Ralph Eggleston (lahir 18 Oktober 1965) ialah seorang animator, pengarah seni, artis papan cerita dan pereka penerbitan Amerika di Pixar Animation Studios.

Ralph Eggleston
Kelahiran (1965-10-18) 18 Oktober 1965 (umur 54)
Baton Rouge, Louisiana, Amerika Syarikat
PekerjaanJuruanimasi, pengarah seni, artis papan cerita, pereka penerbitan
Tahun aktif1987–kini
MajikanPixar Animation Studios

Dilahirkan di Baton Rouge, Louisiana, Eggleston memulakan kerjayanya di Kroyer Films dengan bekerja pada projek-projek seperti Computer Warriors dan FernGully: The Last Rainforest.

Eggleston juga mengarahkan filem pendek Pixar pemenang Oscar For the Birds.[1] Beliau bekerja sebagai Pereka Penerbitan dalam filem Inside Out selama enam tahun;[2] filem ini menerima Anugerah Annie bagi Pereka Penerbitan Terbaik.[3]

RujukanSunting

  1. ^ "Pixar's Ralph Eggleston on the Continued Importance of "Rough Sketch"". The Hollywood Reporter (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-11.
  2. ^ "Ralph Eggleston Talks 'Inside Out'". Animation World Network (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-11.
  3. ^ "Ralph Eggleston". www.trojan-unicorn.com (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2018-12-11.

Pautan luarSunting