Rampasan kuasa Thailand 2014

Rampasan kuasa tentera Thailand 2014 berlaku pada 22 Mei 2014 pimpinan Panglima Angkatan Tentera Thailand , Jeneral Prayuth Chan-ocha dari Angkatan Tentera Diraja Thai ekoran Krisis politik Thailand yang berlanjutan lebih 6 bulan. Penyokong antikerajaan diketuai Suthep Thaugsuban menjalankan demonstrasi hampir setiap hari kerana membantah Perdana Menteri Thailand Yingluck Shinawatra . Suthep Thaugsuban merupakan pemimpin anti kerajaan , bekas Timbalan Perdana Mentera Thailand dan dari Parti Demokrat. Kebanyakan penyokong beliau adalah golongan miskin, luar bandar dan pertengahan di bandar. Mereka menuntut kerajaan Pheu Thai dibubarkan dan pentadbiran interim dilantik untuk menyelia reformasi politik.

Rampasan kuasa tentera Thailand 2014
Sebahagian daripada Krisis politik Thai 2013–14
Tarikh22 May 2014
Lokasi
Keputusan
Pihak yang terlibat
Angkatan Tentera Diraja Thai Kerajaan Diraja Thailand
Komandan dan pemimpin
Prayuth Chan-ocha Niwatthamrong Boonsongpaisan

Kabinet Yingluck terpaksa bersidang di lokasi yang dirahsiakan semata-mata untuk mengelak diserang penunjuk perasaan antikerajaan. Kuasa Yingluck semakin terhad selepas beliau membubarkan Parlimen Thailand pada Disember 2013. Sebelum itu, mahkamah memutuskan Yingluck didapati bersalah atas tuduhan rasuah, membeli undi untuk Parti Pheu Thai dan hendaklah meletak jawatan . Penyokong Yingluck sejak era Thaksin Shinawatra memakai baju warna merah. Kebanyakan mereka dari utara Thailand. Mereka sentiasa menyokong dasar-dasar Pheu Thai . Pemimpin baju merah, Jatuporn Prompan tidak bertolak ansur dengan rampasan kuasa tentera dan pertempuran tidak dapat dielakkan.

Sejarah sunting

 
Banner di Bangkok, yang disambut pada 30hb Jun 2014, memaklumkan kepada orang ramai bahawa 'like' atau 'share' aktiviti di media sosial akhirnya mereka di dalam penjara.

Sebelum ini tentera merampas kuasa 41 hari pada 2006 di bawah pemerintahan Jeneral Sonthi Boonyaratglin yang menyingkirkan kerajaan pimpinan Perdana Menteri ketika itu, Thaksin Shinawatra. Thailand ditadbir kerajaan sementara diketuai Jeneral Bersara Surayud Chulanont sebagai Perdana Menteri selama 41 hari.[1]

Rentetan sunting

Perlembagaan negara Thailand 2007 telah digantung demi menamatkan sengketa politik. Namun fasal 'pentadbiran Diraja' masih dikekalkan.[2]

Kesemua stesen televisyen dan radio diarah memaparkan siaran tentera sahaja agar berita yang tepat sampai kepada rakyat. Semua program biasa digantung. [3] Kebebasan internet termasuk Youtube turut ditapis dan disekat.

Ketua tentera Thailand juga mengarahkan pemimpin-pemimpin kumpulan politik dan parti bersaing, ahli Suruhanjaya Pilihan Raya dan senator ke satu pertemuan di Kelab Tentera, Bangkok. Yingluck , abang ipar dan adiknya yang menjadi menteri telah ditahan selepas pertemuan itu.[4] Tentera turut menahan Chalerm Yubamrung , Wanchai Tantiwittayapitak dan ramai ahli keluarga Shinawatra.

Reaksi antarabangsa sunting

Pada 23 Mei 2014, Amerika Syarikat (AS) selaku rakan rapat Thailand akan mengkaji semula hubungan ketenteraan dengan Thailand ekoran tindakan Jeneral Tentera Prayuth Chan-ocha melakukan rampasan kuasa. Kolonel Steve Warren dari Pentagon menyatakan bahawa latihan ketenteraan melibatkan 700 anggota Marin AS di Thailand akan dikaji semula.[5]

Rujukan sunting

  1. ^ "Rampasan kuasa boleh cetus rusuhan berdarah". Utusan Malaysia. 22 Mei 2014.
  2. ^ "Perlembagaan Thailand digantung selepas rampasan". Utusan Malaysia. 23 Mei 2014.
  3. ^ "Tentera Thailand arah gantung program televisyen". Utusan Malaysia. 23 Mei 2014.
  4. ^ "Ketua tentera Thailand arah pemimpin politik selesai kemelut". Utusan Malaysia. 23 Mei 2014.
  5. ^ "AS kaji kerjasama tentera dengan Thailand". Utusan Malaysia. 23 Mei 2014.