Rambah terletak di Daerah Pontian, Johor, Malaysia. Sungai Rambah mengairi kawasan ini yang banyak ditanam dengan kelapa sawit. Di sepanjang Sungai Rambah, terdapatnya bot-bot nelayan pantai yang memberi pemandangan yang menarik. Di muara sungai ini terdapat Pusat Rekreasi Sungai Rambah.

Jalan raya Pontian-Kukup Laut dipertingkatkan dengan kos RM15.6 juta.Ahli Dewan Undangan Negeri Kukup, Datuk Md Othman Yusof berharap kos dapat ditambah kerana tidak mencukupi. Jalan raya Pekan Nanas-Tanjung Bin juga sedang dibangunkan. Setelah siap nanti, pelancong tidak perlu lagi melalui Pontian Kecil yang sibuk.[1]

Jalan ini penting kerana kompleks petrokimia berhampiran stesen janakuasa arang batu di Tanjung Bin dalam pembinaan. Loji Janakuasa Tanjung Bin akan menggunakan arang batu sebagaimana di Manjung,Perak.

Pelancong juga selesa ke Kukup Laut dan Taman Negara Tanjung Piai.

Rujukan sunting