Ranjau Sepanjang Jalan (filem)

Filem Ranjau Sepanjang Jalan merupakan sebuah filem drama dari Malaysia 1983 arahan tahun Jamil Sulong serta dibintangi Sarimah Ahmad, Ahmad Mahmood dan ramai lagi. Ia merupakan adaptasi daripada novel berjudul sama karya Shahnon Ahmad.

Ranjau Sepanjang Jalan
Poster Filem Ranjau Sepanjang Jalan.jpg
Poster Filem Ranjau Sepanjang Jalan.
PengarahDato' Haji Jamil Sulong
PenulisLakon layar:
DibintangiSarimah, Datuk Ahmad Mahmood
Tarikh tayangan
1983
Negara Malaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu

Filem Ranjau Sepanjang Jalan kemudiannya telah mencetus ilham bagi sebuah syarikat pengeluar filem Kemboja-Perancis bagi menghasilkan filem Rice People / Neak Srey (1994), yang diarah oleh pengarah Kemboja Rithy Panh. Dalam filem itu kisah dipindahkan pada latar Kemboja semasa era selepas Khmer Rouge.[1]

PengarahSunting

Filem Ranjau Sepanjang Jalan diarah oleh pengarah Dato' Haji Jamil Sulong pada 1983.[2]

RingkasanSunting

Templat:Spoiler Filem Ranjau Sepanjang Jalan mengisahkan mengenai penderitaan satu keluarga pesawah tradisional yang menolak arus kemodenan dan berdepan dengan bencana alam dan musuh-musuh perosak hasil tanaman padi mereka. Watak utama Lahuma dilakonkan oleh Ahmad Mahmud (Allahyarham) dan watak isterinya, Jeha dilakonkan oleh Sarimah (Datuk).

PelakonSunting

LaguSunting

PencapaianSunting

  1. Festival Filem Malaysia ke-4, 1983
    1. Memenangi Filem Terbaik - Kamarul Ariffin & Sarimah
    2. Lakonlayar Terbaik - Jamil Sulong
    3. Jurukamera Terbaik - Johari Ibrahim
    4. Penataan Seni Terbaik - Esa Ahmad & Noraldin
    5. Anugerah Khas Juri - Ooi Eow Jin (muzik tema yang berkesan)
  2. Festival Filem Asia Pasifik ke-28, 1983 (Taipei)
    1. Cerita Luar Bandar Terbaik -
  3. Festival Filem Tokyo (Jepun).
  4. Festival Filem Antarabangsa Pyongyang ke-3, 1992 (Korea Utara).
  5. Festival Filem Asia Pasifik ke-44, 1999 (Bangkok).

Lihat jugaSunting

Pautan luarSunting