Dalam taksonomi biologi, ras (race di dalam bahasa Inggeris) ialah pangkat tidak formal dalam hierarki taksonomi yang wujud pelbagai definisi. Kadangkala ia digunakan untuk menunjukkan tahap di bawah subspesies, manakala pada masa lain ia digunakan sebagai sinonim untuk subspesies. [1] Ia telah digunakan sebagai pangkat yang lebih tinggi daripada strain, dengan beberapa strain membentuk satu ras. [2] [3] Ras mungkin merupakan sebuah populasi individu yang berbeza secara genetik dalam spesies yang sama, [4] atau mereka boleh ditakrifkan dengan cara lain, contohnya secara geografi, atau fisiologi. [5] Pengasingan genetik antara kaum tidak lengkap, tetapi perbezaan genetik mungkin telah terkumpul yang tidak (belum) mencukupi untuk memisahkan spesies. [6] Istilah ras boleh disamakan dengan perkataan "bangsa" atau "kaum" di dalam Bahasa Melayu tetapi untuk definisi konsep biologi, istilah ras lebih sesuai digunakan.

Empat ekotaip berbeza, iaitu ras ekologi, spesies Physcomitrella patens, disimpan di Pusat Stok Lumut Antarabangsa

Istilah ini diiktiraf oleh sesetengah pihak, akan tetapi istilah ini tidak dikawal oleh mana-mana kod formal dalam tatanama biologi. Unit taksonomi di bawah tahap subspesies biasanya tidak digunakan untuk haiwan. [7]

Istilah lain sunting

Dalam botani, dua perkataan Latin: stirps dan proles telah digunakan secara tradisional di dalam bidang botani dahulukala, dan proles disyorkan dalam Kod Tatanama botani yang pertama, diterbitkan pada tahun 1868. [8]

Pendekatan definisi sunting

Ras ditakrifkan mengikut mana-mana ciri yang boleh dikenal pasti, termasuk frekuensi gen. [9] "Perbezaan ras adalah relatif, bukan mutlak". [9] Perbezaan penyesuaian yang membezakan ras boleh terkumpul walaupun dengan aliran gen yang besar dan variasi habitat clinal (bukannya diskret). [10] Zon hibrid antara ras adalah penghalang separa telap kepada aliran gen, [11] satu contoh zon hibrid adalah ras kromosom di dalam pokok Auckland wētā . [12]

Chromosomal race
Sebuah populasi yang membezakan berdasarkan keunikan karyotype, iaitu pembezaan melalui pembezaan bilangan kromosom, (ploidy), atau struktur kromosom yang berbeza.[9]
Geographical race
Sebuah populasi yang terbeza kerana isolasi daripada populasi yang sama spesis atau spesis yang lain ialah isolated in a particular area. [13]. Ras geografi mempunyai istilah yang tersendiri iaitu allopatric.[9]
Physiological race
Sekumpulan individu yang tidak semestinya berbeza dari segi morphology daripada individu yang lain dalam spesis yang sama tetapi kumpulan ini mempunyai ciri-ciri fisiologi atau kelakuan yang unik.[14] Ras fisiologi mungkin berlaku kerana terpengaruh dengan alam sekitar, yang dimana spesis tersebut telah mengadaptasi untuk tinggal di lokasi atau habitat yang akan mempengaruhi gaya pemakanan dan sumber makanan mereka sekali.[15] Spesis Parasitic, sering dikaitkan dengan ketiadaan lokasi geografi tetapi mempunyai ras yang telah adapted di beberapa hosts,[14][16] tetapi perkara ini adalah sukar untuk membezakan secara kormosom.[17]

Dalam botani, yang dimana "ras fisiologi" (sering digunakan dalam mikologi[16]), ras biologi, dan bentuk biologi selalu digunakan secara sinonim,[14][18][19] Istilah Ras fisiologi adalah sama dengan klasifikasi forma specialis,[14] tetapi istilah tersebut selalunya digunakan untuk menjelaskan infraspecific scientific name (dan mengikuti scientific naming conventions) yang berasaskan bahasa Latin.

