Rami Hamdallah

Rami Hamdullah (Arab: رامي حمدالله; lahir 10 Ogos 1958) ialah seorang ahli akademik Palestin dan presiden Universiti An-Najah Kebangsaan di Nablus.[1] Pada 2 Jun 2013, Presiden Pihak Berkuasa Palestin Fatah Mahmoud Abbas menamakan beliau sebagai Perdana Menteri Palestin baharu bagi menggantikan Salam Fayyad yang meletak jawatan.[2] Pelantikan beliau tidak diiktiraf Hamas, yang tidak diajak berunding.[3] Beliau merupakan seorang anggota Fatah;[4] namun, BBC menyatakan yang beliau seorang calon bebas mesra Fatah.[5]

Rami Hamdallah
رامي حمدالله
Rami Hamdallah October 2013.jpg
Perdana Menteri Palestin ke-6
Dalam jawatan
6 Jun 2013 – kini
PresidenMahmoud Abbas
Didahului olehSalam Fayyad
Butiran peribadi
Lahir (1958-08-10) 10 Ogos 1958 (umur 64)
Anabta, Tebing Barat, Palestin
Parti politikFatah
Alma materUniversiti Jordan
Universiti Manchester
Universiti Lancaster

Latar belakangSunting

Rami Hamd'allah dilahirkan di Anabta di utara Tebing Barat. Beliau mendapat ijazah pertamnya daripada Universiti Jordan pada 1980 dan kemudian MA daripada Universiti Manchester pada 1982. Hamd'allah menyelesaikan PhD dalam linguistik di Universiti Lancaster pada 1988.

KerjayaSunting

Hamdallah ialah seorang profesor di Universiti An-Najah, di mana beliau mengajar Bahasa Inggeris sebelum menjadi presiden universiti pada 1998. Beliau telah berkhidmat sebgai Setiausaha Agung Suruhanjaya Pilihan Raya Pusat Palestin sejak 2002, dan menjadi timbalan pengerusinya pada 2011.[6][7]

RujukanSunting

  1. ^ "Faculty Profile at An-Najah University". Universiti An-Najah. Dicapai pada 6 Jun 2013.
  2. ^ "Abbas to appoint Rami Hamdallah as next Palestinian PM". Ynet. 2 Jun 2013. Dicapai pada 6 Jun 2013.
  3. ^ "Rami Hamdallah Appointed Prime Minister Of Palestine By President Mahmoud Abbas". huffingtonpost.
  4. ^ "Abbas names new Palestinian prime minister". Al Jazeera English. 2 Jun 2013. Dicapai pada 6 Jun 2013.
  5. ^ "Mahmoud Abbas appoints new Palestinian PM Rami Hamdallah". BBC. 3 Jun 2013. Dicapai pada 6 Jun 2013.
  6. ^ "Tokoh akademik dilantik perdana menteri baru Palestin". Astro Awani. 3 Jun 2013. Dicapai pada 7 Jun 2013.
  7. ^ "Palestinian Authority picks Rami Hamdallah as prime minister". latimes.
Jawatan politik
Didahului oleh
Salam Fayyad
Perdana Menteri Palestin
6 Jun 2013–kini
Pemegang jawatan kini