Prof. Datuk Dr. Mohammad Redzuan Othman ialah seorang ahli akademik Malaysia. Beliau ialah Naib Canselor dan Presiden Universiti Selangor sejak 2016. Beliau juga ialah pengasas dn pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel) Universiti Malaya dari 26 Februari 2012 hingga 31 Disember 2014. Beliau juga menjadi Dekan Fakulti Sastera dan Sains Sosial UM.

Prof. Dato' Dr.

Mohammad Redzuan Othman

D.I.M.P.
Presiden & Naib Canselor Universiti Selangor
Memegang jawatan
1 Januari 2016
Didahului olehAnuar Ahmad
Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya
Dalam jawatan
26 Febuari 2012 – 31 Disember 2014
Didahului olehjawatan baharu
Butiran peribadi
LahirMohammad Redzuan bin Othman
Pendidikan
  • Sarjana Muda Sejarah, Universiti Malaya (1981)
  • Sarjana, Universiti London, United Kingdom (1987)
  • Doktor Falsafah, Universiti Edinburgh, United Kingdom (1994)

Selain itu Redzuan adalah bekas pemimpin ABIM dan kini memimpin Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah).

Pelbagai anugerah sunting

Profesor sejarah itu pernah mendapat anugerah pensyarah cemerlang selama 11 tahun berturut-turut dan dekan terbaik pada 2012. Dr Redzuan dapat menghuraikan kekeliruan kepada Lembaga Pengarah Universiti Malaya, yang dipengerusikan Tan Sri Arshad Ayub (85 tahun) dan khabarnya Arshad turut berpuas hati.

Pendirian Malaysia terhadap Hamas dan Fatah sunting

Pada 1 Januari 2007 , Zainal Abidin Bakar selaku Setiausaha Bahagian Penerangan Luar Negeri, Kementerian Luar Negeri, Wisma Putra, Putrajaya menafikan kekeliruan Redzuan Othman semasa wawancaranya bersama wartawan Noor Azam Shairi pada 24 Disember 2006 yang tersiar dalam Mingguan Malaysia.

Pendirian Malaysia ialah menyokong kemenangan Hamas di dalam pilihan raya Majlis Perundangan Palestin (PLC).Ucapan tahniah dihantar pada 27 Januari 2006 yang kemahuan penduduk Palestin di dalam pilihan raya yang demokratik sebaik sahaja Hamas memenangi pilihan raya pada 25 Januari 2006. Perdana Menteri Malaysia turut menggesa masyarakat antarabangsa menerima keputusan pilihan raya yang memihak kepada Hamas. Sewaktu sesi debat umum Perhimpunan Agung PBB Ke-61 di New York pada 20 September 2006 Malaysia menyatakan pendirian yang sama, menyokong Hamas. Pendirian sama turut disampaikan semasa pertemuan Presiden Bush pada 18 September 2006 di New York.

Semasa Mesyuarat Menteri- Menteri Biro Penyelarasan Pergerakan Negara-Negara Berkecuali (NM-CoB) di Kuala Lumpur , Farouk Kaddoumi (Fatah) dan Mahmoud Zahar (Hamas) telah hadir . Kedua-dua mereka hadir kerana kerajaan Palestin memilih mereka melalui Kedutaan Palestin di KL. Selain itu Malaysia tidak pernah mengkategori Hamas sebagai pertubuhan pengganas. Sebaliknya Hamas sebagai kumpulan pejuang Palestin kerana memperjuangkan kebebasan tanah air mereka dari pendudukan dan penjajahan kuasa asing.[1]

Pengarah UMcedel sunting

Dr Redzuan Othman telah dilantik oleh UM sebagai Pengarah Pusat Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Universiti Malaya (UMcedel). Perlantikan itu disahkan oleh Senat Universiti yang berketuakan naib canselor, ketika itu Prof Tan Sri Dr Ghauth Jasmon. Kajian UMcedel bukan sahaja dicemuh BN tetapi pernah diremehkan pimpinan Pakatan Rakyat sendiri.

Pada 19 Februari 2013, forum politik anjuran UMcedel, terpaksa dibatalkan susulan arahan Pejabat Perdana Menteri (PMO) dan Kementerian Pengajian Tinggi. Ahli penal yang diundang nampak seimbang; Husam Musa (PAS), Nurul Izzah Anwar (KeADILan), P Kamalanathan (MIC) dan Saifuddin Abdullah (UMNO).

Pada 20 Februari 2014, Dr Redzuan Othman telah membentangkan Kajian Pilihan raya kecil Kajang 2014 di Fakulti Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya.Beliau menafikan dakwaan beberapa blogger bahawa kononnya beliau merupakan penyokong dan sahabat baik Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Memang benar sejak 1970-an beliau kenal Dr Ahmad Zahid Hamidi,Tun Dr [[Mahathir Mohamad dan dengan Anwar lebih lama tapi tidaklah sampai cium tangan Anwar. Beliau tidak layan sangat blogger kerana tiga perempat daripada mereka 'tidak betul'. Beliau menjadi sasaran blogger kerana UMcedel didakwa cenderung memihak kepada Pakatan Rakyat dan menjadi alat perang saraf kepada Ketua Pembangkang itu.[2]

Timbalan Yang Dipertua Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) Selangor, Dr. Wan Muhammad Adam meragui kesahihan kajian itu kerana Redzuan kenalan Anwar. Kajian itu akan mempengaruhi pengundi dalam Pilihan Raya Kecil Kajang 2014 pada 5 Mei 2014. Keraguan turut dikongsi oleh Naib Presiden Persatuan Peguam Muslim Malaysia (PPMM), Azril Mohd. Amin. Redzuan adalah merupakan bekas pemimpin ABIM dan kini memimpin Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (Wadah) dilihat banyak menyebelahi Anwar. [3] Dr Redzuan juga rapat dengan Dato' Ahmad Maslan, Timbalan Menteri Kewangan dan merupakan rakan baik kepada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Dato' Shahlan Ismail.[4]

Penamatan tugas sunting

Pada 1 Julai 2014,Naib Canselor Universiti Malaya, Datuk Dr. Mohd. Amin Jalaluddin menafikan dakwaan penamatan tugas Redzuan Othman selaku pengarah Umcedel kerana campur tangan politik. Perkhidmatan beliau sebagai Dekan Fakulti Sastera dan Sosial Sains UM tidak dilanjutkan selepas 30 Jun 2014.

