Ramadan Jangan Pergi

Ramadan Jangan Pergi ialah sebuah siri drama tv Malaysia 2014 arahan Azman Yahya, dengan skrip oleh Sofia J. Rhyland. Siri drama ini memulakan tayangan perdana di Slot Samarinda TV3 dari 25 Jun 2014 hingga 25 Julai 2014 menggantikan Masihkah Ada Cinta. Drama ini merupakan salah satu daripada enam siri drama bertemakan Ramadan yang disiarkan di TV3.[1]

Ramadan Jangan Pergi
GenreDrama
Ditulis olehSofia J. Rhyland
PengarahAzman "Jinggo" Yahya
Dibintangi oleh
Lagu pembukaan"Doaku" oleh Lufya Omar
Lagu penutup"Doaku" oleh Lufya Omar
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod15
Penerbitan
PenerbitSheila Rusly
PenyuntingAnne Abdul
Tempoh siaran41–42 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures
Penyiaran
Saluran asalTV3
Format gambar480i (SDTV)
1080i (HDTV)
Siaran asal25 Jun 2014 – 25 Julai 2014

Sinopsis

sunting

Farah berkahwin dengan Johan pada usia muda dan dikurniakan seorang anak lelaki, Aidil. Hubungan mereka renggang sejak Johan berkawan rapat dengan Nadia. Tambahan pula, ibu Johan Mariana tidak menyukai Farah kerana menganggap Farah tidak sepadan dengan anaknya.

Menjelang bulan Ramadan, Farah terkejut apabila mendapat tahu Johan mahu melamar Nadia. Pada mulanya, Farah menyangka akan dimadukan, tetapi sebaliknya. Johan mahu menceraikannya. Farah sedar, mungkin ini balasannya kerana dia mengingkari ibunya Rohani. Rohani juga tidak merestui perkahwinan Farah dengan Johan kerana Johan biadap dengan orang tua.

Pada suatu hari, Johan mencuri kad ATM Farah selepas mengusir Farah dari rumahnya. Apakah yang akan terjadi kepada Farah? Berjayakah Nadia mendesak Farah supaya bercerai dengan Johan? Adakah Johan dan Farah akan bercerai juga?

Pelakon

sunting

Pelakon utama

sunting

Pelakon pembantu

sunting

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting

Pautan luar

sunting