Rangkaian komputer

Rangkaian komputer adalah aturan sekumpulan Android, peranti atau terminal yang dihubungkan[1] melalui suatu protokol komunikasi sepunya biasa melalui sambungan dalaman digital untuk tujuan berkongsi sumber yang terletak pada atau disediakan oleh nod rangkaian. Sambungan antara nod terbentuk dari spektrum teknologi rangkaian telekomunikasi yang luas, berdasarkan kaedah frekuensi radio wayar, optik, dan tanpa wayar yang boleh disusun dalam pelbagai topologi rangkaian.

Nod rangkaian komputer mungkin merangkumi Android, pelayan, perkakasan rangkaian, hos khas atau penggunaan umum lain. Mereka dikenal pasti melalui nama hos dan alamat rangkaian. Nama hos berfungsi sebagai label boleh ingat untuk nod, jarang diubah setelah penugasan awal. Alamat rangkaian berfungsi untuk mencari dan mengenal pasti nod dengan protokol komunikasi seperti Protokol Internet.

Rangkaian komputer dapat diklasifikasikan oleh banyak kriteria, misalnya, medium transmisi yang digunakan untuk membawa isyarat, lebar jalur, protokol komunikasi untuk mengatur lalu lintas jaringan, ukuran jaringan, topologi, mekanisme kawalan lalu lintas, dan niat organisasi.

Rangkaian komputer menyokong banyak aplikasi dan perkhidmatan, seperti akses ke World Wide Web, video digital, audio digital, penggunaan bersama aplikasi dan pelayan penyimpanan, pencetak, dan mesin faks, dan penggunaan aplikasi e-mel serta pesanan segera.

Perkembangan

sunting

Rangkaian bermula dengan binaan yang kecil, dengan penyambungan lebih kurang sepuluh komputer dan satu pencetak. Teknologi yang wujud di masa itu menghadkan bilangan komputer yang disambung dan panjang kabel komunikasi yang boleh dibenarkan dalam rangkaian. Di awal tahun sembilan puluhan kabel komunikasi boleh ditarik sejauh kira-kira 600 kaki dengan penyambungan sebanyak lebih kurang 30 komputer sahaja. Rangkaian seperti ini sesuai untuk organisasi yang kecil dan dikenali sebagai rangkaian kawasan setempat (LAN).

LAN biasanya menghubungkan peranti dalam satu pejabat atau satu bangunan. Satu LAN boleh dibina hanya dengan dua komputer dan satu pencetak sahaja atau boleh diperluaskan dalam satu bangunan dengan memasukkan perisian audio dan video. Saiz LAN adalah terhad kepada jarak beberapa kilometer sahaja. LAN mempunyai kadar data daripada 4 Mbps sehingga 100 Mbps.

Perhubungan pengguna rangkaian dari berlainan negara telah mewujudkan perkembangan LAN kepada rangkaian kawasan luas (WAN). WAN boleh menghantar data, audio dan video pada jarak yang jauh sehingga merangkumi sebuah negara atau benua atau seluruh dunia.

Tujuan rangkaian

sunting

Berikut adalah beberapa kelebihan rangkaian komputer:

  • Perkongsian Maklumat
  • Perkongsian Sumber Perkakasan
  • Perkongsian Sumber Perisian
  • Utusan Elekronik (E-Mail)
  • Keselamatan Data
  • Sokongan

Sejarah

sunting

Sebelum kewujudan rangkaian komputer yang berasaskan jenis sistem telekomunikasi tertentu, perhubungan antara mesin pengira dan komputer awal dilaksanakan oleh pengguna manusia dengan melaksanakan arahan antara mereka. Kebanyakan tingkah laku yang dilihat di Internet pada hari ini ditujukkkan pada abad ke-19 dan boleh dikatakan pada rangkaian lebih awal menggunakan isyarat boleh dilihat.

