Ranjau Sepanjang Jalan

Ranjau Sepanjang Jalan merupakan novel hasil novelis / Sasterawan negara Shahnon Ahmad. Novel ini mengisahkan kegigihan dan sikap pesimis pesawah terhadap kegiatan pertanian - bersawah pagi di Kampung Banggol Dedap.

Shahnon Ahmad telah menghasilkan novel ini pada tahun 1966 dan diterbitkan oleh Penerbitan Abbas Bandung, Melaka. Pada tahun 1966 negara Malaysia sedang mengalami keadaan ekonomi yang sedang mula membangun iaitu dalam Rancangan Malaysia Pertama selepas Rancangan Malaya Kedua. Semua petani dan penduduk di luar bandar telah digalakkan untuk meningkatkan sektor pertanian melalui kaedah moden. Namun, terdapat segelintir dari mereka yang tetap mempertahankan kaedah lama sebagaimana yang diperlihatkan oleh Dato’ Shahnon Ahmad dalam novel ini. Novel ini telah difilemkan dengan tajuk yang sama oleh pengarah filem Ahmad Mahmud.

Pengarah daripada Kemboja juga telah mengadaptasikan novel ini kepada filem yang bertajuk "Rice People" dan telah mendapat beberapa pencalonan anugerah pada tahun 1996.

Kisah ini mengisahkan mengenai keperitan petani kecil yang menjadi mangsa kepada penguasa seperti ketua kampung yang bersikap pentingkan diri terlalu berkira-kira dengan anak-anak buah seperti keluarga Lahuma dan Jeha.

keluarga Lahuma dan Jeha mempunyai tujuh orang anak iaitu Senah, Milah, Jenab, Semek, Liah, Lebar, dan Kiah. Kehidupan keluarga ini amatlah menderita. Namun, Lahuma begitu komited terhadap pekerjaannya mengusahakan sawah padi seluas empat belas relung. Tetapi Lahuma terlalu memegang pada adat dan menolak kaedah pertanian moden. Ketika membajak, Lahuma terpijak duri nibung yang menambah pada keperitan keluarga yang besar ini apabila ia melarat kesakitan itu ke seluruh tubuhnya lalu dia meninggal dunia. Tinggallah Jeha sebagai ibu tunggal menggalas tanggungjawab membesarkan anak-anak mereka di samping mengusahakan sawah padi demi mencari sesuap nasi setiap hari.

Akibat penderitaan yang melampau itu, Jeha telah dilanda kurang siuman dek terlalu tertekan dan mula merayau-rayau keliling kampung sehinggalah pada suatu hari dia ke rumah Tok Penghulu dengan berkelakuan tidak sopan, yang menyebabkan dia dikurung di rumahnya di dalam sebuah kurungan sebelum dihantar ke rumah sakit jiwa di Tanjung Rambutan oleh Tok Penghulu agar dia kembali sembuh.

Tinggallah Sanah yang berusia 16 tahun menggalas tanggungjawab baharu membesarkan adik-adiknya sambil mengusahakan sawah padi mereka. Bermacam-macam ujian juga dihadapi oleh Senah dan adik-adik tetapi dia berjaya mengatasinya. Sebagai contoh, seperti burung Tiak yang menyerang sawah mereka pada waktu malam dan Senah berjaya menyelamatkan padinya dengan memasukkan ke dalam kurungan Jeha. Akhirnya Jeha pulang ke rumah. Senah mengharapkan kepulangan ibunya aitu dalam keadaan sihat sepenuhnya tetapi amat malang sekali. Jeha masih belum lagi sembuh

Pautan luar

sunting