Realiti adalah siri drama televisyen tempatan yang dibintangi Chelsia Ng, Ashraf Sinclair, Melissa Maureen, Alvin Wong, Azizan Nin, Radhi Khalid dan Maria Farida. Siri ini diterbit oleh Ng Ping Ho di bawah bumbung Popiah Pictures. Musim pertamanya diulang tayang di 8TV pada 31 Oktober 2007 hingga 2 Januari 2008, setelah menghabiskan siaran pertamanya dari 3 September hingga 5 November 2006.

Realiti
GenreDrama
PenciptaNg Ping Ho
Dibintangi oleh
Chelsia Ng
Ashraf Sinclair
Melissa Maureen
Alvin Wong
Azizan Nin
Radhi Khalid
Maria Farida
Lagu pembukaanScarecrow Adams oleh kumpulan Disagree
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaMelayu, Inggeris
Bilangan musim1 (seperti pada 5 November 2006)
Bilangan episod10 (seperti pada 5 November 2006)
Penerbitan
Penerbit eksekutifNg Ping Ho
Tempoh siaran1 jam setiap episod
Penyiaran
Siaran asal3 September 20065 November 2006

Plot sunting

Siri drama ini mengisahkan lima peserta program realiti berjenis pertandingan menyanyi bercorakkan Malaysian Idol bertajuk Malaysian Star. Bekas penyanyi rock Mac memikul tanggungjawab sebagai jurulatih vokal untuk para peserta, iaitu Amir, Melody, Burn, Nickson, dan Baby. Cerita ini juga mengisahkan laluan sukar yang terpaksa diharungi oleh para peserta untuk menjadi juara pertandingan. Setiap peserta juga didapati mempunyai rahsia mendalam, zaman silam yang gelap serta latar belakang yang rumit. Hanya seorang antara mereka akan merangkul gelaran juara. Siapakah dia? Templat:Spoiler

Watak sunting

Peserta Malaysian Star sunting

  • Amir bin Khalid (Zizan Nin) – mula-mulanya dia bertugas sebagai bellboy dan penyanyi di pub dalam hotel di mana peserta Malaysian Star berdiam. Setelah seorang daripada lima peserta asal pengsan ketika membuat persembahan secara langsung lalu gagal menyambungkan perjalanannya dalam pertandingan, lalu Amirlah yang terpilih untuk menggantikannya. Amir merupakan anak kampung dari Kedah yang berhijrah ke Kuala Lumpur setelah berselisih dengan ahli keluarganya. Atas sebab tidak fasih berbahasa Inggeris, Amir menghadapi masalah menyanyikan lagu-lagu dalam bahasa tersebut. Amir juga merupakan peminat kumpulan OAG dan sering didapati menyanyi lagu dendangan kugiran tersebut.
  • Melody Yeoh (Chelsia Ng) – anak watan Pulau Pinang berusia 20 tahun dikatakan sebagai peserta yang paling bermutu dari segi vokal, sebenarnya dia berasa tidak puas hati dan kecewa dengan laluan yang dia terpaksa harungi setelah dipaksa oleh bapanya, David. Caranya mendekati seni muzik berbeza daripada muda-mudi lain, menyebabkan rakan sekolahnya ketika zaman lalu terkejut kerana tidak kenal Britney Spears pun (seperti yang diketahui dalam episod ke-5). Maka itu, dia cuba melepaskan dendam dalam hatinya dengan menagih heroin sepanjang pertandingan.
  • Burn Ramli (Ashraf Sinclair) – pemuda berusia 23 tahun yang bergaya hip-hop dari Petaling Jaya ini menonjol kerana daya tarikannya yang memikat peminat gadis muda, namun dia mempunyai perwatakan agresif dan sering mencari gaduh yang sering mengancam imejnya. Dia bergaul dengan pemuda berjiwa hip-hop lain yang juga merupakan pengedar dadah, tetapi lambat-laun suara nuraninya memastikan Burn mengikut pangkal jalan yang betul.
  • Nickson Wong (Alvin Wong) – peserta lelaki Kuala Lumpur berusia 22 tahun yang pernah bekerja sebagai pendandan rambut dan nyata berkelakuan keperempuanan. Meskipun berwajah ceria pada kebanyakan waktu, dia menderita akibat masalah dalam keluarga, yang mana bapanya sering mendera ibunya. Sebelum menyertai pertandingan, Nickson pernah berganding bahu dengan kawan lamanya Calvin untuk bersama-sama menggubah lagu.
  • Baby Azrin (Melissa Maureen) – bekas peragawati berusia 22 tahun dari Kuala Lumpur yang menarik peminat dengan populariti sedia ada serta wajah yang jelitanya. Di sebalik itu Baby cuba menyembunyikan rahsia gelap dan latar belakang yang gelap dari khalayak umum — adalah didapati bahawa dia pernah melahirkan anak di luar nikah.
  • Jessie (Celina Khor) — Gadis berusia 21 tahun dari Johor Bahru ini adalah peserta kelima yang asal, yang pengsan di atas pentas akibat menghidap lelah ketika persembahan secara langusng pertama, lalu diganti oleh Amir.

