Rangka manusia (Jawi: راڠک ماءنوسي) disokong oleh struktur seperti ligamen, tendon, otot, dan organ manusia yang lain

Pandangan hadapan rangka manusia dewasa
Pandangan belakang rangka manusia dewasa

Sejumlah 206 tulang membentuk sistem rangka manusia dewasa. Tulang dinamakan mengikut tempatnya.

2 bahagian sistem rangka manusia iaitu:

  1. Rangka paksi
  2. Rangka apendaj
    • Lengkungan pektoral
    • Lengkungan pelvis
    • Tulang-tulang anggota hadapan
    • Tulang-tulang anggota Belakang

Rangka paksi sunting

Tengkorak sunting

Rangka atau tulang-tulang tengkorak ini melindungi kepala dan organ-organ dalam kepala.

Bahagian-bahagian tengkorak ialah:

  1. Kranium
    • Berfungsi untuk melindungi otak.
    • Mempunyai 8 kepingan tulang yang berasingan bercantum melalui satur(sendi tak bergerak).
  2. Soket mata (atau Orbit)
    • Berfungsi untuk melindungi kedua-dua bebola mata.
  3. Tulang hidung
    • Berfungsi untuk menyokong tisu-tisu hidung yang lembut.
  4. Lubang telinga
    • Berfungsi untuk melindungi bahagian dalam telinga.
  5. Rahang atas (atau Maksila)
    • Berfungsi menyokong barisan gigi atas.
  6. Rahang bawah (atau Mendibel)
    • Berfungsi menyokong barisan gigi bawah.
    • Rahang berkebolehan untuk bergerak, iaitu untuk menguyah makanan dan sebagainya.
  7. Bukaan pada dasar tengkorak
    • Berfungsi untuk menyambung tengkorak dengan turus vertebra.

Turus vertebra sunting

Tulang-tulang vertebra terdiri daripada 33 ruas tulang bersendi. Pada setiap hujungnya terbentuk satu turus yang boleh luntur. Turus vertebra berfungsi untuk melindungi saraf tunjang yang terletak dibahagian tengahnya. Diantara tulang-tulang vertebra, terdapat cakera rawan yang bertindak sebagai kusyen untuk penyerap hentakan(daya) dan mengurangkan geseran semasa pergerakan.

Bahagian-bahagian turus vertebra ialah:

  • 7 vertebra serviks - Bahagian leher
  • 12 vertebra toraks - Bahagian toraks
  • 5 vertebra lumbar - Bahagian pinggang
  • 5 vertebra sakrum - Bahagian punggung
  • 4 vertebra koksiks - Bahagian hujung tulang belakang

Bahagian-bahagian vertebrata

  1. Sentrum
    • Bersifat Pejal dan tegar
    • Memberi sokongan
    • Menentang daya mampatan
  2. Arka
    • Merupakan lengkuk saraf
    • Terletak pada bahagian dorsal sentrum
    • Melindungi saraf tunjang
  3. Salur saraf
    • Merupakan salur rongga kosong
    • Berfungsi sebagai laluan saraf tunjang
  4. Zigapofisis
    • Merupakan muka sendi antara 2 vertebra.
    • Prazigapofisis mengarah ke atas.
    • Postzigapofisis mengarah ke bawah.
  5. Cuaran spina
    • Berfungsi untuk melekatkan otot
  6. Cuaran melintang
    • Berfungsi untuk melekatkan otot

Sangkar rusuk sunting

Sangkar rusuk berfungsi untuk melindungi jantung dan peparu.

Tulang-tulang yang membentuk sangkar rusuk ialah:

  • 12 pasang tulang rusuk bersendi dengan vertebra toraks dan melengkung ke hadapan.
  • 7 pasang tulang rusuk bersendi dengan sternum secara terus.
  • 3 pasang yang lain dihubung secara tidak langsung dengan rawan.
  • 3 pasang tulang rusuk terakhir tergantung bebas dan tidak dihubungkan kepada sternum.

Rangka apendaj sunting

 
Model rangka manusia

Rangka apendaj bersendi dengan rangka paksi pada bahagian bahu dan punggung.

Lengkungan pektoral sunting

Terdiri daripada 2 tulang iaitu:

  1. Tulang klavikel
    • Berbentuk rod dan melengkung sedikit.
    • Bersendi dengan manubrium pada suatu hujung dan cuaran akromion pada suatu hujung yang lain.
    • Berfungsi untuk mengalirkan daya daripada lengan kepada badan manusia.
  2. Tulang skapula
    • Berbentuk sekeping tulang leper yang berupa segitiga.
    • Membentuk cuaran akromion dan cuaran korakoid yang dianjur daripada spina skapula.
    • Lesung glenoid(bahagian tulang skapula) bersendi dengan kepala tulang humerus anggota hadapan.

Lengkungan pelvis sunting

Terdiri daripada 2 tulang kiri dan kanan yang simetri. Tulang-tulang pada kedua-dua bahagian ini bercantum antara satu sama lain di simfisis pubis pada bahagian ventral. Lengkungan ini terbahagi kepada:

  • Ilium yang bersendi dengan sakrum.
  • Iskium (atau tulang pelana)
  • Pubis (atau tulang ari-ari)