Rajendra Chola I atau Raja Chulan[3][4][5] oleh penduduk tempatan merupakan anak kepada Rajaraja Chola I, raja dinasti Chola agung dari India Selatan. Dia menggantikan ayahandanya pada 1014 C.E. sebagai maharaja Chola. Semasa pemerintahannya, dia meluaskan pengaruh empayar Chola yang sememangnya luas sehingga tebing sungei Ganges di utara dan menyeberangi lautan. Jajahan Rajendra mengliputi persisiran Burma, Kepulauan Andaman dan Nicobar, Lakshadweep, Maldives, menewaskan raja Srivijaya (Sumatra, Malay Peninsula Kedah Tua dan kepulauan Pegu dengan armada kapalnya. Dia menewaskan Mahipala, Dinasti Pala raja kepada Bengal dan Bihar, dan untuk memperingati kemenangannya dia membina ibu negara baru yang dikenali sebagai Gangaikonda Cholapuram. Tentera Tamil Chola menerima ufti dari Thailand dan kerajaan Khmer dari Kemboja. Rajendra merupakan raja India pertama membawa tenteranya merentasi lautan. Dia turut membina kuil bagi Siva di Gangaikonda Cholapuram, reka bentuk serupa dengan kuil Brihadisvara Tanjore yang dibina oleh Rajaraja Chola. Dia mengambil gelaran Parakesari dan Yuddhamalla.

Rajendra Chola I
Parakesari
Pemerintahan1012 CE - 1044 CE[1]
Nama keputeraanMadhurantaka Chola
Tempat keputeraanThanjavur, Empayar Chola (hari moden Tamil Nadu, India)
Tempat mangkatBrahmadesam, Empayar Chola (Tiruvannamalai moden, Tamil Nadu, India)[2]
DimakamkanBrahmadesam, Tamil Nadu, India[2]
PendahuluRajaraja Chola
Rajadhiraja Chola I
PermaisuriTribhuvana Mahadeviyar
Mukkokilan
Pancavan Madeviyar
Viramadevi
Puteri Onangki
AnakandaRajadhiraja Chola I
Rajendra Chola II
Virarajendra Chola
Arulmolinangayar
Ammangadevi
AyahandaRajaraja Chola
AgamaSaivisme

Pemerintah bersama

sunting

Rajaraja Chola I telah melantik raja muda Rajendra sebagai pemerintah bersama pada 1012 C.E. Kedua anak dan bapa memerintah sebagai pemerintah setara sepanjang tahun-tahun terakhir Rajaraja. Rajendra menonjol semasa kempen Rajaraja seperti semasa menentang Vengi dan Kalinga pada penghujung pemerintahannya.

Perwarisan dan pemerintahan awal

sunting

Rajendra secara rasmi menduduki takhta Chola pada 1014 C.E., dua tahun selepas perlantikannya sebagai Pemerintah Bersama. Awal pemerintahannya pada 1018 C.E. dia melantik anak sulungnya Rajadhiraja Chola I sebagai ‘’yuvaraja’’ (Pemerintah Bersama). Rajadhiraja terus memerintah seiring dengan bapanya untuk 26 tahun berikutnya. Anak lelakinya memerintah dengan kedudukan mulia penuh seperti bapanya. Amalan ini kemungkinannya pada awalnya diamalkan bagi mengelak petelingkahan warisan.

Sistem memilih pengganti dalam tempoh hayat dan mengaitkannya dalam tugas pentadbiran merupakan aspek penting pentadbiran Chola. Putera yang cukup umur dilantik pada pelbagai kedudukan kuasa dalam jajahan empayar menurut bakat dan kecenderungan seseorang itu. Mereka yang menonjol dalam kedudukan ini kemudian dipilih sebagai raja muda. Dalam sesetengah kes anak sulong diketepikan bagi pemilihan saudara muda yang lebih berbakat.

