Kolonel Reginald Edward Harry Dyer CB (9 Oktober 1864 – 23 Julai 1927) ialah seorang pegawai British kelahiran India yang menganggotai Tentera Benggala dan Tentera India British.

Reginald Edward Harry Dyer
Fail:General-Reginald-Dyer.jpg
Gambar Dyer sekitar 1919
Kelahiran(1864-10-09)9 Oktober 1864
Murree, Wilayah Punjab, India British
Meninggal dunia24 Julai 1927(1927-07-24) (umur 62)
Long Ashton, Somerset, England
KesetiaanEmpayar British
PerkhidmatanTentera Darat British
Tentera Darat Benggala
Tentera India British
Tahun perkhidmatan1885–1920
PangkatKolonel
ArahanSeistan Force
25th Punjabis
PertempuranPerang Inggeris-Burma Ketiga
Chitral Expedition
First World War
AnugerahCompanion of the Order of the Bath
Mentioned in Despatches (2)
PasanganFrances Anne Trevor Ommaney (k. 1888-1927, saat meninggal)

Beliau bertanggungjawab mengarahkan askar-askar menembak ratusan penziarah Sikh yang menunjuk perasaan secara aman di Jallianwala Bagh, Amritsar, Punjab (kini di India).[1] sehingga mengorbankan sekurang-kurangnya 379 jiwa dan mencederakan ribuan orang lain.[2] Tindakannya diraikan sesetengah pihak dalam kerajaan Raj British namun kerajaan pusat di United Kingdom mengecam keras kekejaman tindakan tersebut sehingga Dyer dipecat dan disekat daripada mana-mana jawatan kerajaan dalam jajahan India.[3] Ada juga sejarawan yang menyatakan ia sebagai kejadian pemutus penting yang membawa kepada berakhirnya pemerintahan British di India[4] dengan sentimen nasionalisme yang semakin membuak tinggi akibat kejadian ini.

RujukanSunting

  1. ^ Nigel Collett, The Butcher of Amritsar: General Reginald Dyer, Kolkata, 2005
  2. ^ Ferdinand Mount, "They would have laughed," London Review of Books, 4 April 2019, Vol. 41, No.7, pp 9-12
  3. ^ Derek Sayer, "British Reaction to the Amritsar Massacre 1919–1920," Past & Present, May 1991, Issue 131, pp 130–164
  4. ^ Bond, Brian (Oktober 1963). "Amritsar 1919". History Today. Jil. 13 no. 10. halaman 666–676.