Rampage (album Search)
Rampage ialah album studio keenam rakaman kumpulan Search, dan juga album pertama yang diterbitkan oleh kugiran ini sendiri (dengan bantuan Terry Thaddeus sebagai pembantu penerbit dan Aziz Bakar sebagai penerbit eksekutif) setelah menggunakan perkhidmatan M. Nasir sebagai penerbit untuk kesemua album studio sebelumnya. Album ini dikeluarkan pada 16 Mei 1992 tetapi dikeluarkan pada 14 Mei 1992 di Indonesia.
Rampage | ||||
---|---|---|---|---|
Album studio oleh Search | ||||
Dilancarkan pada | 16 Mei 1992 | |||
Genre | Rock, heavy metal | |||
Syarikat | Go-Search, BMG Pacific | |||
Penerbit | Search | |||
Kronologi Search | ||||
| ||||
sunting · sunting di Wikidata |
Berlainan dengan album-album kumpulan Search yang terdahulu, Rampage mempunyai susunan muzik yang eksperimental dan dinamik.
Rampage dirakam di Trax Studio dengan proses mastering di Lion Studio, Singapura, iaitu tempat rakaman album-album terawal Search pada 1980-an. Ross Ariffin, Mac Chew dan Celestino tampil dalam album ini sebagai pemain papan nada undangan di samping sekumpulan penyanyi latar yang dianggotai oleh Jay Jay, antara lainnya. Album ini menampilkan Yan, pemain bass dari kumpulan Lefthanded kembali semula merakamkan album bersama Search untuk kali kedua selepas beliau sebelum ini pernah merakamkan album debut Search - Cinta Buatan Malaysia pada 1985.
Pada tahun 2003, album ini dibaik pulih oleh Edrie Hashim, serentak dengan Fenomena 2003.
Kulit Album
suntingArca Bujang Berani karya artis tempatan, Bayu Utomo Radjikin menghiasi kulit depan album ini.
Akan tetapi kemudian dijelaskan bahawa arca itu sebenarnya adalah 'Lang Kacang' boleh juga dianggap 'kembar' kepada Bujang Berani, juga hasil karya Bayu Utomo disiapkan pada tahun sama (1991).
Lang Kacang disiapkan dengan lebih lengkap apabila mempunyai anggota badan bak seorang pahlawan hendak berperang. Berbeza dengan Bujang Berani yang hanya mempunyai bahagian atas badan sahaja.
Menggabungkan elemen besi komponen dan plaster of paris sebagai materialnya menjadikan arca ini begitu simbolik.
Senarai runut
suntingNo. | Tajuk | Seni kata | Gubahan | Masa | |
---|---|---|---|---|---|
1. | "Neo Romantik" | Loloq | Search | 5:31 | |
2. | "Asli dan Tulus" | M. Nasir | M. Nasir | 5:39 | |
3. | "Berbagai Wajah" | S. Amin Shahab | M. Nasir | 5:54 | |
4. | "Metropolitan" | Dr. Wan Zawawi | Search | 5:12 | |
5. | "Analogi 0.1" | Loloq | Search | 4:41 | |
6. | "Feel the Pain" | Sujesh Pavithran | Search | 5:06 | |
7. | "Nigina" | Dr. Wan Zawawi | Search | 5:35 | |
8. | "Sederhana" | Dr. Wan Zawawi | Search | 5:28 | |
9. | "Bertopeng Cinta" | S. Amin Shahab | Search | 4:42 | |
10. | "Nirmala" | S. Amin Shahab | Search | 5:22 | |