Rausyanfikir merupakan sebuah kumpulan pop rock Singapura yang meraih kejayaan pada 1990-an.[1][2][3] Ahli kumpulan ini terdiri daripada Fazil Sultan, Mohd Khair Mohd Yasin dan Mohd Esham Jamil.[4][5] Kumpulan ini terkenal dengan beberapa lagu hits mereka seperti "Tawanan", "Seketika" dan "Dikir Fikir-Fikir". Nama kumpulan ini diambil dari istilah dalam bahasa Parsi yang bermaksud "ahli fikir".[6][7]

Rausyanfikir
Berasal dariSingapura
Genre
Tahun aktif
  • 1991–1997
  • 2011–2015
Syarikat rakaman
Bekas ahli

Sejarah sunting

Rausyanfikir ditubuhkan pada tahun 1991 dan merupakan gabungan daripada 3 pemuzik dan penulis[8]Fazil Sultan (Art),[9] Mohd Khair Mohd Yasin (Khayas)[10] dan Mohd Esham Jamil (Esham).[11][12] Mereka bertiga mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah kumpulan untuk mengetengahkan puisi tatkala muzik rock menguasai industri muzik tanah air.[6] Kumpulan ini mendapat namanya dari istilah bahasa Parsi yang bermaksud "ahli fikir".[13][14]

Album sulung mereka yang mengambil nama kumpulan ini sebagai tajuk album dikeluarkan pada Julai 1992 yang mana ia telah terjual sebanyak lebih 25,000 unit di Malaysia dan Singapura.[15][16] Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Tawanan", "Satu Suara" dan "Puisi Tiga Warna". Rausyanfikir bersama-sama M. Nasir dan Ramli Sarip beraksi di konsert yang dianjurkan sempena Pesta Seni dan Budaya Balai Rakyat Boon Lay yang berlangsung dari 12 hingga 27 Disember 1992 di Balai Rakyat Boon Lay.[17]

Tidak lama selepas album pertama mereka dilancarkan, Art mengambil keputusan untuk meninggalkan Rausyanfikir untuk bergerak secara solo.[18] Kumpulan ini kemudian diundang menjayakan persembahan di konsert Asia Beat Lah! yang berlangsung pada 10 September 1993 di Ampiteater Sentosa. Turut membuat persembahan ialah Ziana Zain dan Inka Christie.[19]

Album kedua mereka, Rusuhan Fikiran dikeluarkan pada Oktober 1993 dengan tujuan untuk menyampaikan mesej sosial yang serius menggunakan lagu-lagu yang menarik.[16][20][21][22] Album ini menjadi kejayaan komersial apabila ia terjual sebanyak 16,000 unit biarpun tanpa sebarang promosi.[23] Salah satu singlenya, "Dikir Fikir-Fikir", memenangi anugerah Persatuan Komposer dan Pengarang Singapura (COMPASS) untuk lagu Melayu tempatan teratas pada tahun 1997.[24][25][26]

Pada tahun 1994, Rausyanfikir telah dijemput untuk menjayakan persembahan mereka di perhimpunan Save Bosnia anjuran Barisan Bertindak Bosnia (BBB) yang diadakan pada 9 Mei di Stadium Negara. Ia turut dijayakan oleh 9 artis popular lain.[27][28] Mereka kemudian membuat persembahan di konsert The Rhythm of the Nation di mana mereka telah mempersembahkan lagu bertajuk "Pesta Perut" yang diilhamkam oleh kebuluran di Somalia.[29][30]

Perjalanan muzik Rausyanfikir terhenti seketika apabila kumpulan ini terpaksa menghentikan aktiviti muzik mereka berikutan kematian ahli pengasasnya, Esham yang meninggal dunia pada 24 November 1997 selepas 4 tahun menderita penyakit misteri.[31] Art dan Khayas membawa haluan masing-masing bagi meneruskan kesinambungan mereka dalam bidang muzik. Hanya pada tahun 2011, mereka berdua menubuhkan semula Rausyanfikir dan melancarkan album Revolusi Rausyanfikir – kompilasi lagu hits kumpulan sebelum ini, serta dua lagu baharu.[32][33]

Pada 6 Oktober 2015, Rausyanfikir mempersembahkan lagu-lagu puisi pada Acara Wacana dan Malam Sastera anjuran Berita Harian Singapura.[34]

Gaya sunting

Dipengaruhi oleh Iwan FalsUsman Awang dan Kembara, Rausyanfikir menulis lagu yang meneroka isu seperti kesedaran sosial, kebangkitan politik dan pemeliharaan budaya dalam menghadapi arus pemodenan yang pesat.[35]

Ahli kumpulan sunting

Diskografi sunting

Album studio sunting

Tajuk Butiran album Jualan
Rausyanfikir 25,000
Rusuhan Fikiran
  • Dikeluarkan: Oktober 1993
  • Label: BMG Music
  • Format: CD, kaset, muat turun digital
16,000

Album kompilasi sunting

Tajuk Butiran album
Revolusion Rausyanfikir
  • Dikeluarkan: Oktober 2011
  • Label: Nusantra World Music, LIFE Records
  • Format: CD, muat turun digital

Lagu dan single sunting

Tajuk Tahun
"Tawanan" 1992
"Dikir Fikir-Fikir" 1993
"Seketika"
"Pesta Perut" 1994