Penaklukan Ketenteraan

sunting

Kempen awal

sunting

Catatan Rajendra turut memuatkan banyak kempen yang dilaksanakan olehnya bagi pihak Rajaraja sekitar 1002 C.E. Ini termasuk penaklukan negeri Rashtrakuta dan kawasan sekitar yang kini barat daya negeri Karnataka. Rajendra turut memimpin kempen terhadap Chalukya Satyasraya Barat dan menyeberangi sungai Tungabhadra, bertempur di tengah negeri Chalukya dan menyerang ibu negerinya.

Penjajahan Sri Lanka

sunting
 
Rajendra Chola dalam Pertempuran, Kolaramma Temple, Kolar[6]

Untuk menyempurnakan tugas yang dimulai oleh bapanya, bagi menakluk pulau Sri Lanka, Rajendra menjajah pulau tersebut pada 1018 C.E. Hasil dari kempen iniRajendra mendakwa telah menawan permata diraja Raja Pandya, yang gagal ditawan oleh Parantaka I. Rajendra turut menawan mahkota raja Sinhala, Ratunya dan anak perempuannya. Raja Sinhala, Mahinda V dijadikan tahanan dan dipindahkan ke negeri Chola. Dia kemudian dijadikan sebagai tahanan selama dua belas tahun dan mati dalam tahanan. Mahavamsa memberikan gambaran jelas mengenai kemusnahan yang dilakukan oleh tentera Chola yang menjarah di negeri Sinhala, mendakwa bahawa tentera penjajah memusnahkan kuil bagi mencari harta karun. Penulisan Chola bagaimanapun senyap mengenai perincian kempen tersebut dan melabuh tabir pada penjarahan.

Anak lelaki Mahinda, Kassapa menjadi pusat penentangan Sihalese terhadap kuasa Tamil. Perperangan natara Cholas dan Sinhalese berlarutan selama enam bulan di mana sejumlah besar Tamils terbunuh. Pada akhir pertempuran, Kassapa berjaya menghalau tentera Chola dari dari tenggara pulau Sri Langka dan memerintah sebagai Vikramabahu I.

Sejumlah runtuhan kuil Hindu telah dijumpai sekitar kawasan Polonnaruwa membuktikan kehadiran tentera Tamil.

Pada 1041 C.E. Rajendra memimpin satu lagi ekspedisi ke Sri Lanka bagi menghantikan serangan berterusan terhadap tentera Chola oleh Vikramabahu. Vikramabahu mati tidak lama kemudian and huru-hara berleluasa di kawasan luar jajahan Chola. Pelbagai pencari anventure termasuk puteri Pandya yang tersingkir dan Jagaitpala tertentu dari sejauh Kanauj merebut kuasa pada sebahagian pulau Sri Langka. Tentera Chola terpaksa menentang dan mengalahkan mereka semua.

Pandyas dan Cheras

sunting

Juga pada 1018 Rajendra melakukan perarakan kemenangan mendahului tenteranya sepanjang negeri Pandya dan Cheras (Kerala). Rajendra anugerah Tiruvalangadu mendakwa bahawa dia …’mengambil kuasa mutiara maknikam, benih kepada raja-raja Pandya’ dan bahawa ‘…Madurantaka (Rajendra) yang berani menyeberangi gunung dan dalampertempuran sengit membawa kebinasaan ke atas raja-raja Chera. Ia diperikaikan samaada Rajendra menambah sebarang kawasan tambahan kepada empayarnya sepanjang kempen ini disebabkan ia telahpun ditakluk oleh Rajaraja awal-awal pemerintahannya.

Rajendra melantik salah seorang anaknya sebagai viseroy (viceroy) dengan gelaran Jadavarman Sundara Chola-Pandya’’’ dengan Madurai sebagai ibu pejabat Viceroyalty.