Sebenarnya keputusan itu mengambil kira persaraan Mohammad Redzuan (59 tahun) pada 2014 nanti. Timbalannya iaitu Dr. Amir Saifude Ghazali diberi peluang untuk memikul tanggungjawab selaku pengarah UMcedel. Keputusan itu demi kepentingan universiti dan tidak mempunyai sebarang kaitan dengan sebarang bentuk tekanan daripada pihak luar.[5]

Menurut Perlembagaan Universiti 2010, subseksyen 24(4) memperuntukkan kuasa kepada Naib Canselor untuk melantik seorang dekan atau pengarah fakulti, Naib Canselor boleh melantik seorang dekan atau pengarah dalam kalangan tiga calon yang menerima undian tertinggi daripada pemilihan.Daripada tiga calon yang menerima undian tertinggi daripada pemilihan yang diadakan dari 10 hingga 12 Jun 2014, satu temu duga untuk setiap calon akan diadakan antara 17 dan 20 Jun 2014. Dr Mohd Amin menjelaskan tiga calon disenarai pendek iaitu Professor Dr Md Sidin Ahmad dan Professor Datuk Dr Azizan Abu Samah. Akhirnya Md Sidin (55 tahun) terpilih sebagai dekan baharu Fakulti Sastera dan Sains Sosial, mengambil kira persaraan Mohammad Redzuan tahun hadapan.[6]

Pada 30 Jun 2014 , Datuk Saifuddin Abdullah menerusi Facebook turut protes, lalu meletak jawatan sebagai Felo Penyelidik Kanan Universiti Malaya.Saifuddin adalah bekas Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi . [7] Presiden Abim, Amidi Abdul Manan bersama 15 NGO lain berhasrat menghantar memorandum kebebasan akademik kepada KPM sebagai tanda solidariti kepada Prof Redzuan.[8]

Tindakan serupa sunting

  1. Prof. Dr Abdul Aziz Bari pada 2013 - Pakar perlembagaan dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).[9]

Keahlian dan peranan sunting

  1. Jawatankuasa Penilaian Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2014: Kluster Sastera dan Sastera Ikhtisas, Committee Member, 2014-2014, (National)
  2. Jawatankuasa Induk Pusat Kecemerlangan Pengajian Tinggi (HICOE) , Ajk, Member, 2013, (National)
  3. Ahli Jawatankuasa Penilaian Skim Geram Penyelidikan Fundamental (FRGS) Tahun 2013: Bidang Sastera dan Satera Ikhtisas, Council Member, 2013-2013, (National)
  4. Ahli Jawatankuasa Penilaian Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)Tahun 2014: Kluster Sastera dan Sastera Ikhtisas, University Malaya, 06-May-14 - 09-May-14
  5. Jawatankuasa Kluster Religion And Civilization, 01-Apr-14
  6. Penilai Luar Bagi Urusan Kenaikan Pangkat Staf Akademik Ke Jawatan Profesor Gred Khas C, 04-Mar-14
  7. Panel Pakar Bidang Hubungan Antarabangsa, 31-Dec-13 - 31-Dec-15
  8. Pengerusi Jawatankuasa Penapisan Calon Staf Akademik (JPCSA) , University Malaya, 14-Apr-13 - 13-Apr-15
  9. Ahli Jawatankuasa Penilaian Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS), University Malaya, 26-Feb-13 - 01-Mar-13
  10. Jawatankuasa Pemilih Bagi Pelantikan dan Kenaikan Pangkat , University Malaya, 20-Dec-12 - 12-Dec-15
  11. Majlis Institut Asia Eropah, University Malaya, 12-Dec-12 - 23-Dec-13
  12. Ahli Majlis ICT Universiti Malaya, University Malaya, 05-Nov-12 - 31-Dec-14
  13. Ahli Jawatankuasa Penilai Pusat Kecemerlangan (HICoe) Berpotensi bagi Institut Alam Dan Tamadun Melayu (ATMA), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), 10-May-12 - 09-May-14
  14. Ahli Lembaga Akademi Pengajian Melayu , University Malaya, 27-Apr-12 - 26-Apr-15
  15. Pengarah, University Of Malaya Centre For Democracy and Election (UMmcedel), University Malaya, 26-Feb-12 - 31-Dec-14
  16. Chairman Committee of the Selection of Candidate For the Academic Staff , University Malaya, 12-Apr-11 - 13-Apr-13
  17. Pengerusi Mesyuarat Fakulti Sastera dan Sains Sosial , Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 01-Jan-11 - 30-Jun-14
  18. Pengerusi Ijazah Sarjana Sastera, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 01-Jan-11 - 30-Jun-14
  19. Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksa Ijazah Tinggi, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 01-Jan-11 - 30-Jun-14
  20. Pengerusi Jawatankuasa Pemeriksa Ijazah Dasar, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 01-Jan-11 - 30-Jun-14
  21. Pengerusi Mesyuarat Ketua-Ketua Jabatan, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 01-Jan-11 - 30-Jun-14
  22. Chairman Panel of Award Committee Highest Cited Book , University Malaya, 02-Jan-10 - 03-Dec-10
  23. Chairman of Research Cluster Humanities and Ethics , University Malaya, 01-Jan-10 - 15-Aug-10
  24. Chairman Panel of Award Committee Book Award , University Malaya, 03-Feb-09 - 07-Dec-10
  25. Chairman of Research Cluster Humanities and Ethics , University Malaya, 01-Jan-09 - 31-Dec-09
  26. Coordinator Master of Arts (Civilisational Studies) , Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 12-Jun-07 - 11-Jun-12
  27. Deputy Dean, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 01-Sep-06 - 31-Aug-07
  28. Quality Manager Fakulti Sastera dan Sains Sosial Towards the Implementation of MS ISO 9001-2000 , Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 01-Sep-06 - 31-Aug-07
  29. Committee Member The Evaluation For the Award of Fundamental Research Grants Scheme (FRGS).Ministry of Higher Education (MOHE)Malaysia , 26-Jul-06 - 31-Dec-11
  30. Coordinator Master of Arts (Civilisational Studies) , Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 12-Jun-05 - 11-Jun-07
  31. Head Department of History , Department Of History, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 01-Jun-05 - 31-Aug-06
  32. Head Department of History , Department Of History, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 01-Apr-05 - 31-Mar-06
  33. Chairman Muslim Staff Welfare Association , Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 01-Apr-04 - 31-Dec-07
  34. Coordinator Master of Arts (Civilisational Studies) , Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 12-Jun-03 - 11-Mar-05
  35. Deputy Dean, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 19-Nov-02 - 18-Nov-04
  36. Quality Manager Fakulti Sastera dan Sains Sosial Towards the Implementation of MS ISO 9001-2000 , Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 19-Nov-01 - 18-Nov-04
  37. Deputy Dean , Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 19-Nov-01 - 18-Nov-02
  38. Chief Editor Sejarah,(Yearly Journal of Department of History) , Department Of History, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 03-Feb-95 - 30-Dec-12
  39. Registrar & Teacher, SOFAR ASSOCIATES, 01/03/1981 until 30/06/1984

