Referendum perlembagaan Venezuela 2007

Referendum Perlembagaan Venezuela 2007 telah diadakan pada 3 November 2007 di seluruh negara Venezuela. Pungutan undi ini dilihat cuba meningkatkan lagi dasar berseteru dengan negara Amerika Syarikat yang mahu melakukan melaksanakan hegemoni AS di seluruh dunia terutama di negara pengeluar petroleum (OPEC).

Tujuan pungutan undi sunting

Tujuan Referendum Venezuela ini bagi mengubah sejumlah 69 perkara dalam Perlembagaan Venezuela 1999. Presiden Venezuela yang berfahaman sosialis dan menentang sistem kapitalis mahu:

  • Negara Venezuela bertukar kepada sistem republik sosialis secara rasmi di dalam perlembagaan.
  • Membuang tempoh masa seseorang presiden.
  • Meningkatkan tempoh presiden dari 6 kepada 7 tahun.
  • Memperkenalkan perubahan struktur persekutuan Venezuela kepada kekuasaan Presiden.
  • Mengukuhkan kuasa autonomi bank pusat
  • Had umur mengundi diturunkan kepada 16 tahun.

Artikel 70 juga mahu memberi kuasa kepada majlis pekerja menentukan demokrasi di sesebuah syarikat sebagai harta sosial bersama secara tidak langsung.

Perubahan perlembagaan melibatkan 69 artikel. 33 perkara diajukan oleh Presiden Hugo Cahvez (Kertas kerja A ) manakala 36 artikel lagi dikemukakan oleh Perhimpunan Kebangsaan Venezuela. (Kertas kerja B)

Keputusan pungutan undi ini tidak memihak kepada kehendak Presiden Hugo Chavez. Hugo Chavez melihat kegagalan ini kerana rakyat belum bersedia dan belum sampai masanya. Pembangkang pula membantu bantuan dana daripada CIA melalui bantuan USAID. Namun beliau akan berusaha lebih kuat untuk meyakinkan rakyat Venezuela tentang kebaikan sistem sosialis kepada majoriti rakyat.

Proses perubahan perlembagaan sunting

Sebarang perubahan perlembagaan mestilah mengikut aturan yang ditetapkan oleh parlimen. Proses membuang undi telah diadakan pada 21 Ogos 2007. Undian kedua diadakan pada 11 September 2007 dan undian ketiga telah diadakan pada 25 Oktober 2007. Keputusan akhir diadakan pada 3 November 2007. Amerika Syarikat cukup prihatin terhadap sebarang perubahan dasar yang hendak dilakukan oleh Hugo Chavez. Tindakan Chavez akan ditiru oleh nagara Amerika Latin yang lain.

Pada bulan November 2007, rakyat yang didalangi parti pebangkang telah mengadakan demonstrasi di bandar-bandar utama seperti Caracas dan 6 bandar yang lain. Rusuhan telah dilakukan oleh mahasiswa universiti yang pro-pembangkang yang mahu mengekalkan Perlembagaan Venezuela yang sedia ada. Jumlah penunjuk perasaan ini mencecah 40,000 orang di Caracas sahaja. Lokasi utama penunjuk perasaan ini ialah di Universiti Tengah Venezuela. Mereka telah melempar bom petrol dan batu ke arah pasukan keselamatan. Pada 29 November 2007, sekitar 10,000 telah menyertai perhimpunan bagi menyatakan 'tidak' kepada perubaha perlembagaan.

Chavez menyatakan 40% daripada belanjawan 2008 dikhususkan kepada projek kebajikan dan prasarana terutama kepada majlis tempatan.

Bekas isteri Hugo Chavez bernama Marisabel Rodríguez turut menyertai kumpulan pembangkang.

Pada 9 November 2007, pihak keselamatan Venezuela menuduh agen CIA membantu pembangkang menerusi Kedutaan Amerika Syarikat di Caracas. Pegawai CIA, Michael Middleton Steere telah menyampaikan dokumen kepada Pengarah CIA, Michael Hayden dan dokumen itu dinamakan 'Operasi Tenaza'. $8 juta dolar US dari dana USAID telah disalurkan kepada pembangkang bagi menjayakan kempen mereka.

Hugo Chavez yang tertekan, mengumumkan akan mengurangkan separuh eksport petroleum kepada Amerika Syarikat dalam satu sidang media pada 1 Disember 2007. Venezuela merupakan pengeksport petroleum ke-2 terbesar ke Amerika Syarikat. Tindakan Venezuela ini akan meningkatkan lagi harga petroleum di pasaran dunia. Sebelum ini harga petroleum meningkat akibat taufan di Laut Carribean dan cadangan Turki mahu melakukan serangan rentas sempadan terhadap pemberontak PKK di utara Iraq.

Hasil keputusan undian sunting

 
Presiden Chávez mengundi
 
Orang ramai menunggu dalam barisan untuk mengundi di Caracas

Sebahagian keputusan rasmi pada 3 Disember 2007.

Cadangan Pilihan Undi %
A Ya 4,379,392 49.29
Tidak 4,504,354 50.70
B Ya 4,335,136 48.94
Tidak 4,522,332 51.05
Jumlah undian sah 8,883,746 100.00
Undian batal 118,693 1.31
Mengundi 9,002,439 100.00
Tidakhadir 7,107,225 44.11
Jumlah pengundi berdaftar[1] 16,109,664 100.00

Sumber: Majlis Pilihan Raya Kebangsaan (CNE)[2]

Templat:Pilihan raya Venezuela