Istilah ras juga telah digunakan pada zaman dahulu berhubung dengan haiwan peliharaan, sebagai istilah lain untuk baka; [4] penggunaan terebut kekal dalam bentuk gabungan, dalam istilah landrace, juga digunakan untuk tumbuhan yang telah didomestikasi. Perkataan serumpun untuk ras wujud dalam banyak bahasa ( Sepanyol: raza  ; Jerman: Rasse  ; Perancis: race ) dan ia boleh membawa maksud yang lebih besar daripada maksud dalam perkataan Inggeris, dan sering digunakan dalam erti kata 'baka domestik'. [20]

Membezakan daripada pangkat taksonomi yang lain sunting

Jika perbezaan ras itu adalah ketara atau jika mereka telah dikaji dan mendapati terdapat sedikit perkaitan dari segi genetik tanpa mengira fenotip, dua atau lebih kumpulan/kaum boleh dikenal pasti sebagai subspesies (dalam botani, mikologi dan fikologi), dan diberi nama yang tersendiri. Ernst Mayr, seorang pakar biologi telah menulis bahawa subspesies boleh menjadi " geographic race yang cukup berbeza dari segi taksonomi untuk layak diberi nama yang berasingan." [21] [22]

Kajian populasi yang tertumpu kepada pelabelan haiwan biologi mengikut pembezaan ras kadangkala boleh membawa kepada pengkelasan spesies yang baharu. Sebagai contoh, pada tahun 2008, sebuah kajian yang mengkaji populasi wereng coklat ( Nilaparvata lugens ) di Filipina, telah mendapati terdapat dua ras. Salah satu ras dapat menyesuaikan diri dengan memakan padi, manakala satu lagi memakan rumput Leersia hexandra. Pembezaan kedua-dua jenis populasi ini telah diklasifikasikan semula daripada sebuah ras kepada "dua spesies simpatrik yang berbeza, tetapi sangat bersekutu rapat. ". Perkara ini telah dibuktikan apabila kadar kelangsungan hidup untuk kedua-dua jenis ras adalah lemah apabila diberi sumber makanan yang bertentangan, memberi halangan kepada penghibridan antara populasi, keutamaan seragam untuk mengawan antara ahli populasi yang sama, perbezaan bunyi mengawan, varians oviposisi dan ciri-ciri lain yang boleh dibezakan. [15]

Untuk bakteria patogen yang telah mengadaptasi pada suatu perumah tertentu, ras boleh secara rasmi dinamakan sebagai pathovars. Bagi organisma parasit yang terkandung dalam Kod Tatanama Antarabangsa untuk alga, kulat dan tumbuhan, istilah forma specialis (plural formae speciales) digunakan.

Dalam mikologi dan fitopatologi sunting

Pengelasan kulat mengikut ras kerap dilakukan dalam mikologi, yang bermaksud penyelidikan kulat, dan terutamanya dalam fitopatologi, yang merupakan penyelidikan berkaitan penyakit tumbuhan, yang selalunya adalah kulat. Istilah "ras fisiologi" disyorkan untuk digunakan berbanding "bentuk biologi" berdasarkan perbicangan di Kongres Botani Antarabangsa pada tahun 1935. Walaupun dari segi sejarah istilah ini telah digunakan secara tidak konsisten oleh ahli patologi tumbuhan, trend penyelidikan terkini adalah menggunakan istilah ras untuk merujuk kepada "kumpulan genotip perumah yang membenarkan pencirian virulensi" [23] (dalam istilah yang lebih mudah: mengelompokkan kulat parasit kepada ras berdasarkan seberapa kuat ia menjejaskan tumbuhan perumah tertentu).

Pengeluaran Cucumis melo (cantaloupe dan muskmelon) secara komersial, sebagai contoh, telah terlibat dalam "perlumbaan senjata" biologi sejak 1925 untuk menentang cendawan serbuk cucurbit, yang muncul akibat kehadiran ras kulat Podosphaera xanthii yang timbul secara berturut-turut. Kultivar tembikai baru telah dibangunkan untuk menentang jenis patogen ini. [17] [24]

Tinjauan literatur pada tahun 2004 tentang isu ini menyimpulkan bahawa "pengenalpastian ras adalah penting untuk penyelidikan asas dan amat penting untuk industri benih komersial". Walaubagaimanapun, pengenalpastian ras dilihat sebagai mempunyai sedikit kegunaan dalam bidang hortikultur untuk memilih kultivar tertentu, kerana terdapat pelbagai faktor yang lebih penting dalam pemilihan seperti kepantasan yang digunakan oleh tanaman tempatan, populasi patogen boleh berubah secara geografi, bermusim, dan oleh tumbuhan perumah. [17]

