Reiki

Cabang Aliran Gerakan Agama Baru

Reiki (Jepun: 霊気 atau レイキ) ialah amalan kerohanian[1] yang dimajukan oleh Mikao Usui pada tahun 1922. Setelah berpuasa dan bermeditasi selama tiga minggu di Gunung Kurama, di Jepun, Usui mengaku dikurniakan keupayaan "menyembuh tanpa menghabiskan tenaga".[2] Salah satu aspek amalan ini, iaitu tenohira atau penyembuhan tapak tangan, dijadikan satu bentuk perubatan komplemen dan alternatif (CAM).[3][4] Tenohira ialah teknik yang mana pengamalnya percaya dirinya mengalirkan "tenaga penyembuhan" (suatu bentuk ki) melalui tapak tangan.[5][6]

Reiki
Nama Cina
Cina Tradisional:
Cina Ringkas:
Nama Jepun
Hiragana: れいき
Kyūjitai: 靈氣
Shinjitai:
Nama Korea
Hangul: 령기
Hanja: 靈氣
Nama Vietnam
Quốc ngữ: linh khí

Tiadanya bukti saintifik yang diterima umum mengenai kewujudan ki mahupun apa-apa mekanisme untuk memanipulasi ki, apatah lagi satu penilaian sistematik pada ujian klinikal rawak yang dijalankan pada tahun 2008 tidak menyokong keberkesanan reiki atau pengesyoran penggunaan reiki untuk merawat mana-mana penyakit.[7][8]

Ajaran sunting

 
Rawatan reiki.

Ajaran Reiki berhujah bahawa wujudnya tenaga rohani "daya hidup" sejagat tak terhingga,[9][10] yang boleh digunakan untuk menghasilkan kesan penyembuhan.[11] Para pengikutnya mengaku sesiapa sahaja boleh mencapai tenaga ini[12] melalui proses "penyesuaian" yang dijalankan oleh seorang Guru Reiki.[13] Hujah-hujah kewujudan tenaga sedemikian tiadanya asas teori atau biofizik.[5][14][15]

Reiki disifatkan oleh para pengamalnya sebagai suatu terapi holistik yang menjalankan penyembuhan dari aspek fizikal, mental, emosi dan rohani.[16] adalah dipercayai bahawa tenaga berkenaan mengalir melalui tangan pengamal apabila tangan menyentuh penerima yang boleh berpakaian.[17] Sesetengah ajaran menekankan kepentingan tujuan atau kehadiran pengamal dalam proses ini, tetapi ada ajaran lain yang berhujah bahawa tenaga ditarik oleh luka penerima untuk menghidupkan atau meningkakan proses penyembuhan semulajadi.[18] Lebih-lebih lagi, dipercayai bahawa tenaga ini adalah "pintar",[19] oleh itu tidak perlu menjalani diagnosis.

Adanya tahap kedua latihan, termasuk satu lagi inisiasi, yang dikatakan melengkapkan pengamal untuk melakukan rawatan Reiki dari jarak jauh.[20] Dinyatakan kaedah ini melibatkan penggunaan lambang khas untuk membentuk perhubungan sementara antara pengamal dan penerima, tak kira di mana jua, lalu menyalurkan tenaga Reiki begitu sahaja.[21] Ada juga teknik yang mana Reiki boleh disalurkan kepada suatu masa yang dahulu atau akan datang.[22]

Amalan sunting

Rawatan seluruh badan sunting

Biasanya bagi rawatan Reiki seluruh badan,[23] pengamal meminta penerima supaya berbaring, lazimnya di atas meja urut, dan bertenang. Mereka biasanya berpakaian longgar dan selesa sepanjang rawatan. Pengamal mengambil sedikit masa untuk menenangkan mindanya dan bersiap sedia dari segi mental,[24] untuk menjalankan rawatan yang selalunya dijalankan tanpa banyak berbual kosong.[25]