Perperangan Chalukyas

sunting

Sekitar 1021 Rajendra terpaksa mengalih perhatiannya kearah Chalukyas Barat. Pada 1015 Jayasimha II menjadi raja Chalukya Barat. Tidak lama selepas perlantikannya, dia cuba merampas kembali kehilangan yang dialami oleh Satyasraya sebelumnya di tangan kerajaan Cholas. Pada awalnya dia berjaya kerana Rajendra ketika itu sibuk dengan kempennya terhadap Pandyas dan di Sri Lanka.

Jayasimha turut memutuskan untuk membabitkan dirinya dalam hal ehwal Chalukyas Timur di Vengi. Selepas kemangkatan raja Vengi, Vimaladitya, Jayasimha memberi sokongan terhadap Vijayaditya VII bagi menentang Rajaraja Narendra, seorang lagi anak lelaki Vimaladitya dengan puteri Chola, Kundavai. Rajendra secara semulajadi mempunyai kecenderungan terhadap Rajaraja, anak saudaranya (kerana Kundavai merupakan saudara Rajendra). Perang saudara meletus antara Vijayaditya dan Rajaraja. Bagaimanapun dengan bantuan Rejendra, Rajraja Narendra kemudiannya mengalahkan pasukan Vijayaditya.

Pasukan Rajendra bertembung dengan pasukan Jayasimha di perbatasan barat dan mengalahkannya dalam pertempuran Maski. Bagaimanapun Rajendra hanya mengejar Jayasimha sehingga tebing selatan sungai Tungabhadra.

Rajaraja Narendra kemudiannya menaiki takhta di Vengi yang telah lama tertangguh, selepas kembalinya daripada ekspedisi kemenangan ke Ganges pada 1022 C.E. dan Rajendra menyerahkan anak perempuannya Ammanga untuk berkahwin dengan Rajaraja.

Pada 1031 C.E., Chalukyas barat menjajah Vengi dan menghalau Rajaraja Narendra ke dalam buangan dan melantik Vijayaditya sebagai raja Vengi. Rajaraja sekali lagi mendapatkan bantuan Chola bagi mendapatkan kembali takhtanya. Tentera Chola army menjajah Vengi dan dalam pertempuran sengit berhampiran Kalidandi, berjaya mengundurkan Vijayaditya dan sekutu Chalukya baratnya. Rajaraja Narendra berjaya mendapatkan kembali takhtanya pada 1035 C.E.

Ekspedisi ke Ganges

sunting

Setelah kedua-dua perbatasan Chalukya Timur dan Chalukya Barat ditundukkan, tentera Rajendra melakukan ekspedisi yang luar biasa sekitar 1019 C.E. Tentera Rajendra terus bergerak merentasi Kalinga sehingga ke sungai Ganges. Maharaja Rajendra Chola I sendiri mara sehingga sungai Godavari untuk mempertahankan bahagian belakang pasukan ekspedisi tersebut (expeditionary). Tentera Chola akhirnya sampai ke sempadan kerajaan Pala di Bengal di mana mereka bertembung dengan Mahipala dan mengalahkannya.

Menurut Kepingan Tiruvalangadu, kempen tersebut berlangsung kurang dari dua tahun di mana banyak kerajaan di utara jatuh kepada kekuasaan tentera Chola. Ukiran tersebut mendakwa dengan lebih lanjut bahawa Rajendra mengalahkan ‘…tentera Ranasura dan memasuki wilayah Dharmapala dan mengalahkannya dan dengan itu sampai ke Ganges dan mengarah air sungai dibawa oleh raja takluk kembali ke negeri Chola.

Ia benar bahawa tentera Rajendra mengalahkan raja-raja Sakkarakottam dan Dhandabhukti dan Mahipala, tetapi tidak terdapat bukti bahawa jajahan ini ditambah kepada kerajaan Chola secara kekal. Ia pasti merupakan gambaran kekuasaan dan kekuatan empayar Chola kepada kerajaan-kerajaan utara.[7]

Penjajahan seberang laut

sunting

Belum pun empat belas tahun pemerintahan Rejendra sekitar 1025, tentera laut Chola menyeberangi lautan dan menyerang Srivijaya kerajaan Sri Sangrama Vijayatunggavarman. Kadaram, ibu negeri kerajaan laut yang berkuasa, telah dijarah dan rajanya ditawan. Bersama Kadaram, Pannai di masa kini Sumatra dan Malaiyur di Semenanjung Malaysia turut diserang.

