Penyakit refluks gastroesofagus

(Dilencongkan dari Refluks asid)

Penyakit refluks gastroesofagus (GERD) ialah sebuah penyakit kronik yang berlaku apabila kandungan perut melimpah ke esofagus, lalu menyebabkan simptom atau komplikasi.[1][2] Simptom-simptom termasuk rasa asid di belakang mulut, pedih ulu hati, nafas berbau, sakit dada, regurgitasi, masalah pernafasan dan pereputan gigi. Komplikasi yang ada pula termasuk esofagitis, striktur esofagus dan esofagus Barrett.[1]

Penyakit refluks gastroesofagus
Wikipedia tidak memberikan nasihat perubatan profesional Penafian perubatan
Nama lain
Refluks asid
PengkhususanGastroenterologi
GejalaRasa asid, pedih ulu hati, nafas berbau, sakit dada, masalah pernafasan[1]
KerumitanEsofagitis, striktur esofagus, esofagus Barrett[1]
TempohJangka panjang[1][2]
PuncaPenutupan sfinkter esofagus bawah yang tidak rapat[1]
Obesiti, kehamilan, merokok, hernia hiatus, pengambilan ubat[1]
Gastroskopi, siri GI atasan, pemantauan pH esofagus, manometri esofagus[1]
Penyakit ulser peptik, kanser esofagus, spasma esofagus, angina[3]
RawatanPerubahan gaya hidup, pengambilan ubat, pembedahan[1]
Rawatan perubatan
Antasid, penghalang reseptor H2, perencat pam proton, prokinetik[1][4]
Kekerapan~15% (Amerika Utara dan Eropah)[4]
sunting
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Faktor-faktor risiko termasuk obesiti, kehamilan, merokok, hernia hiatus serta pengambilan ubat-ubatan. Ubat-ubatan yang boleh membawa atau memburukkan penyakit ini merangkumi benzodiazepina, penghalang saluran kalsium, antidepresan trisiklik, NSAID, dan beberapa jenis ubat asma. Refluks asid ini berlaku akibat penutupan kurang mantap sfinkter esofagus bawah, yakni simpang di antara perut dan esofagus. Diagnosis dalam kalangan mereka yang tidak dapat dirawat dengan kaedah-kaedah mudah ialah gastroskopi, siri GI atasan, pemantauan pH esofagus atau manometri esofagus.[1]

Kaedah-kaedah rawatan termasuk perubahan gaya hidup, pengambilan ubat dan kadangkala pembedahan bagi mereka yang tidak mampu pulih melalui dua kaedah sebelumnya. Perubahan gaya hidup termasuk tidak berbaring selama tiga jam selepas makan, meninggikan kepala ketika baring (dengan bantal), menurunkan berat badan, mengelakkan makanan yang menyebabkan simptom GERD dan berhenti merokok.[1][5] Ubat-ubatan yang digunakan termasuk antasid, penghalang reseptor H2, perencat pam proton dan prokinetik.[1][4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b c d e f g h i j k l m "Acid Reflux (GER & GERD) in Adults". National Institute of Diabetes and Digestive and Kidney Diseases (NIDDK). 5 November 2015. Diarkibkan daripada yang asal pada 22 February 2020. Dicapai pada 21 February 2020.
  2. ^ a b Kahrilas PJ, Shaheen NJ, Vaezi MF (October 2008). "American Gastroenterological Association Institute technical review on the management of gastroesophageal reflux disease". Gastroenterology. 135 (4): 1392–1413, 1413.e1–5. doi:10.1053/j.gastro.2008.08.044. PMID 18801365.
  3. ^ Kahan, Scott (2008). In a Page: Medicine. Lippincott Williams & Wilkins. m/s. 124. ISBN 9780781770354. Diarkibkan daripada yang asal pada 8 September 2017.
  4. ^ a b c Hershcovici T, Fass R (April 2011). "Pharmacological management of GERD: where does it stand now?". Trends in Pharmacological Sciences. 32 (4): 258–64. doi:10.1016/j.tips.2011.02.007. PMID 21429600.
  5. ^ "Best Sleeping Position For Acid Reflux: The Gerd Sleeping Position". SleepScore (dalam bahasa Inggeris). 2019-04-22. Dicapai pada 2021-04-26.