Pengelasan ras kulat boleh menjadi suatu perkara yang sukar kerana tindak balas tumbuhan perumah kepada populasi tertentu kulat boleh dipengaruhi oleh kelembapan, cahaya, suhu dan faktor persekitaran yang lain; tumbuhan perumah yang berbeza untuk satu ras kulat mungkin akan menghasilkan tindak balas yang berlainan, dan pengenalpastian perbezaan genetik antara populasi yang dianggap membentuk ras kulat yang berbeza boleh menjadi sukar difahami. [17]

Lihat juga sunting

  • baka
  • Kultivar
  • Intergradasi
  • Pelbagai tumbuhan (beberapa definisi)
  • Penduduk
  • Spesies cincin
  • Kompleks spesies

Rujukan sunting

  1. ^ Keita, S O Y; Kittles, R A; Royal, C D M; Bonney, G E; Furbert-Harris, P; Dunston, G M; Rotimi, C N (2004). "Conceptualizing human variation". Nature Genetics. 36 (11s): S17–S20. doi:10.1038/ng1455. PMID 15507998. Modern human biological variation is not structured into phylogenetic subspecies ('races'), nor are the taxa of the standard anthropological 'racial' classifications breeding populations.
  2. ^ Gotoh, T.; Bruin, J.; Sabelis, M. W.; Menken, S. B. J. (1993). "Host race formation in Tetranychus urticae: Genetic differentiation, host plant preference, and mate choice in a tomato and a cucumber strain". Entomologia Experimentalis et Applicata (Submitted manuscript). 68 (2): 171–178. doi:10.1111/j.1570-7458.1993.tb01700.x.
  3. ^ Ritchie, D. F.; Dittapongpitch, V. (1991), "Copper- and Streptomycin-resistant Strains and Host Differentiated Races of Xanthomonas campestris pv. vesicatoria in North Carolina" (PDF), Plant Disease, 75 (7): 733–736, doi:10.1094/pd-75-0733
  4. ^ a b Walker, Peter M. B., penyunting (2004) [1999]. "Race". Chambers Dictionary of Science and Technology. Edinburgh / New Delhi: Chambers Harrap / Allied Chambers. Republished without known revision several times since 1999, and originally published as: The Wordsworth Dictionary of Science and Technology. W. R. Chambers Ltd. and Cambridge University Press. 1988.
  5. ^ Morris, Christopher, penyunting (1992). "Race". Academic Press Dictionary of Science and Technology. San Diego / London: Academic Press (Harcourt Brace Jovanovich). "Biology" entry, p. 1777. ISBN 978-0-12-200400-1. an interbreeding subgroup of a species whose individuals are geographically, physiologically, or chromosomally distinct from other members of the species
  6. ^ Jaenike, J. (1981), "Criteria for Ascertaining the Existence of Host Races", The American Naturalist, 117 (5): 830–834, doi:10.1086/283771, JSTOR 2460772
  7. ^ Haig, S.M.; Beever, E.A.; Chambers, S.M.; Draheim, H.M.; Dugger, B.D. (December 2006). "Taxonomic considerations in listing subspecies under the U.S. Endangered Species Act". Conservation Biology. 20 (6): 1584–1594. doi:10.1111/j.1523-1739.2006.00530.x. PMID 17181793.
  8. ^ de Candolle, A. (1868), Laws of Botanical Nomenclature adopted by the International Botanical Congress held at Paris in August 1867; together with an Historical Introduction and Commentary by Alphonse de Candolle, Translated from the French, London: L. Reeve and Co. Article 14 (p. 20-21 and commentary page 42)
  9. ^ a b c d Rieger, R.; Michaelis, A.; Green, M. M. (1968). A glossary of genetics and cytogenetics: Classical and molecular. New York: Springer-Verlag. ISBN 9780387076683.
  10. ^ Van Buskirk, J. (2014), "Incipient habitat race formation in an amphibian", Journal of Evolutionary Biology, 27 (3): 585–592, doi:10.1111/jeb.12327, PMID 26230250
