Rator merupakan sebuah kumpulan ekstrim metal yang cukup aktif dalam pergerakan underground di akhir 1980-an. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1987 oleh empat orang pemuda di Selangor yang dahagakan muzik thrash metal.[1] Anggota asal kumpulan ini ialah Shah Jahan [vokal], Roslee Hasan [gitar], Ogy [bass], Lantodak [gitar] Zhara [Percussions] Fami [Turntable] dan Hamid [dram]. Mereka bermula ketika mereka berempat masih lagi di sekolah menengah. Di peringkat awal Rator membawakan lagu-lagu cover dari SYJ, Venom, Bathory, Sodom dan Celtic Frost.

Rator
Berasal dariPetaling Jaya, Selangor, Malaysia
GenreBlack metal
Tahun aktif1987-1993, 2006-present
Syarikat rakaman
Sepulchral Music, Muzik Box Productions
Pengkarya berkait
Tormentor, XPDC, Black Fire
AhliShah Jahan
Ogy Hamid
Dead Zull
Roslee Hassan
/jonenca
Bekas ahliLee Space
Jalil Hamid ayam

Di awal 1988 apabila mereka meninggalkan alam persekolahan, kumpulan ini menjadi lebih aktif dan berlatih bersama-sama kumpulan underground veteran yang lain seperti Punisher dan Nemesis. Rator berkongsi tempat latihan yang sama iaitu di Hellion, Medan Mara. Mereka tidak mempunyai sumber kewangan yang kukuh untuk menggerakkan Rator. Rator pada waktu itu sama juga seperti juga kebanyakan kumpulan Thrash Metal tempatan yang lain seperti Nemesis, Punisher, Slapdeath, Merciless Death dan lain-lain lagi yang memainkan lagu cover sahaja. Peninggalan Ogy sebagai bassis telah diambil alih oleh Shah Jahan dan posisinya berperanan sebagai bassis/vokal.

Selepas berundur dari Rator, Ogy kemudiannya telah menubuhkan kumpulan Voices bersama Bart Rulshah. Voices kemudiannya bersama-sama Picagari [sebuah lagi kumpulan lagenda dalam arena underground tempatan] mengadakan konsert di Sungai Way pada 1989, konsert pertama dianjurkan oleh Joe Kidd ini sijalankan disebuah funfair. Selepas itu Voices berpecah.

Ogy dan Bart Rulshah kemudiannya dipanggil menjadi anggota Carburetor Dung oleh Joe Kidd. Ketika itu Joe Kidd dan Ogy tinggal bersama di Jalan Scott, Brickfields. Ini adalah titik mula Carburetor Dung, dimana mereka cuba mencampuri elemen metal (seperti Voivod) dengan US Hardcore Punk (seperti Die Kruezen). Pemain dram Carburetor Dung ketika ini adalah Che Mat (kemudiannya pemain dram untuk Naked Butterfly). Mereka menjalani 3 kali rehearsal sebelum bubar, tanpa menjalankan persembahan ataupun rakaman. Bart kemudiannya muncul dengan Tormentor. Manakala Ogy berpindah ke Pulau Pinang, sebelum berhijrah ke Negeri Sembilan. Joe Kidd seterusnya menganggotai Stormfish yang kemudiannya ditukar nama kepada Carburetor Dung, yang kini masih aktif.

Berbalik kepada Rator, seterusnya di tahun 1989, Hamid pula mengundurkan diri dan tempatnya digantikan oleh Lee Space yang merupakan bekas pemain dram kumpulan Thrash Metal, Exorcist. Malangnya, tidak lama selepas itu Lee Space pula memutuskan untuk meninggalkan Rator. Roslee Hasan selaku gitaris pada waktu itu mula memperkotekan janjinya untuk bermain di posisi dram. Oleh itu Rator ditunjangi oleh Shah Jahan [vokal/bass] Roslee Hasan [gitar/dram] Asry Azham [gitar]

Ketibaan tahun 1989, Rator semakin mengganas dengan aktiviti mereka. Mula bermain di gig dengan rancaknya. Gig pertama mereka ialah di Galactica Club bersama-sama Black Fire, Necrofist dan beberapa kumpulan Thrash Metal yang lain. Bermula dengan titik permulaan ini, Rator mula bermain di Expo Taman Dato` Harun, Fun Fair di Serdang dan kelab-kelab seperti Metallica Lounge, Paradise Club, Semua House Rock Roller serta pertandingan-pertandingan slow rock yang sengaja dimasuki. Pertandingan tersebut mempertandingkan kumpulan rock tempatan yang mendendangkan lagu-lagu rock bertema cinta. Lagu-lagu yang diwajibkan untuk pertandingan tersebut ialah lagu-lagu dari Wings, Search, dan M.A.Y. Ini bertentangan sekali dengan imej dan muzik yang Rator mainkan! Rator langsung tidak membawakan lagu-lagu seperti yang diwajibkan sebaliknya 'memperkosa' kemurnian majlis tersebut dengan membawakan lagu-lagu Thrash Metal yang mereka gilai seperti dari Slayer, Sarcofago, Sodom dan bermacam lagi. 'Pencabulan kejam' yang mereka lakukan telah mengakibatkan semua orang terperanjat dengan persembahan dan muzik yang Rator bawakan. Rator tidak akan sekali-kali membawakan lagu cinta seperti yang disyaratkan kerana inilah antara usaha mereka untuk mempopulasikan irama Thrash Metal, di mana ketika itu irama muzik rock tanahair sedang tenat dengan lagu-lagu yang meleleh-leleh.

Dari satu pertandingan ke satu pertandingan mereka cerobohi dan mereka pernah dihalau di dalam sebuah pertandingan disebabkan imej dan muzik mereka. Peminat dan penggiat muzik rock pada masa itu tidak dapat menerima bentuk muzik yang Rator bawakan. Rator pernah dicemuh pada ketika itu tetapi semua itu bukan penghalang bagi mereka. Setiap gig yang dimainkan oleh Rator akan menggunakan khidmat Lee Space untuk 'membanting' lagu-lagu yang dibawakan. Di era 1980-an Rator pernah berakdi bersama lagenda underground tempatan seperti FTG, Nemesis [bekas kumpulan Aru Koffin Kanser], Silent Death. Punisher, Hijrah [kini The Pilgrims], Picagari, Slapdeath, Necrofist dan beberapa perintis lain.


Ahli sunting

  • Dead Zull - bass
  • Shah Jahan - bass, vokal
  • Roslee Hassan - dram
  • Ogy Hamid - gitar
  • Neelofuck - gitar
  • jonbenca - percussions
  • lana nordin - turntebel
Bekas Ahli-ahli
  • Hamid - dram
  • Lee Space - dram
  • jumba - dram
  • hafarcks - drum

Diskografi sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Tiada masa depan?". Diarkibkan daripada yang asal pada 2018-09-02. Dicapai pada 2018-09-03.

Pautan luar sunting