Rawatan diteruskan dengan pengamal meletakkan tangannya pada badan penerima di pelbagai posisi. Namun begitu, pengamal boleh menggunakan teknik tanpa sentuh, iaitu tangan dijauhkan beberapa sentimeter dari badan penerima, bagi sesetengah atau kesemua posisi. Biasanya tangan dipegunkan selama tiga hingga lima minit sebelum beralih ke posisi seterusnya. Keseluruhannya, posisi tangan biasanya meliputi bahagian kepala, dada, belakang, lutut dan kaki. Antara 12 dan 20 posisi dilakukan dalam keseluruhan rawatan yang memakan masa 45 hingga 90 minit.[26]

Sesetengah pengamal menggunakan posisi tangan yang ditetapkan, sementara yang lain mengikut gerak hati sebagai panduan kepada bahagian yang perlu dirawat,[27] adakalanya bermula dengan "mengimbas" badan penerima untuk mencari tempatnya. Pendekatan gerak hati ini juga boleh memerlukan rawatan satu-satu posisi yang lebih singkat mahupun lebih lama.

Dilaporkan bahawa penerima selalu merasa bahang atau sesemut di bahagian badan yang dirawat, begitu juga pendekatan tanpa sentuhan. Kesan rawatan serta-merta yang paling nyata adalah keadaan amat santai dan selesa, tetapi boleh timbul juga luahan emosi.[28] Oleh sebab rawatan Reiki ini dikatakan berupa proses penyembuhan semulajadi perangsang, maka biasanya tidak diperhatikan apa-apa "pemulihan" segera bagi masalah kesihatan tertentu. Jika dialami masalah kronik, maka tiga atau lebih rawatan dicadangkan dalam selang masa satu hingga tujuh hari.[29] Rawatan secara kerap dan berterusan juga boleh dengan tujuan menjaga kesihatan. Rawatan-rawatan sebegini biasanya berselang satu hingga empat minggu, kecuali bagi rawatan diri yang biasanya memperlihatkan amalan seharian.[30]

Rawatan tersetempat sunting

Rawatan Reiki tersetempat melibatkan tangan pengamal memegang atau mendekati anggota badan yang tertentu. Luka baru biasanya dirawat dengan cara ini,[31] dengan menyasarkan kawasan luka. Rawatan sedemikian memakan masa tanpa mengira singkat mahupun lama, walaupun 20 minit dikira lazimnya.

Sesetengah pengamal menjalankan rawatan tersetempat untuk penyakit tertentu, dan ada sesetengah bahan terbitan yang turut menunjukkan posisi tangan yang berpatutan.[32] Apapun, pengamal lain pula gemar melakukan rawatan seluruh badan untuk semua masalah kronik atas sebab memberi kesan lebih holistik.[33] Satu lagi pendekatan berupa melakukan rawatan seluruh badan terlebih dahulu, barulah disusuli rawatan tersetempat.[34]


Latihan sunting

Pembelajaran ilmu Reiki di luar Jepun biasanya dibahagi kepada tiga tahap.[35]

Tahap pertama sunting

Kursus Reiki tahap pertama[36] mengajar teori dan tatacara asas. Empat kali proses "penyesuaian" dilakukan oleh guru kepada pelatih.[37] Pelatih mempelajari posisi peletakan tangan pada badan penerima yang dianggap paling sesuai dalam proses rawatan seluruh badan.[38] Setelah selesainya kursus tahap pertama, pelatih boleh merawat diri dan lain-lain dengan Reiki. Kursus ini biasanya terdiri daripada empat sesi, yang biasanya disampaikan dalam dua, tiga, atau empat hari berturut-turut.[39]

Tahap kedua sunting

Dalam kursus tahap kedua,[40] pelatih mengenali kegunaan tiga lambang yang dipercayai meningkatkan kekuatan dan jarak penyampaian kesan Reiki.[41] Satu lagi penyesuaian diberikan, yang dikatakan meningkatkan lagi keupayaan Reiki mengalir melalui badan pelatih, di samping memberi kuasa kepada penggunaan lambang-lambang tersebut.[42] Setelah menyiapkan tahap kedua ini, pelatih boleh mengamal tanpa perlu hadir di sisi penerima.[43]

