Ratu Ten Pin 2: Shalin

Ratu Ten Pin 2 merupakan drama bersiri terbaharu terbitan JS Pictures Sdn Bhd pada tahun 2022 yang mengetengahkan tentang penceritaan sukan boling. Drama ini diinspirasikan daripada kisah hidup ratu boling negara, Shalin Zulkifli termasuk bibit-bibit permulaan dirinya berkecimpung dan menyertai pasukan boling negara, drama ini memulakan tayangan perdana di Astro Ria bermula 11 Julai 2022 menggantikan Lockdown 2 .[1]

Ratu Ten Pin 2: Shalin
GenreDrama, Sukan
PengarahAzman Yahya (Jinggo)
Dibintangi oleh
Lagu pembukaanRise Up! - Tyco, Dj Fateh & Roman
Lagu penutupRise Up! - Tyco, Dj Fateh & Roman
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod20
Penerbitan
Penerbit eksekutif
  • Uzair Haqimy
  • Luth Mikhail
PenerbitSheila Rusly
Tempoh siaran40 minit
Syarikat penerbitan
JS Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalAstro Ria
Siaran asal11 Julai 2022 – 11 Ogos 2022
Kronologi
MengikutiLockdown 2
Diikuti olehKids Nowadays

Sinopsis sunting

Drama Ratu Ten Pin 2 : Shalin menampilkan barisan pelakon sedia ada disamping tambahan pelakon baru. Antara yang terlibat ialah Jasmine Suraya, Yusuf Bahrin, Elisya Sandha, Nazim Othman, Sheila Rusly, Nasz Sally, Wani Kayrie, Linda Onn, Riezman Khuzaimi, Dato' Fizz Fairuz, Syaidatul Afifah dan ramai lagi.


Ianya bermula dengan watak Norma, Reez, Sandra dan Suzana yang kini sudah menjadi pemain senior dalam pasukan boling negara. Namun Reez dan Suzana ingin menarik diri daripada pasukan tersebut walaupun minatnya dalam sukan boling masih tinggi.

Selepas Reez menarik diri, pasukan boling negara menjadi kekurangan seorang pemain. Mem Maria yang juga merupakan jurulatih pasukan telah menjemput Shalin menyertai pasukan boling negara sebagai pemain baru untuk mencukupkan bilangan pemainnya.

Shalin merupakan seorang pemain boling yang handal tetapi tidak dikenali oleh orang ramai. Norma dan Sandra juga pernah mengetahui tentang kehebatan Shalin dalam sukan ini.

Setelah melihat kebolehan ahli baharu pasukan negara itu, Norma dan Sandra mula mencemburui kebolehan Shalin dan berpura-pura berbaik dengannya. Norma yang merasakan dirinya sebagai pemain nombor satu negara terasa terancam dengan kehadiran Shalin.

Dia akan melakukan apa sahaja untuk menjatuhkan Shalin dan mengekalkan dirinya sebagai pemain nombor satu dalam pasukannya.

Pelakon sunting

Pelakon Utama sunting

Pelakon Pembantu sunting

  • Tanjung sebagai Jue
  • Min Wahida sebagai Wanie
  • Mei Fen Lim sebagai Christi
  • Fizi Woo sebagai Wan
  • Mohd Czar Amin sebagai Jaja
  • Muhammad Daniel sebagai Daniel
  • Mohd Zaid sebagai Zizan

Penampilan Khas sunting

Rujukan sunting

  1. ^ Drama Ratu Ten Pin 2: Shalin mcentralmy. Dicapai pada 2 April 2023.