Rujukan sunting

  1. ^ "Rausyanfikir ajak berfikir isu sosial". Berita Harian Singapura. 7 Jun 1992. m/s. 8. Dicapai pada 1 Disember 2015.
  2. ^ Hanim Mohd Saleh (19 Julai 1992). "Rausyanfikir harapan muzik Melayu?". Berita Minggu. m/s. 7. Dicapai pada 1 Disember 2015.
  3. ^ "Rausyanfikir di persimpangan". Berita Minggu. 13 Jun 1993. m/s. 11. Dicapai pada 1 Disember 2015.
  4. ^ Yasmin Khan (17 September 1992). "Meet the 3 thinkers" (dalam bahasa Inggeris). Timeszone Central. m/s. 10.
  5. ^ Norenshah Sahari (26 Mac 1992). "New music from old hands" (dalam bahasa Inggeris). The New Paper. m/s. 24.
  6. ^ a b "Rausyanfikir ada visi". Harian Metro. 15 Mei 1992. Dicapai pada 1 Disember 2019.
  7. ^ Suraya Al-Attas (19 Mei 1992). "Rausyanfikir out to prove a point" (dalam bahasa Inggeris). New Straits Times. Dicapai pada 1 Disember 2019.
  8. ^ "Thinking man's band" (dalam bahasa Inggeris). The New Paper. 25 November 1997. m/s. 9.
  9. ^ "Art nanti peluang kembang sayap". Berita Minggu. 23 Mei 1993. m/s. 10. Dicapai pada 28 November 2015.
  10. ^ "Mohd Khair nafi jauhi dunia muzik". Berita Harian Singapura. 17 Mac 1996. m/s. 12. Dicapai pada 30 November 2015.
  11. ^ "Esham buat orang menangis". Berita Harian Singapura. 23 September 1993. m/s. 5.
  12. ^ Zubir Ali (5 Julai 1992). "Rausyanfikir ajak manusia berfikir". Berita Minggu. Dicapai pada 1 Disember 2019.
  13. ^ "Rausyanfikir tidak patah semangat". Berita Harian. 4 Oktober 1993. Dicapai pada 1 Disember 2019.
  14. ^ Dave Ang (23 September 1993). "Music that's food for thought" (dalam bahasa Inggeris). The New Paper. m/s. 25.
  15. ^ Ida Bachtiar (10 April 1992). "Rousing Rausyanfikir" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. Dicapai pada 28 November 2015.
  16. ^ a b Anuar Othman (4 Oktober 1993). "Rock trio target album at thinking listeners" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. Dicapai pada 28 November 2015.
  17. ^ "Nasir dan Ramli dalam konsert". Berita Harian Singapura. 10 Disember 1992. m/s. 5.
  18. ^ "Rausyanfikir tak pecah, tapi renggang: Art Fazil". Harian Metro. 16 April 1993. Dicapai pada 1 Disember 2019.
  19. ^ "Konsert Asia Beat". Berita Harian Singapura. 5 September 1993. m/s. 12.
  20. ^ "Rausyanfikir merusuh kali ini". Berita Harian Singapura. 30 September 1993. m/s. 5. Dicapai pada 1 Disember 2015.
  21. ^ "Ke alam berfikir baru". Harian Metro. 4 Oktober 1993. Dicapai pada 1 Disember 2019.
  22. ^ "Singapore hit parade" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 15 Oktober 1993. Dicapai pada 1 Disember 2019.
  23. ^ Norliza Abdullah (20 Februari 1997). "Rusuhan Fikiran tetap laku". Harian Metro. Dicapai pada 1 Disember 2019.
  24. ^ "3rd COMPASS Awards presentation" (dalam bahasa Inggeris). Composers and Authors Society of Singapore. Diarkibkan daripada yang asal pada 18 Mei 2008. Dicapai pada 28 November 2018.
  25. ^ Hanim Mohd Saleh (12 Julai 1995). "Rausyanfikir antara calon lirik lagu". Berita Harian Singapura. m/s. 6. Dicapai pada 1 Disember 2015.
  26. ^ "'Dikir Fikir Fikir' dipilih lagu Melayu terbaik '96". Berita Harian Singapura. 21 April 1997. m/s. 6. Dicapai pada 1 Disember 2015.
  27. ^ Zulkelfi Ali (5 Mei 1994). "10 artis penyeri perhimpunan BBB". Berita Harian. Dicapai pada 1 Disember 2019.
  28. ^ "Singapore group's tribute to Bosnians" (dalam bahasa Inggeris). The Malay Mail. 9 Mei 1994. Dicapai pada 1 Disember 2019.
  29. ^ Tan Hsueh Yun (21 Ogos 1994). "Songs for hunger" (dalam bahasa Inggeris). The Straits Times. m/s. 24.
  30. ^ "Rausyanfikir masih wujud dan terima undangan". Berita Harian Singapura. 27 November 1994. m/s. 11. Dicapai pada 1 Disember 2015.
  31. ^ Saniboey Mohd Ismail (28 November 1997). "Esham pergi temui ilahi". Harian Metro. Dicapai pada 30 November 2019.
  32. ^ Fatimah Rahmat (24 November 2011). "Rausyanfikir is back!" (dalam bahasa Inggeris). Sungguh.com. Dicapai pada 28 November 2015.
  33. ^ Hanim Mohd Saleh (1 Oktober 2011). "Revolusi Rausyanfikir". Berita Harian Singapura. m/s. 27.
  34. ^ Hairianto Diman; Siti Aisyah Nordin (21 September 2015). "Rausyanfikir bersatu semula demi sastera". Berita Harian Singapura. Dicapai pada 1 Disember 2015.
  35. ^ Zainuri Misfar (26 Mei 1992). "Tukar selera dengan lagu irama puisi". Harian Metro. Dicapai pada 1 Disember 2019.

Pautan luar sunting