Buka menu utama
Jangan dikelirukan dengan Razali Ismail (PBB) atau Rozali Ismail.

Dato' Razali Ismail (25 Jun 1949 - 28 November 2008) merupakan ahli politik Malaysia dan juga Ahli Parlimen Kuala Terengganu. Beliau pernah menjadi Timbalan Menteri Pelajaran selepas menang di dalam pilihan raya Malaysia 2008.[1]

Yang Berhormat Dato'
Razali Ismail
DPMT (Ter); KMN
P036-KTGANU1.jpg
Timbalan Menteri Pelajaran I
Dalam jawatan
18 Mac 2008 – 28 November 2008
Didahului olehHan Choon Kim
Digantikan olehWee Ka Siong
Ahli Parlimen Malaysia
untuk P36 Kuala Terengganu, Terengganu
Dalam jawatan
8 Mac 2008 – 28 November 2008
Didahului olehSyed Azman Syed Ahmad Nawawi
Digantikan olehMohd Abdul Wahid Endut
Butiran peribadi
Lahir25 Jun 1949
Terengganu Hulu Terengganu, Terengganu
Meninggal dunia28 November 2008(2008-11-28) (umur 59)
Pahang Genting Highland, Pahang
Parti politikBarisan Nasional.png UMNO (Malaysia).svg Barisan Nasional - UMNO
PasanganDatin Nooraini Lob Yusoff
Anak-anakMuhammad Nurazli
Asrul Shah
Khairul Amar
Khairul Anwar
Khairul Arif
PekerjaanMenteri Kabinet, Ahli Parlimen

PendidikanSunting

Beliau mendapat pendidikan menengah di Sekolah Menengah Tengku Ampuan Intan, Kuala Berang sebelum meneruskan pengajian di Sekolah Menengah Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu. Kemudian, Razali melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dalam bidang sejarah. Setelah mengajar beberapa tahun, beliau tidak melepaskan peluang untuk membuat Sarjana Pendidikan di Birmingham, United Kingdom.

KerjayaSunting

Memulakan kerjaya sebagai guru, beliau juga merupakan pensyarah di beberapa buah maktab perguruan di Malaysia. Beliau menjadi timbalan pengetua di Maktab Perguruan Kota Bharu sebelum dilantik pengetua Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu dan kemudiannya di Maktab Perguruan Batu Rakit, Kuala Terengganu. Setelah itu, beliau telah dinaikkan pangkat sebagai pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai pengarah Bahagian Pendidikan Guru, Kementerian Pelajaran pada 2002.Bertanding Pada Pilihanraya Umum 2004 dan menewaskan penyandang kerusi Parlimen Kuala Terengganu daripada PAS,Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi Beliau juga pernah memegang jawatan sebagai Pengerusi Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional(PTPTN)

Pilihan raya Malaysia 2008Sunting

Dalam Pilihan Raya Umum Malaysia 2008 beliau mengalahkan calon dari PAS, Mohamad Sabu dan Maimun Yusuf (Bebas) dengan majoriti sebanyak 628 undi. Beliau memperolehi 32,562 undi berbanding lawannya memperolehi 31,934 undi dan calon Bebas Maimun Yusuf hanya mendapat 685 undi.

Meninggal duniaSunting

Beliau meninggal dunia pada 28 November 2008 di Institut Aminuddin Baki, Genting Highland, Pahang. Beliau dikatakan rebah ketika bermain badminton di institut itu.Allahyarham meninggal pada umur 59 tahun.

Pada 16 Januari 2009, hasrat kerajaan bagi mengabadikan Allahyarham Dato' Razali Ismail dengan jasa dan sumbang bakti beliau kepada anak didik Terengganu, Datuk Seri Najib, Timbalan Perdana Menteri Malaysia 2008 telah merasmikan nama Institusi Pendidikan Guru Malaysia Kampus Dato' Razali Ismail dan Sekolah Menengah Kebangsaan Dato' Razali Ismail, Kuala Terengganu. Beliau merupakan salah seorang tokoh politik yang berjiwa rakyat. Hal ini menyebabkan rakyat parlimen Kuala Terengganu amat merasai kematian beliau. Kepemimpinan serta semangat wakil rakyat yang ditonjolkan oleh beliau turut disenangi oleh parti pembangkang. Hal ini dibuktikan dengan kenyataan oleh Pesuruhjaya Pas Terengganu, Mustafa Ali yang menyifatkan Razali sebagai seorang pemimpin yang bersih. Bagaimanapun kempen-kempen tersebut gagal memenangkan calon UMNO dalam Pilihan raya kecil Kuala Terengganu 2009.

RujukanSunting

Pautan luarSunting