Sangarama Vijayatungavarman merupakan anak Mara Vijayatungavarman dari dinasti Sailendra. Kerajaan Srivijaya terletak berhampiran Palembang di Sumatra.

Kita tidak mendapat sebarang rekod semasa yang menjelaskan sebab dan punca ekspedisi laut ini. Dinasti Sailendra mempunyai hubungan baik dengan Empayar Chola Empire semasa tempoh Rajaraja Chola I. Rajaraja menggalakkan Mara Vijayatungavarman untuk membina Chudamani Vihara di Nagapattinam. Rajendra mengesahkan pemberian ini dalam pemberian Anaimangalam menunjukkan hubungan baik dengan Srivijaya masih kekal baik. Kita tidak mempunyai pengetahuan mengenai punca sebenar pertelingkahan yang mencetus pertempuran laut antara Cholas dan Srivijaya.

Cholas mempunyai hubungan perdagangan aktif dengan pulau timur. Tambahan lagi kerajaan Srivijaya dan empayar India Selatan merupakan perantaraan bagi perdagangan antara China dan negeri-negeri dunia Barat. Kedua-dua Srivijaya dan Cholas mempunyai perhubungan aktif dengan China dan menghantar misi diplomatik ke China.

Rekod China bagi Dinasti Song menunjukkan misi pertama ke China dari Chu-lien (Chola) tiba kenegeri tersebut pada 1015 C.E. dan raja bagi negeri mereka adalah Lo-ts’a-lo-ts’a (Rajaraja). Satu lagi duta dari Shi-lo-cha Yin-to-loChu-lo (Sri Raja Indra Chola) tiba di China pada 1033 C.E. dan yang ketiga pada 1077 C.E. semasa Kulothunga Chola I. Hubungan perdagangan antara Cholas dan China adalah berterusan dan pesat.


Satu sebab mungkin disebabkan pertikaian perdagangan berpunca dari usaha Srivijaya bagi meletak halangan antara perdagangan yang berkembang antara China dan Cholas. Walau apapun puncanya ekspedisi ini, ia sukar untuk dipercayaai bahawa, sungguhpun kita mengambil kesemua kejayaan yang disenaraikan dalam ukiran Rajendra secara harafiah, kempen tersebut tidak membawa kepada sebarang perluasan takluk kekal selain penerimaan kabur kekuasaan Chola oleh Srivijaya. Sangaram Vijayatungavarman dikembalikan ke takhta selepas bersetuju membayar ufti berkala kepada Rajendra.

Ukiran Tanjavur turut menyatakan bahawa raja Kambhoja (Kampuchea) memohon bantuan Rajendra bagi mengalahkan musuhnya kerajaan Angkor.

Tahun-tahun terakhir

sunting

Sepanjang pemerintahan Rajendra yang panjang, baginda terbabit dengan pertikaian dan kempen berterusan bagi mengekalkan empayarnya yang luas itu. Anak lelaki Rajendra mengetuai kebanyakan kempen ketenteraan pada akhir tempoh pemerintahaannya. Maharaja Rajendra mengelak dari turun ke medan bagi memberi laluan kepada anak lelakinya bagi mencapai kegemilangan dan kehormatan.

Pemberontakan di negeri Pandya dan Kerala memerlukan beberapa tindakan dan Rajadhiraja Chola I menindas semuanya. Dia turut melakukan kempen di Sri Lanka bagi menumpaskan pemberontakan yang didalang oleh Kassapa.

Gangaikonda Cholapuram

sunting
 
Gangaikondacholapuram c. 1030 C.E.

