Razali Umar Kandasamy

Razali Umar Kandasamy (lahir pada 5 Ogos, 1986)[1] merupakan seorang bekas pemain bola sepak Malaysia yang berasal dari Perak.

Razali Umar
Maklumat peribadi
Nama penuh Razali Bin Umar Kandasamy
Posisi permainan Penyerang
Kerjaya remaja
2006-2008 Perak Piala Presiden Perak
Kerjaya Senior*
Tahun Pasukan Kmcln (Gol)
2008-2011 Perak Perak
2012 Selangor Sime Darby FC
2013 Kuala Lumpur Felda United FC
2014 Perak Perak
2015 Kuala Lumpur MISC-MIFA
2016 Perak Perak
Pasukan kebangsaan
2009-2010 Malaysia B-23
* Gol dan kemunculan untuk kelab senior hanya untuk liga domestik

Karier sunting

Razali memulakan karier profesionalnya dalam skuad Piala Presiden pasukan Perak. Beliau mula menempa nama apabila mambantu Perak menjuarai Piala Presiden 2007, sambil menjaringkan 31 gol untuk muncul penjaring terbanyak[2].

Hasil kejayaan itu, beliau telah mendapat tempat dalam skuad utama Perak di bawah kendalian jurulatih ketika itu Steve Darby. Setelah perpindahan pemain-pemain utama Perak ke pasukan lain pada tahun 2009 dan 2010, beliau telah menjadi tonggak utama pasukan Perak di bawah kendalian M. Karathu dan Raja Azlan Shah Raja So'ib. Beliau juga merupakan antara penyerang utama Perak musim 2011 bersama-sama Akmal Rizal Ahmad Rakhli dan Muhammad Shafiq Jamal.

Namun, disebabkan sikap beliau yang seringkali tidak hadir semasa latihan dan perlawanan tanpa alasan kukuh[3], menyebabkan pengurusan Perak menamatkan kontraknya lebih awal pada 1 Jun 2011[4].

Razali menyertai kelab Sime Darby FC pada November 2011, untuk musim Liga Perdana Malaysia 2012.[5] Beliau sekali lagi berpindah kelab pada musim berikutnya, kali ini bersama pasukan Felda United FC untuk musim 2013.

Razali kembali bermain untuk Perak setelah menandatangani kontrak setahun pada Mei 2014.[6] Setahun selepas itu, beliau bermain dengan kelab MISC-MIFA sebelum kembali bersama dengan Perak pada Mei 2016. Beliau meninggalkan pasukan Perak pada akhir musim 2016, dan sehingga 2018, tidak lagi diketahui bermain dengan mana-mana kelab bolasepak lain.

Pasukan negara sunting

Beliau pernah dipanggil untuk skuad Malaysia, namun terpaksa menarik diri akibat kecederaan[7]. Beliau juga pernah mewakili pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia bawah 23 tahun[8].[9]

Pautan luar sunting

Rujukan sunting

  1. ^ "Razali Umar Kandasamy". Scoresway.com. Dicapai pada 5 April 2011.
  2. ^ http://www.seladang.net/2008/04/in-person-raja-azlan-shah-bin-raja-soib/
  3. ^ "Perak FA to take action against Razali". TheStar.com. March 31, 2011. Dicapai pada 5 April 2011.
  4. ^ http://www.bharian.com.my/bharian/articles/PAFAtamatkankontrakRazalilebihawal/Article/index_html
  5. ^ http://www.hmetro.com.my/articles/RazalibantuSimeDarbyFC/Article
  6. ^ http://www.karangkraf.com/sukan/pafa-tiada-perbincangan-rasmi-dengan-weigang-1.275433
  7. ^ http://www.mmail.com.my/content/13205-perak-clamp-down-opponents
  8. ^ http://redsports.sg/2009/05/22/younglions-malaysia-u23-football/
  9. ^ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2009&dt=1130&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_09.htm