Krew dan orang berkaitan Malaysian Star sunting

  • Mac (Radhi Khalid) – bekas penyanyi rock 1980-an ini sekarang memikul tugas berat sebagai jurulatih vokal Malaysian Star. Pendekatannya yang berdisiplin tegas dibandingkan dengan sarjan pelatih dalam anggota tentera, seperti yang diluahkan Burn dalam episod kedua siri ini.
  • Jay (Nazrudin Habibur Rahman) – penerbit rancangan Malaysian Star dan pengurus Rock Records yang mempunyai niat yang kurang baik. Dalam siri ini dia pernah meluahkan hasrat untuk menubuhkan syarikat rakaman sendirinya dan cuba memujuk salah seorang peserta pertandingan ini untuk menyertai syarikat baru tersebut.
  • Pengacara Malaysian Star (Aishah Sinclair) – seperti yang dinyatakan.
  • Hos Pop TV (Juliana Ibrahim) – bagi Malaysian Star, dia bertugas menemu ramah para peserta dan orang awam bagi mendapatkan komen, serta penolong pengacara dalam studio.
  • Juri Malaysian Star
  • Wahida (Maria Farida) – wartawan tabloid yang kelihatan agresif dan cuma hendak memperoleh isu yang membangkitkan kontroversi mengenai pertandingan ini dan para pesertanya, namun hatinya tetap lembut dan kedahagaannya terhadap kebenaran di sebalik kisa para peserta menunjukkkan rasa prihatin terhadap mereka.

Ahli keluarga dan kenalan rapat peserta sunting

  • David Yeoh (Kee Thuan Chye) – bapa kepada Melody dan seorang jurulatih vokal yang mendesak anaknya untuk mengejar bidang menyanyi walaupun tidak disenangi anaknya itu.
  • Dayang (Lydia Ibtisam) – teman wanita Amir ketika bekerja dalam hotel, yang makin rapuh hubungannya dengan teman lelakinya itu semenjak Amir memasuki Malaysian Star.
  • Calvin (Gambit Saifullah) – rakan karib Nickson yang pernah bersama-sama menghasilkan karya muzik. Dua sekawan ini dituduh sebagai homoseksual apabila didapati menggandingkan tangan mereka dalam cara yang kurang senonoh di hadapan wartawan dan jurugambar media.
  • Fazrina (Cheyenne Stutzriem) – "anak saudara" Baby yang sebenarnya merupakan anak luar nikah Baby. Kanak-kanak perempuan ini di bawah jagaan seorang kenalan Baby.
  • Constance (Nell Ng) – sahabat karib Baby dan ibu angkat Fazrina yang membantu menyimpan rahsia gelap Baby.
  • Joe (Reefa) – sahabat Burn yang sejiwa hip-hop dan mempunyai latar belakang yang lebih gelap. Menjelang akhir musim pertama dia didapati mengedar dadah dan pernah menjual produknya kepada Melody, lalu menyebabkan Burn putus hubungan dengannya.