Sebagai memperingati kempen utaranya yang diraikan besar-besaran ke Ganges, Rajendra mengambil gelaran Gangaikonda Chola dan mengarahkan pembinaan Kuil Gangakkondacholeswaram Siva dibina. Tidak lama kemudian ibu negerinya dipindahkan dari Thanjavur ke Gangaikondacholapuram. Rajendra kemungkinannya mengasaskan bandar Gangaikondacholapuram sebelum tahun ke 17nya.

Kebanyakan raja Chola yang menggantikan Rajendra dimahkotakan di sini. Mereka mengekalkannya sebagai ibu negeri mereka, mengarah dan melatih tentera Chola yang berkesan. Tidak diketahui samaada ibu negeri dipindahkan ke tempat baru bagi tujuan strategik, kerana ibu negeri lama Thanjavur mempunyai perkubuan yang kukuh.

Warisan Rajendra

sunting

Pada tahun-tahun terakhir Rajendra membentuk tempoh Cholas yang terbaik. Keluasan empayarnya adalah yang terluas dan nama tentera dan tentera lautnya telah tersohor. Maharaja dibantu oleh anak-anaknya dan ahli lain keluarganya dengan berkesan sekali. Pemerintahan imperial Chola cenderung kearah naungan (benevolent) dapat dibukti dengan kewujudan pemerintah tradisi di negeri Pandya dan Kerala dan tindakan melantik semula raja Srivijaya selepas kekalahan baginda.

Kehidupan peribadi dan keluarga

sunting

Rajendra mempunyai ramai ratu. Sesetengah dari mereka disebut dalam ukiran (inscriptions) adalah Tribuvana atau Vanvavn Mahadeviar, Mukkokila, Panchavan Mahadevi dan Viramadevi yang melaksanakan sati selepas kematian Rajendra.

Dari anak-anaknya, tiga menggantikannya diatas takhta Chola berturutan. Rajadhiraja Chola, Rajendra Chola II dan Virarajendra Chola dari mana kita tidak ketahui identiti timbalan (viceroy ) Madurai Jatavarman Sundara Chola Pandya. Dari anak perempuan Rajendra yang diketahui adalah Arulmolinangayar dan Ammangadevi yang berkahwin raja Chalukya Timur Rajaraja Narendra dan ibu kepada Kulothunga Chola I raja Chalykya Chola pertama.

  1. ^ Sen, Sailendra (2013). A Textbook of Medieval Indian History. Primus Books. m/s. 46–49. ISBN 978-9-38060-734-4.
  2. ^ a b Ē. Kē Cēṣāttiri. Sri Brihadisvara: The Great Temple of Thānjavūr. Nile Books, 1998. m/s. 19.
  3. ^ "Sri Vijaya-Malayu 1299, Singapore and Sumatran Kingdoms". www.eresources.nlb.gov.sg. Dicapai pada 2023-08-03.
  4. ^ S. Amran Tasai; Djamari; Budiono Isas (2005). Sejarah Melayu: sebagai karya sastra dan karya sejarah : sebuah antologi. Pusat Bahasa, Departemen Pendidikan Nasional. m/s. 67. ISBN 978-979-685-524-7.
  5. ^ John N. Miksic (30 September 2013). Singapore and the Silk Road of the Sea, 1300_1800. NUS Press. m/s. 147–. ISBN 978-9971-69-574-3.
  6. ^ Rice, Benjamin Lewis (1994). Epigraphia Carnatica: Volume X: Inscriptions in the Kolar District. Mangalore, British India: Department of Archeology, Mysore State. Dicapai pada 4 August 2015.
  7. ^ See Nilakanta Sastri, K.A. (1935). The CōĻas, pp 209 - 212. Sastri mengasaskan pendapatnya berdasarkan fakta bahawa kawasan ini tidak dimasukkan kedalam ukiran tulisan penggantinya dan ketiadaan sebarang bukti (epigraphical) dalam jajahan 'ditakluk'nya.

Rujukan

sunting