Hasil penulisan bersama dan perseorangan sunting

  1. Suffian Mansor, Rosmadi Fauzi, Mohammad Redzuan Othman, Amer Saifude Ghazali & Zulkanain Abdul Rahman (2013).Pilihan Raya Kecil Parlimen Sibu Sarawak 2010.Kuala Lumpur:Penerbit Universiti Malaya.
  2. Mohammad Redzuan Othman dan Amer Saifude Ghazali, Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang 2009 ,Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 2013.
  3. Arba'iyah Mohd Noor, Mohammad Redzuan Othman, Sufian Mansor dan Salina Zainol, Persada Jauhari, Kumpulan Esai Sempena Persaraan Prof. Emeritus Datuk Wira Dr. Mohd Yussoff B. Haji Hashim ,Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 2013.
  4. Mohammad Redzuan Othman,Md Sidin Ahmad Ishak, Mardiana Nordin dan Abu Hanifah Haris, Malaysia Indonesia: Romantik Hubungan Bangsa Serumpun ,Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya. 2013.
  5. Mohammad Redzuan Othman dan Ibrahim Ngah, Kajian Persepsi Masyarakat Tentang TEMAN dan RTC (Johor Bahru: Penerbit UTM Press, 2011)
  6. Mohammad Redzuan Othman, Amer Saifude Ghazali and Zulkanain Abdul Rahman, Kuala Terengganu By-Election 2009 (Kuala Lumpur: University Malaya Press. 2011). ISBN 9 789831 005137
  7. Mohammad Redzuan Othman (Ketua Penyelidik/Penulis) Majlis Belia Malaysia 1948-2008, Kuala Lunpur; Majlis Belia Malaysia, 2010.
  8. Mohammad Redzuan Othman, Zulkanain Abdul Rahman, Shaharuddin Badaruddin, Amer Saifude Ghazali dan Md Rozimi Mohd Nasir, Permatang Pauh Pilihan Raya Kecil Ogos 2008, Shah Alam: Karisma Publication, 2009.
  9. Mohammad Redzuan Othman et. al (Editor), Setengah Abad Hubungan Malaysia-Indonesia, Shah Alam: Arah Publications, 2009.
  10. Sivachandralingam Sundara Raja dan Ayadurai Letchumanan, Ace Ahead Tamadun Dunia Kertas 1, Shah Alam, Oxford Fajar, 2008. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
  11. Mohammad Redzuan Othman, Mencari Makna Di Sebalik Krisis Di Lebanon Dan Palestin, Petaling Jaya: INMIND, 2007
  12. Mohammad Redzuan Othman (Ketua Pengarang), Sejarah Pembinaan Negara Bangsa Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006.
  13. Mohammad Redzuan Othman dan Mashitah Sulaiman, Islam dan Politik Di Turki , Petaling Jaya: Tradisi Ilmu, 2005.
  14. Mohammad Redzuan Othman, Islam dan Masyarakat Melayu. Peranan dan Pengaruh Timur Tengah Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2005.
  15. Mohammad Redzuan Othman (Ketua Editor), Jendela Masa. Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato' Khoo Kay Kim ,Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2001.
  16. Mohammad Redzuan Othman and Md. Sidin Ahmad Ishak, The Malays in the Middle East. With Bibliography of Malay Printed Works Published in the Middle East ,Kuala Lumpur: University of Malaya Press, 2000.
  17. Mohammad Redzuan Othman dan Amer Saifude Fhazali, Dewan Negeri Selangor Selepas 2008, dalam Saari Sungib, 50 Tahun Potret Demokrasi Selangor, Shah Alam: Communication Corporation Sdn. Bhd.(CCSB), 2013.
  18. Abu Hanifah Haris dan Mohammad Redzuan Othman,Seruan Azhar (1925-1928) dan Idea Perpaduan Serumpun Antara Penduduk Tanah Melayu dan Indonesia di Kaherah, dalam Mohammad Redzuan Othman ed. all, Malaysia Indonesia, Romantika Hubungan Bangsa Serumpun, Universiti Malaya:Fakulti Sastera dan Sains Sosial,2013.
  19. Mohammad Redzuan Othman, Syeikh Junid Tola (1886-1948): Ulama Progresif, Penggerak Kesedaran Politik dan Kemajuan Sosio-ekonomi Masyarakat , dalam Arba iyah Mohd. Noor et.al (editor) Persada Jauhari. Kumpulan Esei Sempena Persaraan Prof. Emeritus Dato Wira Dr. Mohd. Yusoff Hashim (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2012).
  20. Aiza Maslan Baharudin dan Mohammad Redzuan Othman, Pemergian Haji Dalam Teks Hikayat Hang Tuah, Tuhfat al-Nafis dan Kisah Pelayaran Abdullah Ka-Judah , dalam Zulkanain Abdul Rahman et.al (editor), Dastar Pendeta. Kumpulan Esei Sempena Persaraan Prof. Dr. Abdullah Zakaria Ghazali (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2012).
  21. Ahmad A.M. Atawa dan Mohmmmad Redzuan Othman, Hamas Role In The Palestinian Political Issues 1988-2010 dalam, Mohad Roslan Mohad Nor, ed all., Tranformation Of Research in Islamic Studies, Universiti Malaya: Acedemy Islamic Studies.
  22. Mohammad Redzuan Othman, Kekalahan dan Kegagalan Barisan Nasional Menawan Kelantan Dalam Pilihan Raya Umum Ke-12 , dalam Joseph M. Fernando, Zulkanain Abdul Rahman dan Suffian Mansor, Pilihan Raya Umum Malaysia Ke-12, Isu dan Pola Pengundian (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2011)
  23. Mohammad Redzuan Othman The Parliamentary By-Election and the Shaping of Malaysian Political Lanscape After the 12th General Election , in Hassan Basri and Hoda Mitkees, Malaysian in Global Perpectives (Cairo: Department of Malaysian Studies, Cairo University 2010)
  24. Mohammad Redzuan Othman, "The Origins and Contributions of Early Arabs in Malaya", dalam Eric Tagliacozzo (edt.), Southeast Asia and the Middle East: Islam, Movement and the Longue Duree, (Singapore: NUS Press, 2009), hlm. 83-107.
  25. Mohammad Redzuan Othman, "Kata Pengantar", dalam Badlihisham Mohd Nasir, Dinanisme Gerakan Islam dan Cabaran Semasa (Shah Alam: Karisma Publication, 2009), hlm. iii-xi.
  26. Mohammad Redzuan Othman, Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah dan Kenaikan Kemal Di Turki: Reaksi Orang Melayu , dalam Farid Mat Zain (sunt), Daulah Uthmaniyah dan Alam Melayu (Shah Alam: Karisma Publications Sdn Bhd., 2009) hlm. 194-241
  27. Mohammad Redzuan Othman, Amer Saifude Ghazali dan Zulkanain Abdul Rahman, "Kelakuan Pengundi Muda Dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh Ogos 2009 dan Kuala Terengganu 2009", dalam Shireen Haron (eds), Pembandaran Melayu Bandar (Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA) Teknologi Mara, 2009, hlm. 141-179
  28. Mohammad Redzuan Othman, "Pengsekularan dan Perjuangan Mengembalikan Kedaulatan Islam Di Turki" , dalam Abdullah Azzam, Turki Negara Dua Wajah, (Cetakan Kedua) Kuala Lumpur: Alam Raya, 2008, hlm. xiv- xIi. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
  29. Mohammad Redzuan Othman, "Sumbangan HAMKA dalam Penulisan Sejarah Melayu di Alam Melayu", dlm Pemikiran Hamka, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008. hlm 115-129
  30. Mohammad Redzuan Othman, "Konflik Politik dan Ketenteraan di Rantau Teluk: Perang Iran-Iraq", dalam Abdullah Zakaria Ghazali dan Zulkanain Abdul Rahman (Penyunting), Konflik Dunia Abad Ke-20, (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2008), hlm. 305-320
