Rapid KL, singkatan untuk Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur merupakan jenama perkhidmatan pengangkutan awam yang dimiliki oleh Prasarana Malaysia dan dioperasi oleh dua anak syarikatnya Rapid Bus dan Rapid Rail. Rapid KL menjadi pengendali pengankutan awam utama di kawasan tersebut selepas penstrukturan semula sistem pengangakutan awam Kuala Lumpur dan Lembah Klang berikutan pengendali transit aliran ringan STAR dan PUTRA jatuh muflis.[1]

Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur
رڠکاين ڤڠڠكوتن اينترڬراسي درس كوالا لومڤور (راڤيد کي.ايل)
Jenis/bentuk sahRangkaian pengangkutan awam Sunting ini di Wikidata
IndustriJenama pengangkutan awam
DitubuhkanJulai 2004; 19 tahun yang lalu (2004-07)
Ibu pejabatKuala Lumpur,
Malaysia Malaysia
Kawasan perkhidmatanLembah Klang, Malaysia
KeluaranTransit aliran ringan (LRT),
transit aliran deras (MRT),
monorel,
transit aliran bas (BRT),
bas henti-henti dan bas pengantara
PemilikPrasarana Malaysia
Tapak webhttp://www.myrapid.com.my
Facebook: myrapid Twitter: MYRapidKL Instagram: myrapidkl Sunting ini di Wikidata
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pada tahun 2003, ia mewarisi perkhidmatan bas dan aset yang sebelum ini dioperasikan dan dimiliki oleh Intrakota dan Cityliner (Park May) selepas diberi bantuan kewangan.[2] Empat tahun kemudian, kerajaan Malaysia telah mengambil alih KL Infrastructure Group, pemilik dan pemegang konsesi operasi bagi monorel Kuala Lumpur, dan meletakkannya di bawah pemilikan Prasarana.

Dengan penubuhan dua anak syarikat baru bagi penstrukturan semula operasi rel dan bas henti-henti secara berasingan, Rapid Rail dan Rapid Bus telah ditubuhkan bagi menggantikan nama lama syarikat milik kerajaan yang ditubuhkan pada tahun 2004 iaitu Rangkaian Pengangkutan Integrasi Deras Kuala Lumpur Sdn Bhd.

Perkhidmatan sunting

Rel sunting

 
Tren Innovia Metro 200 bagi Laluan Kelana Jaya

Rapid Rail mengendali enam laluan rel iaitu:

Transit aliran ringan (LRT)


Monorel


Transit aliran massa

Bas sunting

Rencana utama: Perkhidmatan bas RapidKL

Rapid Bus merupakan pengendali bas terbesar di Lembah Kelang ketika ini. Pada masa sekarang, terdapat lebih daripada 179 laluan bas penumpang yang dikendali Rapid Bus, setelah melalui langkah pembaharuan secara menyeluruh sepanjang tahun 2006. Bas-bas RapidKL terdiri daripada bas baru yang dibeli untuk menampung pembaharuan perkhidmatan, dan bas lama yang merupakan bekas bas berjenama Intrakota Komposit dan Cityliner yang dibeli oleh Syarikat Prasarana Negara Berhad pada tahun 2003 dan dialihkan oeprasinya ke Rapid KL tahun berikutnya.

Penstrukturan semula pengangkutan awam di Kuala Lumpur sunting

Keperluan sistem pengangkutan awam di Kuala Lumpur dirombak semula menjadi nyata semenjak laluan LRT memulakan operasi komersialnya apabila bilangan penumpang didapati kurang daripada yang dijangkakan, mengakibatkan hasil jualan yang kurang memuaskan menyebabkan kedua-dua pemilik konsesi LRT , Sistem Transit Aliran Ringan Sdn Bhd (Star-LRT) dan Projek Usahasama Transit Ringan Automatik Sdn Bhd (Putra-LRT), tidak mempu membayar balik pinjaman komersial mereka. Krisis kewangan 1997/98 memburukkan lagi keadaan. Kedua-dua syarikat ini berhutang sebanyak RM5.7bil pada November 2001 apabila Corporate Debt Restructuring Committee (CDRC) anjuran kerajaan menstrukturkan semula hutang kedua-dua syarikat tersebut.

Perkhidmatan bas di Kuala Lumpur juga dibelenggui masalah kekurangan penumpang akibat kenaikan penggunaan pengangkutan persendirian serta kekurangan pelaburan modal. Dua konsortium bas yang ditubuhakn pada pertengahan 1990-an untuk mengambil alih kesemua perkhidmatan bas di Kuala Lumpur - Intrakota Komposit dan Cityliner - mula menghadapi masalah kewangan. Intrakota dilaporkan mengumpul kerugian berjumlah RM450j kesan krisi kewangan 1997/98 sehingga pengambilalihan oleh SPNB pada 2003.

Akibat hasil yang rendah ini, pengendali bas tersebut tidak mampu menjaga kenderaan sedia ada atau melabur untuk memperoleh bas baru. Kekerapan tejejas dan perkhidmatan merosot akibat kerosakan bas.

Penggunaan pengangkutan awam di Lembah Kelang menjunam sampai 16% daripada keseluruhan perjalanan, menjadikannya antara kadar penggunaan yang terendah di rantau Asia.

Pada tahun 2001, CDRC berjaya menstrukturkan semula hutang bernilai RM5.7bil kedua-dua syarikat LRT melalui penghasilan bon jaminan kerajaan oleh SPNB. SPNB secara rasminya mengambil alih pengendalian LRT daripada Star-LRT dan Putra-LRT pada 1 September 2002.

Pada bulan Oktober 2003, SPNB membayar RM177j mengambil alih Intrakota Komposit dan anak syarikatnya dari DRB-Hicom, dan juga membayar RM14j untuk 364 buah bas milik Cityliner. Syarikat-syarikat asal tersebut dinamakan sebagai pengendali sementara.

Pda bulan November 2004, SPNB memberi hak pengendalian perkhidmatan LRT dan bas kepada RapidKL.

Pada bulan Januari 2006, RapidKL memulakan rombakan semula rangkaian bas Lembah Kelang secara besar-besaran.

Pengurusan sunting

 
Bas-bas baru RapidKL di Stesen Bas Cheras, Kuala Lumpur.
  • Ketua pegawai eksekutif: Suffian Baharuddin
  • Ketua pegawai operasi (rel): Nor Hassan Ismail
  • Ketua pagawai operasi (bas): Mohd Ali Mohd Nor

Rapid Penang sunting

Rencana utama: Rapid Penang

Rapid Bus telah mengembangkan perkhidmatan bas di utara semenanjung, dijenanamakan sebagai Rapid Penang, juga dengan tujuan memperbaiki mutu pengangkutan bas awam di Pulau Pinang. Perkhidmatan bermula pada 31 Julai 2007

Lihat juga sunting

Pautan luar sunting


  1. ^ "Four public transportation projects under Dr M went bankrupt". The Star (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 2024-02-10.
  2. ^ Kiggundu, Amin T. (18 Feb 2009). "Financing public transport systems in Kuala Lumpur, Malaysia: challenges and prospects". Transportation (dalam bahasa Inggeris). 36 (3): 275–294. doi:10.1007/s11116-009-9194-z. ISSN 0049-4488.