Ralat piawai

harta statistik

Ralat piawai (SE, bahasa Inggeris: standard error)[1][2] suatu statistik (biasanya anggaran suatu parameter) ialah sisihan piawai taburan pensampelannya[3] atau suatu anggaran sisihan piawai itu. Jika statistik ialah min sampel, ia dipanggil ralat piawai min (SEM).[2]

Untuk suatu nilai yang disampelkan dengan suatu ralat ditaburkan normal saksama, di atas menggambarkan proportion sampel yang akan jatuh di antara 0, 1, 2, dan 3 sisihan piawai di atas dan di bawah nilai sebenar.

Taburan pensampelan suatu min populasi dijana oleh pensampelan berulang dan merakam min yang diperoleh. Ini membentuk suatu taburan min yang berbeza, dan taburan ini mempunyai min dan varians tersendiri. Dari segi matematik, varians taburan pensampelan yang diperoleh sama dengan varians populasi dibahagi oleh saiz sampel. Hal ini demikian kerana apabila saiz sampel meningkat, min sampel berkelompok lebih dekat sekitar min populasi.

Oleh itu, hubungan antara ralat piawai min dan sisihan piawai adalah seperti itu, bagi saiz sampel yang diberi, ralat piawai min sama dengan sisihan piawai dibahagi oleh punca kuasa dua saiz sampel.[2] Dalam kata lain, ralat piawai min ialah ukuran serakan min sampel sekitar min populasi.

Dalam analisis regresi, istilah "ralat piawai" merujuk sama ada kepada punca kuasa dua statistik khi kuasa dua terturun, atau ralat piawai bagi pekali regresi tertentu (seperti yang digunakan dalam, katakan, selang keyakinan).

Lihat juga sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "List of Probability and Statistics Symbols". Math Vault (dalam bahasa Inggeris). 2020-04-26. Dicapai pada 2020-09-12.
  2. ^ a b c Altman, Douglas G; Bland, J Martin (2005-10-15). "Standard deviations and standard errors". BMJ : British Medical Journal. 331 (7521): 903. ISSN 0959-8138. PMC 1255808. PMID 16223828.
  3. ^ Everitt, B. S. (2003). The Cambridge Dictionary of Statistics. CUP. ISBN 978-0-521-81099-9.

Templat:Statistik