  31. Mohammad Redzuan Othman, "Masjidil al-Haram dan Universiti al-Azhar Dalam Sejarah Perkembangan Pendidikan dan Kesedaran Sosial Masyarakat Melayu Sebelum Perang Dunia Kedua", dalam Abdul Muntaqim bin Zulkifli, Memahami Pendekatan Dakwah Manhaj Maliziy, Kuala Lumpur: Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia, 2007, hlm 35-62.
  32. Mohammad Redzuan Othman, "ABIM", in Marc Gaborieau. Gudrun Kramer, John Nawas and Everett Rowso, The Encyclopedia of Islam Three, Leiden: Brill, 2007, hlm. 11-12.
  33. Mohammad Redzuan Othman, "Masjid al-Haram Sebagai Institusi Pengajian: Peranan Dalam Pendidikan dan Perkembangan Intelektual Melayu", dalam Farid Mat Zain, Islam Di Tanah Melayu Abad Ke-19 (Shah Alam: Karisma Publications Sdn. Bhd., 2007) hlm. 45-70.
  34. Mohammad Redzuan Othman dan Shahrudddin Badaruddin, "Islam dan Politik Partisan: Peranan Badan Bukan Kerajaan Dalam Politik Kepartian", dalam Mohd. Izani Mohd. Zain (Sunt), Demokrasi dan Dunia Islam. Perspektif Teori dan Praktik (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2007) hlm. 161-181.
  35. Mohammad Redzuan Othman, "Gerakan Islam dan Demokrasi; Pengalaman Masa Lalu dan Prospek Masa Depan", dalam Mohd Rumaizuddin Ghazali, Shaharuddin Badaruddin dan Khairul Arifin Mohd. Munir, Islam dan Politik (Kajang: Kompleks Darul Hikmah, 2006) hlm. 83-94
  36. Mohammad Redzuan Othman, "Idea Kemajuan Dalam Pemikiran dan Perjuangan Sayyid Shaykh al-Hadi", in Mohammad Redzuan Othman (Ketua Pengarang), Sejarah Pembinaan Negara Bangsa Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006, pp. 125-144.
  37. Mohammad Redzuan Othman, "Malay, Islam and the Middle East Before World War Two: A Critical Analysis on the Historical Sources", in Danny Wong Tze Ken et al. (eds), Sejarah: Sumber dan Pendekatan Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2006, pp. 203-228.
  38. Mohammad Redzuan Othman, "Orang Arab dan Pengislaman Dalam Sejarah: Hubungan Emosi Melayu dengan Perkembangan Masyarakat", dalam Hashim Awang, et.al. Emosi Melayu (Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, 2005), hlm. 295-307
  39. Mohammad Redzuan Othman, "Kejatuhan Khalifah Uthmaniyah dan Kenaikan Kemal Di Turki: Reaksi Yang Ditunjukkan oleh Orang Melayu", in Farid Mat Zain, Khilafah Islamiyyah Dan Masyarakat Melayu, Bangi: Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam, FPIUKM, 2004), hlm. 111-146.
  40. Mohammad Redzuan Othman, Islam dan Proses Politik Dalam Peradaban Malaysia , in A. Aziz Deraman dan Rohani Zainal Abidin, Globalisasi Dan Peradaban Di Malaysia, Kuala Lumpur, Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, pp. 123-145.
  41. Mohammad Redzuan Othman, "Masjid al-Haram Sebagai Sebuah Institusi Pengajian: Peranannya Dalam Perkembangan Awal Pendidikan Melayu", in Farid Mat Zain, Islam Di Tanah Melayu Abad Ke-19, Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2003.
  42. Mohammad Redzuan Othman, "Conflicting Political Loyalties of the Arabs in Malaya Before World War II", in Huub de Jonge and Nico Kaptein (eds), Transcending Borders. Arabs, Politics, Trades and Islam in Southeast Asia (Leiden: KITLV Press, 2002), pp. 37-52.
  43. Mohammad Redzuan Othman, "Pengaruh Timur Tengah Dalam Perkembangan Awal Kesedaran Politik Melayu", dalam Mohammad Redzuan Othman, et. al, Jendela Masa. Kumpulan Esei Sempena Persaraan Dato Khoo Kay Kim (Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2001), hlm. 245-265.
  44. Mohammad Redzuan Othman, "Sumbangan Hamka Dalam Penulisan Sejarah Islam Di Alam Melayu", Hamka dan Transformasi Sosial Di Alam Melayu (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001), hlm. 37-59.
  45. Mohammad Redzuan Othman, "Pemikiran dan Perjuangan Zulkifli Muhammad", in Kamarudin Jaffar (Penyusun), Zulkifli Muhammad. Pemikiran dan Perjuangan (Kuala Lumpur: IKDAS, 2001), hlm. iii-xiii.
  46. Mohammad Redzuan Othman, "Sultan Abdul Aziz", Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999), hlm. 2280-2281.
  47. Mohammad Redzuan Othman, "Sultan Idris Mursyidul Adzam Syah I", Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999), hlm. 2312-2314.
  48. Mohammad Redzuan Othman, "Syeikh Jonid Tola", Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999), hlm. 2392-2393.
  49. Mohammad Redzuan Othman, "Taiping", Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka), hlm. 2399-2400.
  50. Mohammad Redzuan Othman, "Zulkifli Muhammad", Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 4 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1999), hlm. 2632.
  51. Mohammad Redzuan Othman, "Reaksi Masyarakat Melayu Terhadap Revolusi Kemal dan Pembentukan Negara Turki Moden", dalam Nik Hassan Shuhaimi Nik Abd. Rahman, Mohd bin Samsudin dan Kamaruzaman Yusoff, Sejarah dan Proses Pemantapan Negara-Bangsa (Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah Malaysia, 1998), hlm. 327-348.
  52. Mohammad Redzuan Othman, "Peranan Pengaruh Mesir Dalam Perkembangan Kesedaran Politik Masyarakat Melayu Sebelum Perang Dunia II", dalam Hashim Awang AR, Zahir Ahmad dan Zainal Abidin Borhan, Pengajian Sastera dan Sosiobudaya Melayu Memasuki Alaf Baru (Kuala Lumpur: Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya 1998), hlm. 327-348
  53. Mohammad Redzuan Othman, "Madrasah Diniah", Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 3 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1998) hlm. 1387-1388.
  54. Mohammad Redzuan Othman, "Hadhramis in the Politics and Administration of the Malay States in the Late Eighteenth and Nineteenth Centuries", in U. Freitag & W. G. Clarence-Smith, Hadrami Traders, Scholars, and Statemen in the Indian Ocean 1950-1960 (Leiden: E. J. Brill, 1997), hlm. 82-93
  55. Mohammad Redzuan Othman, "Abdul Samad Noh", Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 1 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994), hlm. 55.
  56. Mohammad Redzuan Othman, "Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)", Ensaiklopedia Sejarah dan Kebudayaan Melayu Jilid 1 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1994), hlm. 71-72.
  57. Mohammad Redzuan Othman, "Profil Afghanistan", dalam Mohd. Sidin Ahmad Ishak dan Nizal Muhammad (sunt.), Afghanistan Fajar Era Baru (Kuala Lumpur: Terbitan Tabung Pemulihan Afghanistan, 1989), hlm. 7-17.
  58. Mohammad Redzuan Othman, "Perjuangan Politik Zulkifli Muhammad (1927-1964)", dalam Adnan Haji Nawang, Perak Dahulu dan Sekarang (Kuala Lumpur: Persatuan Muzium Malaysia, 1988), hlm. 106-136