Tahap ketiga sunting

Dalam kursus tahap tiga, atau "latihan perguruan",[44] pelatih itu bakal menjadi Guru Reiki. (Dalam istilah Reiki, perkataan "guru" tidak membawa erti kesedaran rohani.) Satu atau lebih penyesuaian lagi dijalankan dan pelatih mempelajari satu lagi lambang tahap guru, bergelar Daikomyo (大功名).[45] Setelah selesainya latihan ini, Guru Reiki baru ini boleh menyesuaikan orang lain kepada Reiki dan mengajar ketiga-tiga tahap Reiki. Tempoh latihan perguruan ini baik sehari mahupun setahun lebih, terpulanglah kepada pusat latihan dan falsafah yang diberikan Gurunya.

Rujukan sunting

  1. ^ Lübeck,Petter,Rand 2001 ch14,pp108-110; Ellyard 2004 p79; McKenzie 1998 p19,42,52; Lübeck 1996 p22; Boräng 1997 p57; Veltheim,Veltheim 1995 p72
  2. ^ Ralat petik: Tag <ref> tidak sah; teks bagi rujukan Usui retreat tidak disediakan
  3. ^ National Center for Complementary and Alternative Medicine. "Reiki: An Introduction", nccam.nih.gov/health/reiki/. Accessed November 13, 2008.
  4. ^ Institute for Complementary and Natural Medicine. "BRCP Divisions & Practises" Diarkibkan 2007-08-12 di Wayback Machine, i-c-m.org.uk. Accessed November 12, 2008.
  5. ^ a b National Center for Complementary and Alternative Medicine. An Introduction to Reiki
  6. ^ Reiki flows through hands: (McKenzie 1998 p18); (Ellyard 2004 p27); (Boräng 1997 p9); (Veltheim,Veltheim 1995 p33)
  7. ^ Lee, MS (2008). "Effects of reiki in clinical practice: a systematic review of randomized clinical trials". International Journal of Clinical Practice. 62: 947. doi:10.1111/j.1742-1241.2008.01729.x. Dicapai pada 2008-05-02. Unknown parameter |coauthors= ignored (|author= suggested) (bantuan)[pautan mati kekal]
  8. ^ Henderson, Mark. "Prince of Wales's guide to alternative medicine 'inaccurate'", The Times. April 17, 2008. Accessed November 13, 2008.
  9. ^ Reiki is inexhaustible. McKenzie 1998 p18; Boräng 1997 p9
  10. ^ Reiki as universal life force energy: Lübeck,Petter,Rand 2001 p62; McKenzie 1998 p18; Ellyard 2004 p75; (Lübeck 1994 p13); (Boräng 1997 p8)
  11. ^ McKenzie 1998 p18; Lübeck,Petter,Rand 2001 p14,68; Veltheim,Veltheim 1995 p30; Ellyard 2004 p27
  12. ^ Anyone can be attuned to Reiki: (Lübeck,Petter,Rand 2001 p8); (Veltheim,Veltheim 1995 p35); (Ellyard 2004 p77)
  13. ^ Access is by means of attunement: (Ellyard 2004 p27,31); (Lübeck,Petter,Rand 2001 p22); (McKenzie 1998 p18,19); (Gollagher 1998 p26); (Boräng 1997 p12)
  14. ^ The 'National Center for Complementary and Alternative Medicine (October 13 2006). "Energy Medicine: An Overview". Diarkibkan daripada yang asal pada 2009-01-18. Dicapai pada 2009-02-18. Check date values in: |date= (bantuan) "
