Reichsmarschall (Jerman: Reichsmarschall des Großdeutschen Reiches; terjemahan harfiah Marsyal Reich Empayar Jerman Raya atau hanya Marsyal Empayar) adalah sejenis pangkat dan gelaran tentera tertinggi dalam Wehrmacht yang direka khas untuk Hermann Göring semasa Perang Dunia II. Ia lebih kanan daripada Generalfeldmarschall atau Grossadmiral, yang sebelum ini merupakan pangkat tertinggi dalam Wehrmacht.[1] Di negara lain, pangkat yang setara ialah generalisimo.

Marsyal Empayar
Reichsmarschall

Panji-panji dari 1941 hingga 1945 (sisi kiri)

Lencana kolar

Epaulet bahu

Negara Jerman Nazi
Cabang perkhidmatan Wehrmacht
Pangkat Enam bintang
Singkatan RM
Diperkenalkan Abad ke-12 (bersejarah)
19 Julai 1940
Dimansuhkan Mei 1945
Kod
NATO
OF-11
Pangkat rendah seterusnya

Generalfeldmarschall
Grossadmiral

Persamaan pangkat Generalisimo

Sejarah sunting

Pangkat Reichsmarschall pada asalnya dicipta sebelum kurun ke-12, semasa zaman Empayar Suci Rom. Mengikut sejarah, memegang pangkat Reichsmarschall adalah tidak unik dan tidak berprestij tetapi sebaliknya berlaku ketika Perang Dunia II. Semasa zaman Empayar Jerman dan Perang Dunia I, tiada seorangpun dalam angkatan tentera Jerman memegang pangkat ini.

Sehingga tahun 1940, pangkat tertinggi dalam angkatan tentera Jerman ialah Generalfeldmarschall (Fil Marsyal). Pada permulaan Perang Dunia II, satu-satunya pemegang aktif pamgkat itu ialah Hermann Göring, Panglima Besar Luftwaffe. Dalam satu majlis pada 19 Julai 1940, selepas memenangi Pertempuran Perancis, Adolf Hitler menaikkan pangkat 12 orang jeneral ke Fil Marsyal. Pada majlis yang sama, Göring telah dianugerahkan pangkat baru Reichsmarschall untuk menaikkan prestij beliau [a][3] dan untuk menonjolkan posisinya sebagai panglima paling kanan berbanding para panglima Wehrmacht yang lain, tanpa memberinya sebarang kuasa sebenar ke atas mereka. Ini dibuat untuk memastikan Oberkommando der Wehrmacht (OKW), Markas Besar Angkatan Tentera Jerman, yang diketuai oleh Hitler, akan mengekalkan kawalan dan kuasa ke atas seluruh angkatan bersenjata Jerman.

Terdahulu, pada hari Jerman menceroboh Poland, Hitler menamakan Göring sebagai penggantinya, status yang digariskan oleh satu dekri 1941 yang memberi kuasa kepada Göring untuk bertindak sebagai timbalan Hitler dengan kebebasan penuh untuk bertindak sekiranya Hitler hilang keupayaan untuk memerintah. Akan tetapi, pada 23 April 1945, apabila Göring mencadangkan kepada Hitler yang beliau akan mengambil alih kepimpinan Jerman yang semakin hancur, Hitler menyingkirkan Göring dari tugas-tugasnya dan menamakan pengganti baru dalam wasiat terakhirnya, Laksamana Besar Karl Dönitz. Pelantikan Dönitz telah dibuat pada atau sebelum hari Hitler membunuh diri.[4] Bagaimanapun Donitz hanya diberitahu pelantikkannya sebagai pengganti Hitler pada 1 Mei 1945 oleh Martin Bormann dan Joseph Goebbels.

Pangkat junior
Generalfeldmarschall
(Tentera Darat dan Luftwaffe)
Grossadmiral
(Kriegsmarine)
 
(Pangkat Wehrmacht)
Reichsmarschall
Pangkat senior
Führer

Panji-panji rasmi sunting

Lencana pangkat dan aksesori sunting

 
Pakaian seragam Reichsmarschall Hermann Goering dipamerkan di Luftwaffenmuseum der Bundeswehr di Berlin
 
Baton asal Reichsmarschall Goring di Muzium West Point

Lihat juga sunting

Nota sunting

  1. ^ Göring also held many other prestigious titles, such as Reichsjägermeister (Reich Master of the Hunt)[2] and Commissioner Plenipotentiary of the Four Year Plan.

Rujukan sunting

  1. ^ Haskew 2011, m/s. 46.
  2. ^ Knopf, Volker; Martens, Stefan (2012). Görings Reich: Der Reichsjägermeister in der Schorfheide. Neumann-Neudamm GmbH. ISBN 9783788815134. OCLC 809373538.
  3. ^ Haskew 2011, m/s. 25, 46, 119.
  4. ^ O'Donnell 1979, m/s. 217.

Bibliografi sunting