Jurnal sunting

  1. Syeda Naushin Parnini,Mohammad Redzuan Othman and Amer Saifude Ghazali, The Rohingya Refugee Crisis and Bangladesh-Myanmar Relations, Asian and Pacific Migration Journal, Vol. 22, No.1, 2013 (ISI-Cited Publication)
  2. Syeda Naushin Parnini and Mohammad Redzuan Othman (2013), Democratic Consolidation and Credibility of Governance Institutions in Bangladesh, Journal of Asian and African Studies, SAGE Publication,UK, April 9, 2013 (ISI-Cited Publication)
  3. Abu Hanifah Haris dan Mohammad Redzuan Othman, Keperluan Dalam Perjalanan Menuntut Ilmu: Sejarah Pemergian Pelajar Melayu ke Kaherah, 1910-an hingga 1950-an, Jurnal Sejarah, No. 21, 2013. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
  4. Rosmadi Fauzi, Amer Saifude Ghazali, Sufian Mansur, Zulkanain Abdul Rahman & Mohammad Redzuan Othman, Memahami Keputusan PRN Sarawak 2011 dari Perspektif Ruangan,Junal Sarjana,No.28,Disember 2013. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
  5. Amin Fadlilah, Mohammad Redzuan Othman ,Dinamika PAS (Malaysia) dan PKS (Indonesia)Dalam Perjuangan Mewujudkan Negara Islam, 1998-2008, Junal Sajarah,No.21, Jun 2013.
  6. Mohammad Redzuan Othman dan Abu Hanifah Haris,Egyptian Influence on Malaya's Muslim Kaum Muda (Young Faction) Before Woeld War II, Al-Shajarah, Volume 18, Page 1-33,2013. (ISI-Cited Publication)
  7. Abu Hanifah Haris dan Mohammad Redzuan Othman, Zulkifli Muhammad dan Perjuangan Politik Berteraskan Islam, 1955-1964, Jurnal Usuluddin, Bil 37, Jan-Jun 2013. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
  8. Abu Hanifah Haris dan Mohammad Redzuan Othman, Sumbangan Lepasan Mesir Dalam Bidang Pendidikan dan Penulisan di Tanah Melayu,International Journal of West Asian Studies,, Vol. 5, No. 1, 2013, pp. 1-26. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
  9. Mohamed Ali Haniffa, Mohammad Redzuan Othman dan Ho Hui Ling,Usaha-usaha ke arah mewujudkan keharmonian kaum berikutan berlakunya pergaduhan Melayu-Cina, 1945-1955, Junal Sarjana, Jilid 28, No. 1, Jun 2013.
  10. Mohammad Redzuan Othman. 2012. Salafiyyah in Malaysia, Oxford Islamic Studies on Line. Published Online by Oxford University Press, February 1, 2012, pp 1-7. (ISI-Cited Publication) (ISI-Cited Publication)
  11. Mohammad Redzuan Othman dan Abu Hanifah Haris, Egyptian Influences on Malaya s Muslim Kaum Muda (Young Faction) Before the Second World War , Journal of South East Asia Studies (ISI-Cited Publication) Accepted for Publication. (ISI-Cited Publication)
  12. Rosmadi Fauzi ,Amer Saifude Ghazalidan Mohammad Redzuan Othman, Pendekatan Baharu Ke Arah Pendemokrasian Dengan Menggunakan Model Ruangan Pengundian Serta Applikasi Sistem Maklumat Geografi dan Pilihan Raya, Junal Demokrasi dan Pilihan Raya, Jilid 1, No. 1, Jan-Jun 2012 (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
  13. Mohammad Redzuan Othman dan Amin Fadlillah, Perpektif Badan Bukan Kerajaan (NGO) Islam Terhadap Dasar Penerapan Nilai Islam Dan Pendekatan Islam Hadhari, Jurnal Hadhari, Vol. 4, No. 1, 2012M/1433H. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
  14. Abdul Halim Ramli dan Mohammad Redzuan Othman,Gagasan Malaysian Malaysia wawasan PAP: Kesinambungan dan Penentangan Orang Melayu, 1964-1969, Sarjana, No. 27, 2012, hlm. 71-94. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
  15. Abdul Halim Ramli, Mohammad Redzuan Othman dan Ahmad Kamal Ariffin Mohd Rus, "Reaksi PAS Terhadap Laporan Suruhanjaya Reid dan Islam Sebagai Agama Persekutuan Dalam Pembentukan Perlembagaan Merdeka" dalam Jurnal Jabatan Sejarah Universiti Malaya, No.20, 2012, 167-194 (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
  16. Munawar Fuad Neoh dan Mohammad Redzuan Othman, The role of Kyai in the 2004 presidential election: A case study of East Java, Sarjana, Jilid 27, No. 27, November 2012.
  17. Abu Hanifah Haris dan Mohammad Redzuan Othman, Kemal Ataturk dan Pembaharuan di Turki: Polemik Dalam Akhbar dan Majalah Pada Tahun 1920-an Hingga 1940-an , Sejarah, No. 19, 2011,
  18. Mohammad Redzuan Othman, Pemikiran HAMKA Tentang Pengislaman Alam Melayu dan Peranannya dalam Transformasi Masyarakat , Jurnal Pendidikan Islam, Jilid 14, Bil. 1, Julai 2011, hlm. 72-101 (ISSN 0127-5153).
  19. Amer Saifude Ghazali, Mohammad Redzuan Othman, Zulkanian Abdul Rahman dan Rosmadi Fauzi, Politik Etnik Malaysia: Analisis Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12 Mengenai Sokongan Bukan Melayu Kepada UMNO dan PAS, Geografica Online. Malaysian Jurnal of Society and Space, No. 7, Issue 2, 2011, hlm. 18-27 (ISBN 2180-2481).