  15. ^ Stenger, Victor J. (1999). "The Physics of 'Alternative Medicine' Bioenergetic Fields". Scientific Review of Alternative Medicine. 3 (1). doi:10.1126/science.134.3489.1501. Diarkibkan daripada yang asal pada 2006-12-18. Dicapai pada 2008-03-30. Unknown parameter |doi_brokendate= ignored (bantuan); Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  16. ^ Reiki is holistic, bringing healing on physical, mental, emotional and spiritual levels: (Baginski,Sharamon 1988 p35); (Gollagher 1998 p44); (Boräng 1997 p10); (McKenzie 1998 p81)
  17. ^ Recipient may be clothed: (Lübeck 1994 p48); (McKenzie 1998 p81); (Boräng 1997 p10,36)
  18. ^ Reiki activates or enhances natural healing: (McKenzie 1998 p18); (Veltheim,Veltheim 1995 p78,93); (Gollagher 1998 p24)
  19. ^ Reiki is "intelligent": (Ellyard 2004 p28,29); (Boräng 1997 p10)
  20. ^ Second level allows distance healing: (Ellyard 2004 p107); (McKenzie 1998 p56); (Lübeck 1994 p155); (Veltheim,Veltheim 1995 p119)
  21. ^ Use of symbols for connection during distant healing: (McKenzie 1998 p39); (Ellyard 2004 p110)
  22. ^ Reiki can be sent to past or future: (McKenzie 1998 p39); (Ellyard 2004 p115); (Lübeck 1994 p155)
  23. ^ Whole body treatment: (Lübeck 1994 ch4,ch5); (McKenzie 1998 p84); (Ellyard 2004 p45); (Lübeck,Petter,Rand 2001 ch20); (Veltheim,Veltheim 1995 p79); (Petter 1997 p50,55); (Boräng 1997 p36)
  24. ^ Mental preparation by practitioner at start of treatment: (Ellyard 2004 p46)
  25. ^ Minimum talking during formal treatments: (Ellyard 2004 p45)
  26. ^ Duration of whole body treatment: (Ellyard 2004 p41)
  27. ^ Use of intuition: (Usui,Petter 2003 p17)
  28. ^ Immediate effects of treatment: (Ellyard 2004 p44)
  29. ^ Frequency of treatment of others: (Ellyard 2004 p41)
  30. ^ Frequency of self-treatment: (Ellyard 2004 p41)
  31. ^ Treatment of injuries: (McKenzie 1998 p110); (Ellyard 2004 p70); (Veltheim,Veltheim 1995 p77)
  32. ^ Hand positions for specific ailments: (Usui,Petter 2003 p49-67); (Lübeck 1994 p173-184)
  33. ^ Whole body treatment for chronic conditions: (McKenzie 1998 p108); (Veltheim,Veltheim 1995 p81)
  34. ^ Localized treatment following on from whole body treatment: (McKenzie 1998 p105)
  35. ^ Reiki is taught in 3 levels: (McKenzie 1998 p54); (Veltheim,Veltheim 1995 p117); (Petter 1997 p38)
  36. ^ First degree course content: (McKenzie 1998 p54); (Veltheim,Veltheim 1995 p118); (Petter 1997 p38)
  37. ^ Effect of 4 attunements in 1st level: (Ellyard 2004 p37)
  38. ^ Teaching of hand positions during First degree course: (Baginski, Sharamon 1988 p48), (Petter 1997 p39)
  39. ^ Duration of First degree course: (Baginski, Sharamon 1988 p46), (Petter 1997 p38)
  40. ^ Second degree course content: (McKenzie 1998 p56); (Veltheim,Veltheim 1995 p119); (Petter 1997 p43)
  41. ^ Teaching of symbols in Second Degree: (Ellyard 2004 p81)
  42. ^ Effect of 2nd level attunement: (Ellyard 2004 p81)
  43. ^ Healing at a distance taught during Second Degree course: (Petter 1997 p43)
  44. ^ Master training: (McKenzie 1998 p58); (Veltheim,Veltheim 1995 p120-124); (Petter 1997 p47-49)
  45. ^ Content of master training: (Ellyard 2004 ch16,ch17)

Bioenerji