dalam jawatan
2004–2008
Didahului olehKonstituensi baharu
Digantikan oleh Ravi Munusamy
Anggota Dewan Undangan Negeri Sembilan
untuk Jeram Padang
Dalam jawatan
1999–2004
Didahului oleh M Sundram
Digantikan oleh Krishnan Letchumanan
Butiran peribadi
LahirRajagopalu a/l Thamotharapillay
25 Mac 1951
Negeri Sembilan
Meninggal dunia25 Ogos 2014(2014-08-25) (umur 63)
Parti politik MIC
PasanganDatin V. Leelavathy
Anak-anak3 (termasuk Thinalan , Kamalan , Dineshwaran T Rajagopalu)
PekerjaanAhli politik

Beliau pernah menjadi Exco kerajaan Negeri Sembilan dari tahun 1999-2008. Selain itu pernah menjawat jawatan Presiden MIC negeri Sembilan selama 10 tahun dan bertanding beberapa kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN).

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 1999 T. Rajagopalu menang di DUN N07 Jeram Padang

Dalam Pilihan raya umum Malaysia 2004 T. Rajagopalu menang di DUN N33 Port Dickson menewaskan John A/L Fernandez dari DAP. Tetapi tewas dalam Pilihan raya umum Malaysia 2008 kepada Ravy Munusamy dari PKR.

Semasa Pilihan raya kecil Bagan Pinang 2009, Naib Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Datuk Razali Ibrahim menegaskan BN /UMNO akan bekerjasama dengan Barisan Kemajuan India Se-Malaysia (IPF) dan Parti Progresif Penduduk (PPP) jika jentera MIC tidak dapat membantu. Di Bagan Pinang terdapat 420 pengundi India di Ladang Atherton, Ladang Bradwall (313), Ladang Suabetong (573), Pekan Seliau (557), Taman Eastern (90), Kampung Bagan Pinang (500), Sirusa (219) dan Teluk Kemang (165). [2]

Meninggal dunia

sunting

Pada 25 Ogos 2014, Datuk T. Rajagopalu (63 tahun) meninggal dunia di Hospital Mawar di Rasah, Seremban pada pukul 4 pagi dipercayai akibat serangan jantung.

Adun Jeram Padang, L. Manickam mengumumkan berita sedih berkenaan menerusi Facebook.Upacara keagamaan dan pengebumian akan bermula di rumah kediaman mendiang di Taman Ujong, Rasah. Mendiang meninggalkan seorang isteri dan tiga anak .[3]

Rujukan

sunting