Raphael Maitimo

Pemain bola sepak

Raphael Guillermo Eduardo Maitimo (atau Raphael Maitimo)[1] (lahir 17 Mac 1984 di Rotterdam), merupakan pemain bola sepak naturalisasi Indonesia kelahiran Belanda yang bermain untuk Mitra Kukar dalam Liga Super Indonesia.[2]

Raphael Maitimo
Maklumat peribadi
Nama penuh Raphael Guillermo Eduardo Maitimo
Tarikh lahir (1984-03-17) 17 Mac 1984 (umur 40)
Tempat lahir Rotterdam, Belanda
Ketinggian 1.81 m (5 ka ​11 516 in)
Posisi permainan Pemain tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini
Mitra Kukar
Nombor 8
Kerjaya remaja
1990–1992 VV Nieuwerkerk
1992–2003 Akademi Feyenoord
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2004–2005 FC Dordrecht 19 (2)
2006–2008 SC Feyenoord Rotterdam 45 (19)
2008–2010 BIT FC 43 (7)
2011 Bali Devata 14 (2)
2012 Capelle 1 (0)
2013– Mitra Kukar 25 (4)
Pasukan kebangsaan
1997–1998 Belanda B15
1998–1999 Belanda B16
1999–2000 Belanda B17
2012– Indonesia 16 (3)
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik dan tepat pada 3 November 2012
‡ Gol dan kemunculan pasukan kebangsaan hingga 25 September 2014

Semasa karier awalnya, dia bermain bersama-sama Wesley Sneijder dan Arjen Robben[3] untuk pasukan Belanda B15, Belanda B16 dan Belanda B17. Di Feyenoord Maitimo bermain bersama-sama Robin van Persie.[4]

Karier sunting

Maitimo memulakan karier bola sepaknya ketika berumur 6 tahun, untuk kelab VV Nieuwerkerk di Belanda. Setelah dua tahun Maitimo di 'scout' oleh beberapa kelab profesional Belanda, satu daripadanya merupakan Feyenoord di mana dia telah mengambil langkah yang pertama dalam kerjaya profesionalnya. Maitimo menghabiskan keseluruhan karier belianya di Akademi Feyenoord.

Walaupun mempunyai komitmen sukan profesional Maitimo juga menyelesaikan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Ekonomi Perniagaan bersama Pemasaran Sukan & Pengurusan. Maitimo mengikuti program khusus untuk atlet profesional, di Rotterdam University of Applied Sciences, untuk melengkapi Ijazah Sarjana Muda Ekonomi.

Dia membuat penampilan sulung senior bersama kelab FC Dordrecht dalam Eerste Divisie yang merupakan liga bola sepak Divisyen kedua di Belanda. Maitimo menyambung karier profesionalnya dalam China League One bersama kelab BIT FC. Selepas dua musim di China, dia berpindah ke Indonesia. Pada tahun 2011 Maitimo menyertai kelab Liga Primer Indonesia Bali Devata. Pada tahun 2012 Maitimo bermain untuk VV Capelle dalam Topklasse.

Pada bulan Mei 2013 Maitimo menyertai Mitra Kukar dalam Liga Super Indonesia. Dia bermain 13 perlawanan dan menjaringkan satu gol dalam musi 2013 untuk Mitra Kukar. Dia juga menjaringkan 3 gol dalam 6 perlawanan ketika Piala Antara Pulau 2014.

International career sunting

Pada bulan Oktober 2010 Maitimo diundang oleh Persatuan Bola Sepak Indonesia untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan Indonesia. Setelah melalui proses yang panjang dengan memuktamadkan dokumen, Maitimo akhirnya membuat penampilan antarabangsa pertama untuk pasukan kebangsaan Indonesia pada 25 November 2012 dalam Piala Suzuki AFF 2012 menentang Laos. Dia juga menjaringkan gol antarabangsa pertamanya dalam perlawanan itu untuk keputusan seri 2–2.[5] Pada 26 Mac 2014 Maitimo menjaringkan gol kemenangan[6] dalam perlawanan menentang Andorra, diadakan di Sepanyol. Perlawanan itu berakhir dengan kemenangan 1-0 untuk pasukan kebangsaan Indonesia dimana ia merupakan kemenangan pertama mereka di Eropah.

Pasukan kebangsaan sunting

Pasukan kebangsaan Indonesia
Tahun Kmncln Gol
2012 3 1
2013 7 0
2014 6 2
Jumlah 16 3

Rujukan sunting

  1. ^ "Raphael Maitimo Statistics". Diarkibkan daripada yang asal pada 2013-07-09. Dicapai pada 2014-10-21.
  2. ^ "Raphael Maitimo Join Mitra Kukar".
  3. ^ "Raphael Maitimo Looking Forward To Meet Sneijder and Robben Again".
  4. ^ "Raphael Maitimo Reunited With Robin Van Persie".
  5. ^ "Maitimo eyes Indonesia response".
  6. ^ "Maitimo's Goal Brought Victory for Indonesia Against Andorra".