Realiti Cinta

Realiti Cinta merupakan drama mini siri disiarkan di platform online WeTV bermula 25 Februari 2021. Diterbitkan oleh Imaginal Pictures di bawah arahan pengarah Tam Suhaimi. Dibintangi Kilafairy, Mimi Lana, Bella Dally, Atiq Azman. Empat episod Realiti Cinta disiarkan pada 25 Februari, 26 Februari, 4 Mac dan 5 Mac. Tonton secara percuma melalui laman wetv.vip atau menerusi aplikasi WeTV di Google Play Store dan iOS.

Realiti Cinta
GenrePersahabatan
Cinta
Konflik
Ditulis olehTam Suhaimi
PengarahTam Suhaimi
Dibintangi oleh
Negara asalMalaysia
BahasaMelayu
Bilangan episod4
Penerbitan
Tempoh siaran25 minit
Syarikat penerbitan
Imaginal Pictures Sdn Bhd
Penyiaran
Saluran asalWeTV
Format gambar
Format audioDolby Digital
Siaran asal25 Februari 2021

SinopsisSunting

Mengisahkan Melissa, hos program bual bicara bertajuk “Berdua Bersatu”, sebagai ‘cupid’ yang membantu individu mencari pasangan hidup mereka. Yang ironinya, Melissa masih tidak berpasangan pada masa itu.

Namun, semua ini berubah apabila Melissa dijemput sebagai ahli jawatankuasa untuk pertemuan sekolah menengahnya, yang menemukannya dengan musuh lama, Adrea. Melissa yang telah bersedia mencari teman hidup tidak sedar akan ‘angkara’ dua rakannya yang membawa Harris ke dalam hidupnya.

Namun, siapa sangka Harris rupa-rupanya bekas kekasih Adrea, sekaligus mencetuskan permulaan satu konfrontasi yang mendebarkan! ...

Melissa adalah penyampai bagi “Berdua Bersatu,” sebuah program pencarian pasangan ideal. Melissa menerima undangan untuk menjadi ahli komiti bagi acara reunion. Melissa skeptikal apabila perjumpaan tersebut bakal disertai oleh Adrea, musuhnya sewaktu di bangku sekolah. Namun begitu, dia mengambil inisiatif untuk berdamai dengan Adrea demi untuk melancarkan tugasan masing-masing.

Bimbang jika status Melissa yang masih solo dijadikan bahan jenaka, rakannya (Shad dan Iqy) bertindak mencari pasangan untuknya. Pertemuan secara tidak sengaja diantara Melissa dan Harris secara tidak langsung menjadikan hubungan mereka menjadi akrab.

Harris tiba untuk menjemput Melissa. Tanpa diketahui oleh Melissa, Harris merupakan bekas kekasih Adrea. Adrea yakin bahawa Melissa menjadi punca perpisahannya dengan Harris. Sejak dari itu Melissa kembali menjadi sasaran kepada Adrea. Adrea bertindak memalukan Melissa dan mendakwa bahawa Melissa begitu terdesak sehingga sanggup mendapatkan khidmat teman lelaki upahan.

Melissa perlu memilih sama ada menyelamatkan hubungan dengan Harris ataupun menyelesaikan krisis yang tidak berkesudahan bersama Adrea.

PelakonSunting