  • Pada September 1940, George Stibitz menggunakan mesin Teletaip bagi menghantar arahan bagi set masalah daro Modelnya di Kolej Dartmouth ke Mesin Kira Nombor Rumit (“Complex Number Calculator”) di New York dan menerima balasan melalui cara yang sama. Menyambung masukan sistem seperti teletaip kepada komputer merupakan minat Agensi Projek Penyelidikan Maju (“Advanced Research Projects Agency - ARPA) apabila salah seorang juruteranya J. C. R. Licklider mengambil dan membangunkan kumpulan kerja yang digelar "Rangkaian Intergalaktik", suatu awalan kepada ARPANET, pada tahun 1962.
  • Jaringan awal komunikasi komputer termasuk sistem radar tentera Persekitaran Darat Separa Automatik (Semi-Automatic Ground Environment - SAGE), bermula lewat tahun 1950-an
  • Sistem penempahan penerbangan komersial persekitaran penyelidikan business separa automatik (semi-automatic business research environment – SABRE) yang mula dalam talian dengan dua kerangka komputer pada tahun 1960.[2][3]
  • Pada tahun 1964, penyelidik di Dartmouth membangunkan Sistem Perkongsian Masa Dartmouth bagi penguna tersebar sistem komputer besar. Pada tahun yang sama, di Institut Teknologi Massachusetts, satu kumpulan penyelidik yang disokong oleh General Electric dan Bell Labs menggunakan komputer bagi mengarah dan mengurus sambungan telefon.
  • Sepanjang tahun 1960-an Leonard Kleinrock, Paul Baran dan Donald Davies secara bebas membangunkan konsep dan sistem jaringan yang menggunakan paket yang boleh digunakan dalam jaringan antara sistem komputer.
  • 1965: ahli sains Thomas Merrill dan Lawrence G. Roberts mencipta jaringan kawasan luas (wide area network - WAN).
  • Suis telefon pertama yang digunakan secara meluas yang menggunakan kawalam komputer sebenar diperkenalkan oleh Western Electric pada tahun 1965.
  • 1969: Universiti California di Los Angeles, Institut Penyelidikan Stanford, Universiti California di Santa Barbara, dan Universiti Utah disambung pada permulaan jaringan ARPANET menggunakan litar 50 kbit/sesaat.[4]
  • Perkhidmatan komersial menggunakan X.25 dilaksanakan pada tahun 1972, dan kemudiannya digunakan sebagai struktur asas bagi mengembangkan jaringan TCP/IP.

Pada masa kini, jaringan komputer merupakan teras perhubungan moden. Kesemua aspek moden bagi jaringan ibu sawat telefon (“public switched telephone network-PSTN”) adalah dikawal komputer, dan komputer semakin kerap melalui Protokol Internet, sungguhpun tidak semestinya Internet awam. Rangkuman perhubungan telah meningkat dengan banyaknya pada abad lalu, dan ledakan pada perhubungan tidak mungkin boleh terjadi tanpa kemajuan meningkat rangkaian komputer. Jaringan komputer, dan teknologi yang diperlukan bagi menyambung dan berhubung melalui dan antara mereka, teres memancu perkakasan, perisian dan atal tambahan komputer. Perkembangan ini selari dengan pertumbuhan dalam jumlah dan jenis pengguna rangkaian dari penyelidik kepada pengguna di rumah.

