Rampas Cintaku
Rampas Cintaku adalah sebuah drama iQIYI Original arahan Ejump Mohd, dibintangi oleh Fasha Sandha, Afieq Shazwan dan Zarul Husin. Drama bersiri 14 episod ini memulakan tayangan pada 23 September 2022 dan merupakan antara drama iQIYI Original, dengan kerjasama diantara iQIYI Malaysia dan Grab Malaysia. Drama bersiri ini boleh ditonton di platform penstriman iQIYI melalui pautan: https://www.iq.com/play/rampas-cintaku-episode-1-1b5pco0vm50atau di laman web: www.iQ.com/local.
Rampas Cintaku | |
---|---|
Genre | |
Ditulis oleh | Puteri Jacaranda |
Pengarah | Ejump Mohd |
Dibintangi oleh | |
Negara asal | Malaysia |
Bahasa | Melayu |
Bilangan episod | 14 |
Syarikat penerbitan | MIG Productions |
Penyiaran | |
Saluran asal | iQIYI Malaysia |
Format gambar | |
Format audio | Dolby Digital |
Siaran asal | 23 September 2022 |
AdaptasiSunting
Rampas Cintaku merupakan adaptasi dari novel yang berjudul 'Rampas Cintamu' tulisan Puteri Jacaranda, terbitan NovelPlus.
SinopsisSunting
Drama ini mengisahkan seorang jejaka muda bernama Rizal, yang bijak namun menghadapi pelbagai cabaran dan kesempitan hidup. Dia dan adiknya dibesarkan oleh ibu saudaranya, Mak Ngah Ila yang tidak menyayangi mereka. Keadaan bertambah buruk apabila Mak Ngah Ila berhutang dengan 'ah long' sehingga mengganggu keluarga mereka. Di atas sebab ini, Rizal memilih jalan mudah untuk ke Kuala Lumpur dan bekerja di kelab malam. Di situ, dia bertemu dengan Datin Safieya, seorang ahli perniagaan kaya yang mempunyai kisah gelap dengan rumah tangganya.
PelakonSunting
- Afieq Shazwan sebagai Rizal
- Fasha Sandha sebagai Datin Safieya
- Zarul Husin sebagai Dato Jefri
- Puteri Balqis sebagai Rina
- Zarynn Min sebagai Mak Ngah Ila
- Ady Mohammad sebagai Ashraf
- Erynn Abdullah sebagai Ayuni
- Datin Fadhilah Mansor sebagai Hajah Salmi
- Aidil Aziz sebagai Sharul
- Vicha Saywho sebagai Amanda
- Aniq Iffat sebagai Farid
Waktu tontonanSunting
Drama ini bersiaran sebanyak 14 episod, dengan penstriman episod baru adalah setiap Jumaat dan Sabtu, jam 9 malam.