  20. Mohammad Redzuan Othman & Shanti Thambiah, Doing Gender Studies and Selected Issues in the Study of Gender: An Introduction , Sarjana, Journal Fakulti Sastera dan Sains Sosial, University of Malaya,Vol.m 25 (Special Issue) No. 3, November 2010, pp. 1-6 (ISSN 1823-7745)
  21. Amer Saifude Ghazali, Mohammad Redzuan Othman dan Zulkanain Abdul Rahman, Pengundi Muda dan Pilihan Raya Kecil Parlimen: Tumpun Kepada Pilihan Raya Kecil Parlimen Permatang Pauh, Kuala Terengganu dan Bukit Gantang , Sarjana, Jilid 25, Bil 1, Jun 2010, hlm. 34-55
  22. Ermy Azziaty Rozali dan Mohammad Redzuan Othman, Jalan Keselamatan Bagi Orang-Orang Melayu: Pemikiran Za ba Mengenai Pendidikan dan Ekonomi Melayu-Islam Era 1920-an , Sejarah, No. 18, 2010, hlm. 19-34.
  23. Mohammad Redzuan Othman, Pendekatan Islam Hadhari dan Pilihan Raya Umum Ke-12 , Sejarah No. 16, 2008
  24. Ketua Pengarang, Jurnal Jabatan Sejarah, Sejarah, No. 16, 2008 (Diterbitkan Pada Tahun 2009). (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
  25. Ketua Pengarang, Jurnal Jabatan Sejarah, Sejarah, No. 17, 2009 (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
  26. Mohammad Redzuan Othman (Pengarang), Jurnal Jabatan Sejarah, Sejarah, No. 15, 2007 (Diterbitkan Pada Tahun 2008)
  27. Mohammad Redzuan Othman, "In Search of an Islamic Leader: Malay Perceptions of Ibn Saud's Triumph and the Domination of the Wahhabis in Saudi Arabia", Hamdard Islamicus, (Quarterly Journal of Studies and Research in Islam) Vol. XXX, No. 1, January - March 2007, hlm. 7-18.
  28. Mohammad Redzuan Othman (Pengarang), Jurnal Jabatan Sejarah, Sejarah, No. 14, 2006 (Diterbitkan Pada Tahun 2008)
  29. Mohammad Redzuan Othman (Pengarang), Jurnal Jabatan Sejarah, Sejarah, No. 13, 2005 (Diterbitkan Pada Tahun 2007)
  30. Mohammad Redzuan Othman, "Egypt Religious and Intellectual Influence on Malay Society", Katha, Centre of Civilisational Dialogue, Vol. 1, No. 1, 2005, pp. 26-54.
  31. Mohammad Redzuan Othman, "Malay Perceptions of the Supremacy of the Turks Before the Demise of the Ottoman Empire", Malaysia in History, Vol. 29, 2005, pp. 39-48.
  32. Mohammad Redzuan Othman (Ketua Pengarang), Jurnal Jabatan Sejarah, Sejarah, No. 12, 2004 (Diterbitkan Pada Tahun 2007)
  33. Mohammad Redzuan Othman, "Emosi Melayu dan Status Keturunan Arab", Pemikir. Januari - Mac 2004, hlm. 209-225.
  34. Mohammad Redzuan Othman, "In Search of an Islamic Leader: Malay Perceptions of Ibn Saud s Triumph and the Domination of the Wahhabis in Saudi Arabia", Studia Islamika. Indonesian Jurnal of Islamic Studies, Vol. 11, No. 2, 2004, hlm. 257-274
  35. Muhammad Redzuan Othman (Ketua Pengarang), Jurnal Jabatan Sejarah, Sejarah, No. 11, 2003 (Diterbitkan Pada Tahun 2006)
  36. Melayu , Jurnal Usuluddin, Bil. 18, Disember 2003/Zulkaedah 1424, pp. 175-198.
  37. Mohammad Redzuan Othman, "Islam and Cultural Heritage From Trade Relations Between The Middle East and The Malay World", IKIM Journal of Islam and International Affairs, Vol. 1, No. 2, 2003, pp. 107-148.
  38. Chief Editor, Journal of Fakulti Sastera dan Sains Sosial, Sarjana, Jilid 18/19, 2002/2003 (Published in 2006)
  39. Chief Editor, Journal of History Department, Sejarah, No. 10, 2002 (Published in 2005).
  40. Mohammad Redzuan Othman, "Sumbangan Hamka Dalam Penulisan Sejarah Islam Di Alam Melayu", Jurnal YADIM, Bil 2, November 2001, hlm. 60-80.
  41. Mohammad Redzuan Othman, "Masjid al-Haram dan Peranannya Dalam Perkembangan Awal Pendidikan dan Intelektualisme Masyarakat Melayu", Jurnal Usuluddin, Bil 13, Jamadil al-Awwal 1422/Julai 2001, pp. 65-80.
  42. Mohammad Redzuan Othman, "The Role of Makka-Educated Malays in the Development of Early Islamic Scholarship and Education in Malaya", Journal of Islamic Studies, (Oxford), Vol. 9, No. 2, 1998, hlm. 146-157
  43. Mohammad Redzuan Othman, "The Conquest of Constantinople 1453: The Visions and Strategies of Sultan Mehmed II", Sejarah, No. 5, 1997, hlm. 23-34.
  44. Mohammad Redzuan Othman, "Pan-Islamic Appeal and Political Patronage: The Malay Perspective and the Ottoman Response", Sejarah. No. 4, 1996, hlm. 97-108.
  45. Mohammad Redzuan Othman, "The Ottoman's War with the Europeans (1912-1914): A Paradigm Shift in the Development of Malay Political Thought", Jebat, No. 23, 1995, hlm. 89-96.
  46. Mohammad Redzuan Othman, "The Ottoman's War with the Europeans (1912-1914): A Paradigm Shift in the Development of Malay Political Thought", Jebat, No. 23, 1995, hlm. 89-96.
  47. Mohammad Redzuan Othman, "Call of the Azhar: The Malay Students Sojourn in Cairo Before World War II", Sejarah. No. 3, 1994/95, hlm. 95-110.
