Istilah rakyat British[1] atau subjek British[a] mempunyai makna yang berbeza mengikut tempoh masa. Sebelum 1949, istilah tersebut merujuk kepada semua rakyat Empayar British (termasuklah United Kingdom, dominion dan jajahan, tetapi tidak termasuk tanah naungan dan negeri naungan). Di antara 1949 hingga 1983, istilah itu bersinonim dengan warga Komanwel. Pada masa kini, rakyat British merujuk kepada mereka yang memiliki kelas kerakyatan British yang sebahagian besarnya diberikan dalam keadaan terhad kepada mereka yang lahir sebelum tahun 1949 dan mempunyai kaitan dengan Ireland atau India British. Individu-individu dengan kerakyatan ini merupakan warga British dan warganegara Komanwel tetapi bukan warganegara British.

Status di bawah takrifan semasa tidak memberikan hak tempat tinggal secara automatik kepada pemegang di United Kingdom tetap kebanyakan rakyat British mempunyai hak ini. Kira-kira 32,400 rakyat British memegang pasport British yang aktif dengan status ini dan menikmati perlindungan konsular apabila mengembara ke luar negeri; kurang daripada 800 orang yang tidak mempunyai hak tempat tinggal di United Kingdom (UK).

Warga British dengan kelas ini yang tidak memiliki hak tempat tinggal tertakluk kepada kawalan imigresen apabila memasuki United Kingdom. Jika mereka tidak memegang kewarganegaraan lain, rakyat British tanpa hak tempat tinggal di UK dianggap tidak bernegara kerana mereka tidak dijamin hak untuk memasuki negara di mana mereka ialah warganya.

Hak dan keistimewaan sunting

Rakyat British yang tidak mempunyai hak tempat tinggal di United Kingdom dikecualikan daripada mendapatkan visa atau sijil kemasukan apabila melawat UK untuk tempoh kurang dari enam bulan.[2] Apabila mengembara di negara-negara lain, mereka boleh mendapatkan perlindungan konsular British.[3] Rakyat British tidak dianggap sebagai warga asing apabila menetap di UK dan berhak mendapat hak tertentu sebagai warganegara Komanwel.[4] Ini termasuklah pengecualian daripada pendaftaran dengan polis tempatan,[5] kelayakan mengundi dalam pilihan raya UK[6] dan dibolehkan untuk menyertai Angkatan Tentera British.[7] Rakyat British juga layak untuk berkhidmat dalam kesemua perkhidmatan awam,[8] diberikan penghormatan British, menerima gelaran bangsawan dan memegang kerusi di Dewan Pertuanan.[4] Jika diberikan status tinggal menetap tidak ditentukan (ILR), mereka layak untuk bertanding dalam pilihan raya Dewan Rakyat[9] dan kerajaan tempatan.[10][11][12]

Rakyat British hanya mempunyai hak tempat tinggal di UK jika mereka lahir daripada salah seorang ibu atau bapanya merupakan rakyat British, di mana mereka sendiri dilahirkan di UK atau jika si ibu berkahwin dengan pasangan yang mempunyai hak tempat tinggal sebelum tahun 1983.[13] Hampir setiap orang yang mengekalkan status rakyat British memiliki hak tempat tinggal di UK. Kira-kira 32,400 orang memegang pasport British aktif dengan status itu dan kurang daripada 800 orang tidak mempunyai hak tersebut.[14]

Kesemua rakyat British boleh menjadi warganegara British melalui pendaftaran, bukannya pewarganegaraan (naturalisasi), selepas menetap di United Kingdom untuk lebih daripada lima tahun serta memiliki sama ada hak tempat tinggal atau status ILR untuk lebih daripada setahun. Pendaftaran dengan cara ini memberikan kewarganegaraan selain daripada keturunan, yang bermaksud anak-anak yang lahir di luar UK kepada mereka yang berjaya didaftarkan ialah warganegara British mengikut keturunan.[15] Rakyat British dengan hak tempat tinggal mungkin juga mendaftar kewarganegaraan tanpa keperluan menetap berdasarkan kelahiran mereka daripada ibu atau bapa yang dilahirkan di UK. Pemohon-pemohon yang berjaya mendaftar dengan cara ini menjadi warganegara British mengikut keturunan dan tidak boleh memberikan kewarganegaraan kepada anak-anak mereka yang lahir di luar UK.[16] Individu-individu yang menjadi warga British secara automatik kehilangan status rakyat British jika mereka tidak mempunyai hubungan dengan Ireland. Jika tidak, rakyat British mungkin juga menjadi warganegara British secara serentak.[15] Rakyat British yang tidak memegang dan tidak kehilangan kerakyatan lain pada atau selepas 4 Julai 2022 berhak untuk mendaftar sebagai warganegara British.[17]

