Razali Endun

penulis Malaysia

Haji Razali Bin Endun (7 Mac 1942 – 12 Januari 2017) di Kampung Bertam Malim, Melaka) merupakan seorang penulis dari Malaysia.

Razali Endun
Kelahiran(1942-03-07)7 Mac 1942
Kampung Bertam Malim, Melaka, Malaysia
Meninggal dunia12 Januari 2017(2017-01-12) (umur 74)
PekerjaanPenulis
Tahun aktif1960–2017

Kerjaya penulisan sunting

Beliau bersekolah di Melaka sehingga SPM dan berhijrah ke Kuala Lumpur.di Melaka, kemudian berhijrah ke ibukota.Sejak 1960-1970-an beliau menulis cerpen, rencana dan berita .Beliau berhenti menulis kerana masalah peribadi. Cerpen pertamanya tersiar dalam majalah Utusan Filem dan Sukan. Cerpennya tersiar dalam akhbar Warta Negara, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Utusan Melayu, Utusan Zaman, Berita Harian dan Berita Minggu.

Pada 1998 aktif semula menulis selepas kemelut politik ekoran pelucutan jawatan Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.Karya-karyanya berupa cerpen dan rencana, disiarkan dalam akhbar Harakah, Utusan Malaysia, Mingguan Malaysia, Berita Harian/Minggu, majalah Muslimah, Tamadun, Konsep, Dewan Masyarakat dan Dewan Sastera.Beliau pernah menjadi Pengarang majalah Tamadun dari Julai 1999 hingga Jun 2000 tetapi terpaksa berhenti kerana masalah kesihatan.

Buku analisis politiknya bertajuk 'Doa dan Air Mata'. Buku ini menyorot peristiwa malang yang ditempohi mantan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Kini beliau masih terus menulis secara bebas di semua media cetak yang sudi menyiarkan tulisannya.[1]

Hasil penulisan sunting

  1. Gelodak - Antologi Puisi
  2. Doa dan Air Mata - buku analisis politik pemecatan Anwar Ibrahim
  3. Bumi Merah : The Fall Of Baghdad - Novel
  4. Meniti Gelombang - Novel
  5. Mengapai Puncak; Dewan Bahasa dan Pustaka; 2007.
  6. Perpindahan ;Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003.

Selain itu hasil penulisannya yang lain ialah, a. Novel 1. Cinta AF- Badan Penulis dan Karyawan Kreatif (Pikir) 2. Tawarikh Ibu- Yayasan Johor 3, Gelora Belantara- DBP 4. Nenek- ITBM


b. Cerpen

  1. Kumpulan Cerpen Dua Era- Diterbitkan sendiri.
  2. Kumpulan Cerpen Ranum- Pikir
  3. Kumpulan Cerpen dan Sajak Penulis IPM- IPM

Tajuk cerpen karya eceran

  1. Haji Kotai Jadi Calon
  2. Purbawara Lagenda Keris Warisan
  3. Ceritera Mahkota Seorang Maharaja
  4. Ayam Den Lopeh
  5. Bejana Emas
  6. Harimau Pak Tam

c.Sajak

  1. Kumpulan Sajak Gelodak- Kumpulan sajak 20 penyair diterbitkan oleh Pikir

Tajuk-tajuk sajak karya eceran

  1. Melaka Dan Panoramanya
  2. Episod Duka Orang Melaka
  3. Apa Yang Kita Cari ?
  4. Syair Pokok Nan Sebatang
  5. Manusia Dan Alam
  6. Pengkhianat Bahasa

c.Lain-lain

  1. Doa dan air mata- Buku Politik terbitan Pikir
  2. 50 Tahun Politik Orang Melayu- Buku Politik terbitan Pikir.

Pencapaian Dalam Bidang Penulisan

  1. Cerpennya ‘Keranda 152’ telah memenangi hadiah penghargaan Hadiah Sastera Utusan\Exxon 2006.
  2. Novel ‘Perpindahan’ telah memenangai hadiah saguhati sayembara menulis novel alaf baru anjuran DBP.
  3. Novel ‘Tawarikh Ibu’ telah memenangai hadiah saguhati sayembara Menulis Novel Sejarah Johor (2010).
  4. Terbaru Novel ‘Nenek’ terbitan ITBM menang Tempat Pertama Hadiah Sastera Perdana 2014.

Rujukan sunting