  48. Mohammad Redzuan Othman, "Gerakan Islam dan Proses Politik Di Mesir: Satu Analisa Tentang Kegagalan Ikhwan al-Muslimin Dalam Perebutan Kuasa", Islamika 4, (Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Islam, 1990), hlm. 259-274.
  49. Mohammad Redzuan Othman. Memaknai Poster, Kain Rentang dan Papan Pemidang Dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12. Prosiding: Abstracts The 7th International Malaysian Studies Conference (MSC7), Universiti Sains Malaysia, 16-18 Mac 2010, hlm. 86. (Non-ISI/Non-SCOPUS Cited Publication)
  50. Mohammad Redzuan Othman dan Ermy Azziaty, Peperangan Di Antara Dawlah Uthmaniyah Dengan Rusia: Penelitian Dari Aspek Hikayat dan Pengaruhnya Ke Atas Masyarakat Melayu , dalam Arabaiyah binti Mohamad Noor, Ahmad Kamal bin Muhd. Rus dan Muhaineh Jahi, Prosiding Persidangan Antarabangsa Manuskrip Melayu 2009 (Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, Jabatan Kesusasteraan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya Dengan Kerjasama Persatuan Sejarah Malaysia, 2009) hlm. 298-318.
  51. Mohammad Redzuan Othman dan Akmal Hisham Abdul Rahim, Peranan Media Dalam Penyebaran Maklumat Tentang Dasar Penerapan Nilai-Nilai Islam Dan pendekatan islam Hadhari, dalam Mohammad Redzuan Othman, Azami Zaharim, Shauki Abdul Majid dan Hasanuddin Daud, Prosiding Projek Penerapan Nilai Islam Dan Pendekatan Islam Hadhari: Kesannya Ke Atas Masyarakat Melayu 1982-2008 (Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, 2009) hlm. 1-16.
  52. Mohammad Redzuan Othman, Persepsi Dan Pandangan Pelajar Melayu Di Universiti Al-Azhar, Mesir Terhadap Dasar Penerapan Islam Dan Pendekatan Islam Hadhari, dalam Mohammad Redzuan Othman, Azami Zaharim, Shauki Abdul Majid dan Hasanuddin Daud, Prosiding Projek Penerapan Nilai Islam Dan Pendekatan Islam Hadhari: Kesannya Ke Atas Masyarakat Melayu 1982-2008 (Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, 2009) hlm. 17-49
  53. Mohammad Redzuan Othman, "Makna Sebalik Poster dan Kain Rentang Dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Kuala Terengganu", Prosiding Bengkel Pilihan Raya Kecil Parlimen (P36) Kuala Terengganu Januari 2009, dalam Kumpulan Penyelidik Kajian Demokrasi dan Pilihan Raya Malaysia, (Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah), 2009, hlm. 37-64.
  54. Mohammad Redzuan Othman, "Persepsi Terhadap Islam hadhari dan Kekalahan Barisan Nasional Dalam Pilihan Raya Ke-12", Prosiding Seminar Pilihan Raya Umum Ke-12. Lanskap Politik Malaysia Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12, dalam Worran Hj Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib, Abdul Kadir Rosline, Universiti Teknologi MARA Sabah dan Institut Kualiti & Pengembangan Ilmu (InQKA), Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), 2008, hlm. 445-463.
  55. Mohammad Redzuan Othman, Zulkanain Abdul Rahman, Amer Saifude Ghazali, Shaharuddin Badaruddin dan Md. Rozili Md Nasir, "Persolan dan Makna Di Sebalik Pilihan raya Kecil Permatang Pauh", Prosiding Seminar Pilihan Raya Umum Ke-12. Lanskap Politik Malaysia Pasca Pilihan Raya Umum Ke-12, dalam Worran Hj Kabul, Shireen Haron, Mat Zin Mat Kib, Abdul Kadir Rosline, Universiti Teknologi MARA Sabah dan Institut Kualiti & Pengembangan Ilmu (InQKA), Shah Alam: Pusat Penerbitan Universiti (UPENA), 2008, hlm. 487-501.
  56. Mohammad Redzuan Othman, "Syeikh Junid Tola (1886-1948): Ulama Progresif Penggerak Kesedaran Politik dan Kemajuan Sosial Masyarakat Melayu", in Farid Md. Zain, Jaffary Awang dan rabitah Mohd. Ghazali, Prosiding Nadwah Ulama Nusantara. Ketokohan dan Pemikiran Ulama Melayu Bangi: Fakulti Pengajian Islam UKM, 2006, hlm. 427-442.
  57. Mohammad Redzuan Othman, "In Search of an Islamic Leader: The Malay Perceptions on the Triumph of Ibn Saud and the Domination of the Wahhabis in Saudi Arabia" , Proceedings of the 17th Conference of International Association of Historians of Asia,Dhaka, Bangladesh: Secretary General 17th IAHA Conference, 2004, pp. 147-157.
  58. Mohammad Redzuan Othman, Shaharuddin Badaruddin dan Muhammad Razak Idris, "Pertubuhan Sukarela Islam Dan Pembinaan Negara Bangsa" , in Shaiful Bahri Md. Radzi, et.al. Prosiding Seminar Antarabangsa Kesusasteraan Melayu (SAKM) VIII. Sastera dan Pembinaan Bangsa (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2004), pp. 448-460.
  59. Mohammad Redzuan Othman, "Persepsi Terhadap Orang Turki Dalam Minda Melayu Sebelum Perang Dunia I", dalam Abdullah Hassan (Penyusun), Prosiding Persidangan Antarabangsa Pengajian Melayu Beijing Ke-2, Jilid 1 (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2002), hlm. 604-611.

