Ribka Mary Brooks (née Wade, dilahirkan pada 27 Mei 1968) adalah wartawan British dan bekas editor akhbar News of the World . Dia menjadi ketua eksekutif akhbar News Internasional dari 2009 hingga 2011. Sebelum itu berkhidmat sebagai editor bongsu akhbar kebangsaan British sebagai editor News of the World (dari 2000 hingga 2003) dan editor perempuan yang pertama untuk akhbar The Sun(dari 2003 hingga 2009).

Rebekah Brooks
Kelahiran
Rebekah Mary Wade[1][2]

(1968-05-27) 27 Mei 1968 (umur 55)
PekerjaanJournalist, Editor surat khabar
Kredit yang dikenali
The Sun, News of the World
PasanganRoss Kemp
(m. 2002–09, bercerai)
Charlie Brooks (k. 2009)

Beliau berkahwin dengan pelakon Ross Kemp pada tahun 2002 (tanpa mengambil nama keluarga); pada tahun 2009, mereka bercerai . Kemudian dia berkahwin dengan bekas jurulatih kuda lumba dan penulis Charlie Brooks .

Beliau menjadi terkenal selepas terbabit dalam Skandal akhbar News of the World godam telefon.Tindakan wartawan mencuri dengar perbualan telefon menyalahi undang - undang dan boleh didakwa.Pada 15 Julai 2011, Brooks meletak jawatan sebagai ketua eksekutif News Internasional , berikutan kritikan meluas peranannya dalam kontroversi . Pada 17 Julai 2011, dia ditahan polis berkaitan dengan hacking telefon dan dakwaan membayar rasuah kepada polis untuk mendapatkan berita terkini dan terpeinci.

Rujukan sunting

  1. ^ http://www.companiesintheuk.co.uk/Company/Find?q=person%20REBEKAH%20MARY%20BROOKS
  2. ^ Births, Marriages & Deaths Index of England & Wales, 1916–2005.; at ancestry.com