Rapuh (lagu Pesawat)

"Rapuh" merupakan lagu nyanyian kumpulan Pesawat yang dikeluarkan pada 15 Mei 2013 dan dimuatkan dalam album sulung mereka Take Off (2011). Ia merupakan hasil nukilan oleh vokalis kumpulan ini, Hudzafei "Jipie" Hazmi,[1] dan menjadi lagu tema filem KIL arahan Nik Amir Mustapha lakonan Redza Minhat dan Cristina Suzanne yang ditayangkan pada 30 Mei 2013.[2] Video muzik bagi lagu ini telah dimuat naik ke YouTube oleh Grand Brilliance.[3]

"Rapuh"
Single oleh Pesawat
daripada album Take Off
Dilancarkan pada15 Mei 2013 (Digital)
Dirakamkan pada2013
FormatMuat turun digital
GenreIndie Rock
Panjang4:26 minit
SyarikatPramugaru Music
PenulisJipie
PenerbitGrand Brilliance
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Muzik video sunting

Muzik video "Rapuh" diterbitkan oleh Grand Brilliance dan Flux Visual Lab. Menurut Jipie, idea menghasilkan lagu untuk filem KIL datang ketika beliau dijemput untuk membuat penampilan khas dalam filem tersebut sebagai seorang inspekstor polis yang mengambil keterangan dari Akil lakonan Redza Minhat. Lagu "Rapuh" berkisarkan tentang seseorang yang mengalami tekanan emosi dalam mencari erti kehidupan disamping terpaksa mengharungi pelbagai cabaran hidup namun tidak berputus asa sambil sentiasa berharap untuk berjumpa sinar di hujung jalan, dalam erti kata lain, seseorang yang sedang rapuh emosinya, sesuai dengan premis filem KIL.[1]

Format dan senarai runut sunting

  • Muat turun digital[4]
  1. "Rapuh" – 4:26

Sejarah keluaran sunting

Negara Tarikh Format Syarikat rakaman
Malaysia 15 Mei 2013 Muat turun digital[4]
Penstriman digital[5]
Pramugaru Music

Tenaga kerja sunting

  • Komposer dan penulis lirik: Jipie

  • Pengarah muzik video: Nik Amir Mustapha & Rewan Ishak

  • Pengarah fotografi: Tengku Sharmizi

  • Penyunting dan pewarna: Rewan Ishak

  • Penolong penerbitan: Aidil Rusli & Dauz Marcelo



Rujukan sunting

  1. ^ a b "Pesawat Lancar Video Muzik Baru Rapuh OST Filem KIL". Dicapai pada 27 Mei 2013.
  2. ^ "KIL: About". Dicapai pada 22 April 2013.
  3. ^ "Pesawat cipta lagu Rapuh untuk filem Kil". Dicapai pada 27 Mei 2013.
  4. ^ a b "Rapuh - Single". iTunes Store (MY). Apple. 15 Mei 2013. Dicapai pada 17 April 2018.
  5. ^ "Rapuh - Single by Pesawat". Spotify. 15 Mei 2013. Dicapai pada 17 April 2018.