Razis Ismail
Ghazali Ismail (lahir 1 Julai 1960), atau lebih dikenali sebagai Razis Ismail, adalah seorang penyanyi yang terkenal di Malaysia pada sekitar era 80an. Lagu-lagu beliau sering kerap kali diputarkan di corong-corong radio Malaysia sekitar era 80an. Berasal dari Tanjung Tokong, Pulau Pinang. Suara beliau yang lunak dan wajah beliau yang kacak sering menjadi pujaan gadis-gadis ketika zaman kegemilangan beliau. Selain menyanyi, beliau juga menceburi dalam bidang lakonan iaitu filem Mawar Merah dan beliau hanyalah sebagai seorang pelakon pembantu.
Razis Ismail | |
---|---|
![]() Kulit Album Hadirmu Membawa Sinaran (1982) | |
Latar belakang | |
Nama lahir | Ghazali bin Ismail |
Kelahiran | ![]() | 1 Julai 1960
Genre | Pop |
Pekerjaan | Penyanyi, Pelakon |
Instrumen | Vokal |
Tahun aktif | 1980-an |
Syarikat rakaman | WEA Records Sdn. Bhd. |
Diskografi Sunting
Album Studio Sunting
- Hadirmu Membawa Sinaran (1982)
- Lain Dulu Lain Sekarang (1983)
- Mawar Bukan Milikku (1985)
- Kepulangan (1986)
- Terserah (1987)
Filemografi Sunting
Filem | |||
---|---|---|---|
Tahun | Judul | Peranan | Nota |
1987 | Mawar Merah | Razis |