Batasan sunting

Dalam suatu kes di hadapan Mahkamah Keadilan Kesatuan Eropah, salah satu pihak berhujah bahawa rakyat British yang tidak memiliki kerakyatan lain secara de facto tidak bernegara kerana mereka tidak mempunyai hak untuk memasuki negara yang mendakwa mereka sebagai warganya.[18] Akta Kerakyatan, Imigresen dan Suaka 2002 membenarkan individu-individu ini untuk mendaftar sebagai warganegara British setelah keadaan ketakbernegaraan secara umumnya diselesaikan untuk mereka yang merupakan rakyat British semata-mata.[17]

United Kingdom sunting

Rakyat British tanpa hak tempat tinggal tertakluk kepada kawalan imigresen apabila memasuki United Kingdom.[3] Mereka dikenakan bayaran tambahan kesihatan imigresen untuk mencapai manfaat-manfaat Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan apabila menetap di UK untuk lebih daripada enam bulan[19] dan tidak layak untuk kebanyakan program kebajikan.[20]

Kesatuan Eropah sunting

Sebelum United Kingdom keluar dari Kesatuan Eropah pada 31 Januari 2020, warganegara British penuh dan rakyat British dengan hak tempat tinggal di UK merupakan warganegara Kesatuan Eropah (EU).[21] Rakyat British dengan tanpa hak tempat tinggal di UK pula bukanlah warganegara EU dan tidak menikmati kebebasan bergerak apabila berada di negara-negara EU yang lain.[22] Mereka pernah dan secara berterusan dikecualikan daripada memperoleh visa apabila melawati Kawasan Schengen.[21]

Catatan sunting

  1. ^ Dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai British subject.

Rujukan sunting

  1. ^ "Carian kata: British subject". prpm.dbp.gov.my. Dewan Bahasa dan Pustaka. Dicapai pada 31 Julai 2022 – melalui Pusat Rujukan Persuratan Melayu.
  2. ^ Foreign Office Letter on Visa Requirements for British Nationals.
  3. ^ a b "Types of British nationality: British subject". gov.uk (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan United Kingdom. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 Februari 2019. Dicapai pada 3 April 2019.
  4. ^ a b Akta Kerakyatan British 1981.
  5. ^ "UK visas and registering with the police". gov.uk (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan United Kingdom. Diarkibkan daripada yang asal pada 1 Januari 2019. Dicapai pada 2 April 2019.
  6. ^ Akta Perwakilan Rakyat 1983.
  7. ^ "Nationality" (dalam bahasa Inggeris). Tentera Darat British. Diarkibkan daripada yang asal pada 3 April 2019. Dicapai pada 2 April 2019.
  8. ^ "Civil Service Nationality Rules" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Pejabat Kabinet. November 2007. m/s. 5. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 21 Ogos 2018. Dicapai pada 2 April 2019.
  9. ^ "How can I stand in an election?" (dalam bahasa Inggeris). Parlimen United Kingdom. Diarkibkan daripada yang asal pada 7 Februari 2019. Dicapai pada 6 April 2019.
  10. ^ "Guidance for candidates and agents: Part 1 of 6 – Can you stand for election?" (PDF). Local elections in England and Wales (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pilihan Raya. Januari 2019. m/s. 3. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 2 Januari 2019. Dicapai pada 6 April 2019.
  11. ^ "Guidance for candidates and agents: Part 1 of 6 – Can you stand for election?" (PDF). Local council elections in Scotland (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pilihan Raya. April 2017. m/s. 3. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 8 Mac 2017. Dicapai pada 6 April 2019.
  12. ^ "Guide for Candidates and Agents: Local Council Elections" (dalam bahasa Inggeris). Suruhanjaya Pilihan Raya Ireland Utara. 2019. m/s. 10. Dicapai pada 6 April 2019.
  13. ^ Evans 1972, halaman 511.
  14. ^ FOI Letter on Passports.
  15. ^ a b "Guide B(OTA): Registration as a British citizen" (PDF) (dalam bahasa Inggeris). Pejabat Dalam Negeri. Mac 2019. Diarkibkan (PDF) daripada yang asal pada 28 Mac 2019. Dicapai pada 29 Mac 2019.
  16. ^ "Prove you have right of abode in the UK: Commonwealth citizens". gov.uk (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan United Kingdom. Diarkibkan daripada yang asal pada 14 April 2020. Dicapai pada 9 Mei 2020.
  17. ^ a b Akta Kerakyatan, Imigresen dan Suaka 2002.
  18. ^ Kaur (2001) C-192/99, di perenggan 17
  19. ^ "UK announces health surcharge". gov.uk (dalam bahasa Inggeris). Kerajaan United Kingdom. 27 Mac 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 11 Disember 2018. Dicapai pada 8 Januari 2018.
  20. ^ Akta Imigresen dan Suaka 1999.
  21. ^ a b Peraturan (EU) No 2019/592.
  22. ^ Kaur (2001) C-192/99, di perenggan 19–27

Sumber sunting

Perundangan dan undang-undang kes sunting

Surat-menyurat sunting

Penerbitan sunting

Laporan kerajaan sunting