Terjemahan sunting

  1. Isma'il R. al-Faruqi dan Lois Lamya al-Faruqi, terj. Mohammad Redzuan Othman, Mohd Sidin Ishak dan Khairuddin Harun, Atlas Budaya Islam (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, Kementerian Pendidikan Malaysia, 1992).
  2. Lois A. Aroin & Richard P. Mitchell, terj. Mohammad Redzuan Othman, Timur Tengah dan Afrika Utara Moden (Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1991).
  3. Ismail bin Abdul Hamid, terj. Mohammad Redzuan Othman, "Sejarah Serendah 1880-1940", Purba, Bil. 9, 1990, hlm. 34-52.
  4. Ismail bin Abdul Hamid, terj. Mohammad Redzuan Othman "Sejarah Serendah 1880-1940", dalam Prof. Dato' Khoo Kay Kim dan Paiman Keromo, Selangor Darul Ehsan Satu Persepsi Sejarah, 1989, hlm. 72-104.

Anugerah dan pengiktirafan sunting

  1. Global@1, Paksi Informasi Global,Mesir: Pilihan Raya Digantung Lagi, Global@1, Paksi Informasi, 2013
  2. Utusan, 25 Disember 2013:Majoriti Rakyat Mahu Kalimah Allah untuk Islam, Utusan, 25 Disember 2013, 2013
  3. Sinar Harian, 25 Disember 2013:Poket Jadi Penentu, Sinar Harian, 25 Disember 2013, 2013
  4. Global@1, Paksi Informasi Global,Morsi Guling atau Tolak?, Global@1, Paksi Informasi Global, 2013
  5. Anugerah Cemerlang Universiti Malaya, Universiti Malaya, 2012
  6. Sijil Perkhidmatan Cemerlang, Universiti Malaya, 2012
  7. Sijil Perkhidmatan Cemerlang, Universiti Malaya, 2011
  8. Certificate of Excellent Service, University of Malaya, 2010
  9. Bronze Medal Award, Expo Innovation and Creativity (EXPO), University of Malaya, 2010
  10. Excellent Service Award , University of Malaya, 2009
  11. Certificate of Excellent Service, University of Malaya, 2009
  12. Sijil Perkhidmatan Cemerlang, Universiti Malaya, 2008, (National)
  13. Excellent Service Award 2007, UNIVERSITY OF MALAYA, 2007
  14. Penerima Pengarang Judul Buku Terlaris 2006, Penerbit Universiti Malaya, 2007, (University)
  15. Penerima Royalti Tertinggi Penerbitan Buku 2006, Penerbit Universiti Malaya, 2007, (University)
  16. EXCELLENT SERVICE AWARD, UNIVERSITY OF MALAYA, 2006, (National)
  17. CERTIFICATE OF EXCELLENT SERVICE, UNIVERSITY OF MALAYA, 2005, (National)
  18. DEAN'S AWARD, Fakulti Sastera dan Sains Sosial, 2005, (National)
  19. CERTIFICATE OF EXCELLENT SERVICE, UNIVERSITY OF MALAYA, 2004, (National)
  20. EXCELLENT SERVICE AWARD, UNIVERSITY OF MALAYA, 2003, (National)
  21. EXCELLENT SERVICE AWARD, UNIVERSITY OF MALAYA, 2002, (National)

Rujukan sunting

  1. ^ "Malaysia sokong kerajaan Hamas". Utusan Malaysia. 1 Januari 2007.
  2. ^ "Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Kajang, Selangor". Utusan Malaysia. 20 Februari 2014.
  3. ^ "Kaji selidik UMCEDEL diragui, berat sebelah?". Utusan Malaysia. 27 April 2014.
  4. ^ "Mengapa Prof Redzuan perlu dipecat?". Harakah. 5 Julai 2014.
  5. ^ "UM nafi campur tangan politik penamatan tugas Pengarah Umcedel". Utusan Malaysia. 1 Julai 2014.
  6. ^ "UM nafi campur tangan politik dalam penamatan tugas pengarah Umcedel". Berita Harian. 1 Julai 2014.
  7. ^ "'Atas prinsip...saya letak jawatan'". Sinar Harian. 30 Jun 2014.
  8. ^ "Abim bertegas mahu serah memo kepada TPM". Sinar Harian. 4 Julai 2014.
  9. ^ "57 tahun merdeka, akademik belum bebas". Harakah. 1 Julai 2014.