Reichsthaler ialah duit syiling Thaler piawai Empayar Rom Holy. Diasaskan pada 1566 oleh konvensyen Leipzig, ia juga merupakan nama unit akaun di Jerman utara serta duit syiling perak yang dikeluarkan oleh Prusia.

Duit syiling Reichsthaler sunting

Konvensyen Leipzig menetapkan Reichsthaler sebagai duit syiling yang mengandungi 1/9 daripada kandungan logam perak Mark Cologne. Negeri-negeri Jerman di dalam Empayar Rom Holy mengeluarkan Reichsthaler bersama-sama dengan duit-duit syiling yang lebih kecil, menurut apa sahaja sistem subbahagian yang mereka pilih. Pada 1754, duit syiling Conventionsthaler yang mengandungi 1/10 daripada kandungan perak Mark Cologne menggantikan Reichsthaler sebagai duit syiling piawai.

Unit akaun Reichsthaler sunting

Pada waktu dikeluarkan sebagai duit syiling, Reichsthaler juga digunakan di kebanyakan kawasan Jerman utara sebagai unit akaun, dengan unit itu bernilai ¾ daripada nilai duit syiling Reichsthaler. Justera, sebagai unit akaun, Reichsthaler sama sahaja dengan ​112 daripada kandungan perak Mark Cologne. Selepas 1754, unit ini (kini ¾ daripada Conventionsthaler, dan ​340 daripada kandungan perak Mark Cologne) masih digunakan, walaupun ia lebih biasa dirujuk dengan mudah sebagai "Thaler".

Di dalam kebanyakan negeri yang menggunakan Reichsthaler sebagai unit akaun, Reichsthaler dibahagikan kepada 288 Pfennig, dengan jenis mata wang pertengahan seperti Groschen atau Gutegroschen bernilai 12 Pfennig (1/24 daripada Reichsthaler), dan Mariengroschen bernilai Pfennig (1/32 daripada Reichsthaler).

Reichsthaler Prusia sunting

Pada 1750, Prusia menggunakan Reichsthaler (sering dikenali juga sebagai Thaler) yang mengandungi 1/14 daripada kandungan logam perak Mark Cologne. Piawai ini dirujuk sebagai "Graumannscher Fuß" sempena pengasasnya, Philipp Graumann (untuk maklumat lanjut, lihat Thaler Prusia.)

Semasa awal abad ke-19, piawai Reichsthaler Prusia yang lebih kecil menggantikan piawai yang lebih besar yang digunakan di kebanyakan kawasan Jerman utara (lihat Thaler Hanover, Thaler Hesse-Kassel (atau Hesse-Cassel), Thaler Mecklenburg dan Thaler Saxon). Piawai Prusia juga menjadi sebahagian mata wang yang digunakan di Jerman selatan selepas penyatuan mata wang pada 1837. Duit syiling Thaler bernilai 1¾ daripada duit syiling Gulden. Duit-duit syiling Thaler tersebut kemudian digantikan dengan Vereinsthaler yang lebih kurang sama beratnya pada 1857.