Ciri-ciri

sunting

Rangkaian komputer:

Memudahkan perhubungan
Penggunaan rangkaian membolehkan perhubungan secara efisen dan mudah melalui surat eletronik, perutusan segera, bilik borak, telefon, panggilan telefon video, dan sidang video.
Membenarkan perkongsian fail, data, dan maklumat jenis lain
Dalam persekitaran jaringan, pengguna dibenarkan mampu mencapai data dan maklumat tersimpan pada komputer lain dalam rangkaian. Keupayaan memberikan capaian pada data dan maklumat di peranti simpanan berkongsi merupakan ciri penting kebanyakan jaringan.
Berkongsi sumber jaringan dan komputer
Dalam persekitaran jaringan, setiap komputer dalam rangkaian mampu mencapai dan menggunakan sumber diberikan oleh peranti dalam rangkaian, seperti mencetak dokumen pada pencetak jaringan dikongsi. Pekomputeran taburan menggunakan sumber komputer dalam rangkaian bagi melaksanakan sesuatu tugasan.
Mungkin tidak selamat
Rangkaian komputer mungkin boleh digunakan oleh penggodam komputer untuk menyebar virus atau cecacing komputer pada peranti yang disambung pada jaringan atau menghalang peranti ini daripada mencapai jaringan secara normal (serangan penafian perkhidmatan).
Mungkin mengganggu teknologi lain
Talian kuasa perhubungan menganggu dengan kuat bentuk perhubungan radio tertentu, contohnya radio amatur.[5] Ia juga mungkin mengganggu dengan teknologi langkah terakhir ("last mile") seperti ADSL dan VDSL.[6]
Mungkin lebih sukar untuk disediakan
Jaringan komputer rumit mungkin sukar untuk disediakan. Ia juga mungkin amat mahal bagi memasang jaringan komputer efektif dalam organisasi atau syarikat besar.

Perhubungan media

sunting

Jaringan komputer boleh dikelaskan menurut teknologi berkait perkakasan dan perisian yang digunakan bagi saling menyambung peranti individual dalam rangkaian, seperti kabel eletrik (HomePNA, komunikasi talian kuasa, G.hn), gentian optik, dan gelombang radia (LAN tanpa wayar). Bagi model OSI, ini terletak pada paras 1 dan 2.

Salah satu keluarga media perhubungan yang terkenal adalah secara keseluruhannya dikenali sebagai Ethernet. Ia ditakrifkan oleh IEEE 802 dan menggunakan pelbagai piwaian dan media yang membolehkan perhubungan antara peranti. Teknologi LAN tanpa wayar direka bagi menyambung peranti tanpa pendawaian. Peranti ini menggunakan isyarat gelombang radio atau infra sebagai perantaraan pemancaran.

Pengulang dan paksi

sunting

Pengulang merupakan peribadi peranti yang menerima isyarat, membersihkan dari hingar yang tidak dikehendaki, menghasilkannya semula, dan memancar kembali dengan tahap kuasa lebih kuat, atau pada sebelah halangan, agar isyarat boleh dihantar pada jarak lebih jauh tanpa merosot.

--->

Lihat juga

sunting

Rujukan

sunting
  1. ^ G. S. Rao, A. K. Rao, Ng Chee Aun & Cheng Yok San (1991). "rangkaian". Kamus Komputer Sekolah Menengah. Penerbit Fajar Bakti Sdn Bhd. m/s. 68-69. ISBN 967-65-1306-7.CS1 maint: uses authors parameter (link)
  2. ^ Michael A. Banks (2008). On the way to the web: the secret history of the internet and its founders. Apress. m/s. 1. ISBN 9781430208693.
  3. ^ Christos J. P. Moschovitis (1998). History of the Internet: a chronology, 1843 to the present. ABC-CLIO. m/s. 36. ISBN 9781576071182.
  4. ^ Chris Sutton. "Internet Began 35 Years Ago at UCLA with First Message Ever Sent Between Two Computers". UCLA. Diarkibkan daripada yang asal pada 2008-03-08. Dicapai pada 2011-11-12. Italic or bold markup not allowed in: |publisher= (bantuan)
  5. ^ The National Association for Amateur Radio: Broadband Over Powerline
  6. ^ "The Likelihood and Extent of Radio Frequency Interference from In-Home PLT Devices" (PDF). Ofcom. Dicapai pada 18 June 2011.

Templat:FS1037C

Bacaan lanjut

sunting

Pautan luar

sunting