Reichsjugendführer

Reichsjugendführer ("Ketua Belia Negara") ialah pangkat separa tentera tertinggi dalam organisasi Belia Hitler.[1] Ia mula-mula telah disandang oleh Baldur von Schirach dan kemudian oleh Arthur Axmann.[2] Asalnya, tidak terdapat insignia bagi pangkat ini, dan Schirach boleh dilihat dalam fotograf kontemporari memakai tunik warna perang Parti Nazi berserta lilitan lengan Belia Hitler. Namun, Axmann kemudian mengguna pakai satu insignia yang serupa dengan Reichsführer-SS.

Ketua Belia Negara
Reichsjugendführer
Pelapik gorjet Reichsjugendführer
Panji-panji Reichsjugendführer
Parti Nazi
StatusDimansuhkan
SingkatanRJF
Dilantik olehFührer NSDAP
Dibentuk1931
Pemegang pertamaBaldur von Schirach
Pemegang akhirArtur Axmann
Dimansuhkan1945
Timbalan/naib Stabsführer
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini
Hitler bertemu Phillip Bouhler dan Baldur von Schirach (kiri hujung) di Munich 1938

Kedua-dua Axmann dan Schirach telah dituduh sebagai penjenayah perang oleh Kuasa Bersekutu selepas berakhirnya Perang Dunia II, khususnya dalam peranan merosakkan minda kanak-kanak.[3]

Rujukan sunting

Nota

  1. ^ McNab 2009, m/s. 15.
  2. ^ Hamilton 1984, m/s. 247, 334.
  3. ^ Hamilton 1984, m/s. 247, 335.

Bibliografi

  • Hamilton, Charles (1984). Leaders & Personalities of the Third Reich, Vol. 1. San Jose, CA: R. James Bender Publishing. ISBN 0-912138-27-0.CS1 maint: ref=harv (link)
  • McNab, Chris (2009). The Third Reich. Amber Books Ltd. ISBN 978-1-906626-51-8.CS1 maint: ref=harv (link)