Episod sunting

Musim pertama sunting

Ep. Disiarkan pada Ringkasan
1 3 September 2006 5 orang peserta pertandingan menyanyi Malaysian Star menghadapi kenyataan bahawa jika mereka hendak menjadi bintang terkenal, mereka perlu berkelakuan seperti bintang terkenal walau apa jua masalah peribadi mereka. Salah seorang daripada mereka, Jessie, menghidapi sesuatu penyakit yang dia tidak berani dedahkan kepada orang ramai, lalu pengsan di atas pentas pada malam persembahan.
2 10 September 2006 Pencarian untuk pengganti Jessie dilancarkan untuk meneruskan pertandingan. Masalah disiplin Burn mula menonjol, manakala Baby dan Melody bergaduh, segalanya sempat dirakamkan dalam mata seorang wartawan.
3 17 September 2006 sudah tiba masanya para peserta bertemu dengan peminat, yang mana mereka mengambil iktibar bahawa terdapat pengorbanan untuk mencapai kenamaan. Melody dan Burn makin tertarik kepada satu sama lain, manakala kerelaan Amir untuk menolong seseorang menyebabkan masalah perhubungannya dengan teman wanitanya Dayang, dan Baby bertemu seseorang yang dikenali sewaktu dahulu.
4 24 September 2006 Amir tiba-tiba pulang ke kampung halamannya apabila para peserta yang lain mengadakan sesi fotografi. Jay, penerbit Malaysian Star, cuba memutarbelitkan cerita demi nama baik rancangan. Sementara itu Baby mencuba sedaya upaya untuk meyakinkan seorang jurugambar untuk meletakkan gambarnya pada halaman kulit manakala Burn cuba memujuk Melody agar tidak menyembunyikan perasaannya.
5 1 Oktober 2006 Penyediaan para peserta yang bakal mempersembahkan konsert unplugged terganggu oleh insiden Baby menerima surat layang berunsur ugutan. Keyakinan diri Amir terjejas kerana dia terpaksa membawa lagu bahasa Inggeris, manakala Nickson bertengkar dengan Calvin mengenai cara Nickson patut mempersembahkan dirinya. Sementara itu, Melody dan Burn makin rapat sesama sendiri.
6 8 Oktober 2006 Cuma tinggal satu minggu sebelum pusingan penyingkiran pertama Malaysian Star, namun para peserta tidak memikiran sahaja hal penyingkiran. Baby terpaksa menghadapi surat ugutan daripada seseorang yang tahu akan satu rahsia dari masa silamnya, manakala Burn mendapati bahawa Melody ketagih darah. Sementara itu, ibu Nickson mnejemputnya untuk bertemu dengan seorang gadis yang tidak dikenalinya.
7 15 Oktober 2006 Pusingan penyingkiran pertama sudah bermula maka seorang peserta bakal disingkirkan apabila memperoleh undian terendah daripada penonton. Akan tetapi, sebelum itu Mac juga mengetahui masalah ketagihan dadah Melody lalu Burn berusaha memastikan Melody masih layak untuk bertanding, manakala Amir menerima peluang untuk menandatangani kontrak rakaman hanya jika dia tidak menjuarai Malaysian Star, dan Nickson tidak puas hati dengan tindakan ibunya pindah balik untuk bersama bapanya.
8 22 Oktober 2006 Melody dimasukkan ke hospital akibat terlebih guna dadah dan Burn dikembalikan ke dalam pertandingan. Ibu Nickson berpindah masuk ke bilik anaknya untuk melepaskan dirinya daripada suaminya yang asyik mendera. Hubungan Baby dan Amir makin rapat.
9 29 Oktober 2006 Amir mendapati dirinya menjadi orang tengah dalam kes Baby menuduh Dayang mencuri gambar Fazrina ("anak saudara" kepada Baby), manakala Burn dengan was-wasnya bersetuju membantu Joe menjual dadah agar dapat mengumpul duit untuk menolong Melody.
10 5 November 2006 Melody sedar dari koma lalu kembali bertanding, Baby menghadapi hubungannya dengan Fazrina dan Amir berkelahi dengan Jay, pada masa menjelang pusingan akhir.
Ketika persembahan peringkat akhir berlangsung, Mac bersemuka dengan Jay mengenai niat Jay untuk memalsukan keputusan Malaysian Star. Akhirnya, undian tidak terjejas dan Melody merangkul gelaran juara dan kontrak rakaman muzik. Pada penghujung episod, Burn dilanggar kereta yang dipandu Joe.

Templat:Endspoiler

Lagu-lagu yang didendangkan sunting

Lagu tema
Pusingan penyingkiran pertama (Episod 7)
Pusingan penyingkiran kedua (Episod 8)
  • Amir: Venusia (kumpulan OAG)
  • Baby: Meant To Be
  • Burn: Khayalan
  • Nickson: Katakan Saja
Pusingan penyingkiran ketiga (Episod 9)
Pusingan peringkat akhir (Episod 10)
  • Persembahan bersama ketiga-tiga peserta: Best of Them All (Douglas Lim)
  • Baby: Selamanya (Douglas Lim)
  • Melody: Looking Down (Douglas Lim)
  • Amir: Akustatik (kumpulan OAG).

Pautan luar sunting