  11. ^ Barton, N H; Hewitt, G M (1985-11-01). "Analysis of Hybrid Zones". Annual Review of Ecology and Systematics. 16 (1): 113–148. doi:10.1146/annurev.es.16.110185.000553. ISSN 0066-4162.
  12. ^ Morgan‐Richards, Mary; Wallis, Graham P. (2003). "A Comparison of Five Hybrid Zones of the Weta Hemideina Thoracica (orthoptera: Anostostomatidae): Degree of Cytogenetic Differentiation Fails to Predict Zone Width". Evolution (dalam bahasa Inggeris). 57 (4): 849–861. doi:10.1111/j.0014-3820.2003.tb00296.x. ISSN 1558-5646. PMID 12778554.
  13. ^ Walker, Peter M. B., penyunting (2004) [1999]. "Geographic race". Chambers Dictionary of Science and Technology. Edinburgh / New Delhi: Chambers Harrap / Allied Chambers. Previously: The Wordsworth Dictionary of Science and Technology. W. R. Chambers / Cambridge U. Pr. 1998.
  14. ^ a b c d Walker, Peter M. B., penyunting (2004) [1999]. "Physiological race". Chambers Dictionary of Science and Technology. Edinburgh / New Delhi: Chambers Harrap / Allied Chambers. Previously published as: The Wordsworth Dictionary of Science and Technology. W. R. Chambers / Cambridge U. Pr. 1998.
  15. ^ a b Claridge, M. F.; Den Hollander, J.; Morgan, J. C. (May 1985). "The status of weed-associated populations of the brown planthopper, Nilaparvata lugens (Stål) – host race or biological species?". Zoological Journal of the Linnean Society. 84 (1): 77–90. doi:10.1111/j.1096-3642.1985.tb01717.x.
  16. ^ a b Morris, Christopher, penyunting (1992). "Physiological race" and "Physiologic race". Academic Press Dictionary of Science and Technology. San Diego / London: Academic Press. m/s. 1643. ISBN 978-0-12-200400-1.
  17. ^ a b c d Cohen, R.; Burger, Y.; Katzir, N. (2004). "Monitoring Physiological races of Podosphaera xanthii (syn. Sphaerotheca fuliginea), the Causal Agent of Powdery Mildew in Curcubits: Factors Affecting Race Identification and the Importance for Research and Commerce". Phythoparasitica. 32 (2): 174–183. doi:10.1007/bf02979784.
  18. ^ Walker, Peter M. B., penyunting (2004) [1999]. "Biological form". Chambers Dictionary of Science and Technology. Edinburgh / New Delhi: Chambers Harrap / Allied Chambers. Previously: The Wordsworth Dictionary of Science and Technology. W. R. Chambers / Cambridge U. Pr. 1998.
  19. ^ Walker, Peter M. B., penyunting (2004) [1999]. "Biological race". Chambers Dictionary of Science and Technology. Edinburgh / New Delhi: Chambers Harrap / Allied Chambers. Previously: The Wordsworth Dictionary of Science and Technology. W. R. Chambers / Cambridge U. Pr. 1998.
  20. ^ See any comprehensive multilingual dictionaries, e.g The Velázquez Spanish and English Dictionary.
  21. ^ Mayr, Ernst (1970). Populations, Species, and Evolution. Cambridge, Massachusetts: Belknap / Harvard University Press. ISBN 978-0-674-69013-4. An abridgment and revision of Animal Species and Evolution (1963).
  22. ^ Mayr, Ernst (Winter 2002). "The Biology of Race and the Concept of Equality". Daedalus. 131 (1): 89–94. JSTOR 20027740.
  23. ^ Kirk, P. M.; Cannon, P. F.; Minter, D. W.; Stalpers, J. A. (2008). Dictionary of the Fungi (ed. 10th). Wallingford, UK: CAB International. m/s. 534. ISBN 978-0-85199-826-8.
  24. ^ McCreight, James D.; Coffey, Michael D. (June 2011). "Inheritance of Resistance in Melon PI 313970 to Cucurbit Powdery Mildew Incited by Podosphaera xanthii Race S". HortScience. 46: 838–840. doi:10.21273/HORTSCI.46.6.838.