Ratu merupakan album hasil nukilan Sheila Majid yang dikeluarkan pada tahun 1996. Album ini juga mempunyai sampel CD yang dipasarkan di Jepun untuk siaran radio di negara tersebut.[1] Album ini diterbitkan oleh Roslan Aziz di bawah label syarikat rakamannya iaitu Roslan Aziz Productions. Antara barisan penggubah lagu dan penulis lirik yang menjayakan album ini termasuklah Mac Chew, Johan Nawawi, Adnan Abu Hassan, Mukhlis Nor dan ramai lagi.

Ratu
Album studio oleh
Dilancarkan pada1996
Dirakamkan pada1996
GenreJaz, funk, soul, pop
SyarikatRoslan Aziz Productions
WEA Records Sdn. Bhd.
PenerbitRoslan Aziz
Kronologi Sheila Majid
Legenda
(1990)
Ratu
(1996)
Ku Mohon
(1999)
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Selepas pengeluaran album ini, beliau telah membawakan irama muziknya ke United Kingdom (UK) dan membuat persembahan di West End Royalty Theatre pada Mac 1996. Tiket untuk konsert tersebut telah habis dijual. Beliau juga telah menjadi orang Malaysia yang pertama pernah menandatangani kontrak bersama East West Records, sebuah label syarikat rakaman gabungan UK. Syarikat ini telah mengeluarkan album Ratu sebagai edisi khas bersama sesi bertemu peminat di kedai muzik terbesar dunia, Tower Records di Piccadilly Circus, London. Beliau juga amat bertuah kerana telah mendapat keistimewaan untuk berada di sana kerana tempat tersebut hanya dikhaskan untuk artis bertaraf antarabangsa.[2]

Senarai runut sunting

No.TajukPenulisMasa
1."Di Sisi Daku"Mac Chew, Johan Nawawi5:58
2."Hadirmu"Daren Wan, Rosli Hassan5:25
3."Embun"Adnan Abu Hassan, Amran Omar5:20
4."Mengapa Kasih"Asmin Mudin4:16
5."Percayalah"Tito Soemarsono4:46
6."Berita Baru"Mac Chew, Mukhlis Nor5:01
7."Harum"Mac Chew & Roslan Aziz, Mukhlis Nor5:48
8."Kita Bersama"Adnan Abu Hassan, Habsah Hassan5:26
9."Gangguan"Mac Chew & Roslan Aziz, Mukhlis Nor5:39
10."Tandanya Tandatanya"Jenny Chin & Roslan Aziz, Mukhlis Nor5:00
11."Patung"Roslan Aziz & Mac Chew, Mukhlis Nor5:13
12."Ratu"Johan Nawawi, Asmin Mudin4:26


Rujukan sunting

  1. ^ "Sheila Majid - Ratu (Japan Promo CD Album)". Dicapai pada 15 Februari 2013.
  2. ^ "Biography". Magada Entertainment Sdn. Bhd. Diarkibkan daripada yang asal pada 2012-11-06. Dicapai pada 15 Februari 2013.