Reiwa Shinsengumi

parti politik Jepun

Reiwa Shinsengumi (Bahasa Jepun: れいわ新選組) adalah parti politik populis sayap kiri[6][7][8][9][10] dan progresif[11] di Jepun yang diasaskan oleh pelakon yang menjadi ahli politik Tarō Yamamoto pada April 2019. Parti ini ditubuhkan sejurus selepas Ichirō Ozawa mengumumkan bahawa Parti Liberal akan bergabung dengan Parti Demokratik Rakyat.[11] Parti ini memenangi lebih dari 4% undi setelah bertanding dalam pilihan raya Dewan Kaunselor pada Julai 2019, dengan memperoleh dua kerusi hanya kira-kira tiga setengah bulan setelah penubuhan parti itu.[12]

Reiwa Shinsengumi
れいわ新選組
PemimpinTarō Yamamoto
Ditubuhkan1 April 2019 (2019-04-01)
PecahanParti Liberal
Ibu pejabat1F, Bang. Akasaka-Kōei 3-2-6 Akasaka, Minato-ku, Tokyo, Jepun
IdeologiProgresivisme
Populisme haluan kiri
Kedudukan politikHaluan kiri[1][2][3]
Warna     Jambu[4][5]
Dewan Kaunselor
2 / 245
Dewan Perwakilan
3 / 465
Laman sesawang
reiwa-shinsengumi.com
Politik Jepun
Parti politik
Pilihan raya

Parti ini digambarkan sebagai anti-penjimatan, anti-penubuhan[13][14][2] dan anti-kuasa nuklear,[15] serta menyokong kebajikan haiwan,[15] hak-hak orang kurang upaya[15] dan campur tangan ekonomi.[16]

Sejarah sunting

Penubuhan= sunting

Tarō Yamamoto, ahli Dewan Kaunselor untuk Tokyo, mengasaskan parti itu pada 1 April 2019. Ini bertujuan untuk mencalonkan ramai calon, termasuk dirinya sendiri, dalam pilihan raya Dewan Kaunselor yang akan datang pada akhir tahun ini.[11] Pada 10 April, Yamamoto mengadakan sidang media dan mengumumkan platform parti itu.[17]

Pilihan raya Dewan Kaunselor 2019 sunting

Parti itu mencalonkan banyak calon dalam pilihan raya Dewan Kaunselor 2019. Parti itu memperoleh 2.2 juta undi di blok PR kebangsaan, melebihi ambang 2% yang perlu diakui sebagai parti politik, dan memperoleh dua kerusi. Walaupun hampir satu juta undi diberikan untuk Yamamoto secara peribadi, kerana parti itu mencalonkan Yasuhiko Funago dan Eiko Kimura, yang keduanya ialah orang kurang upaya,[18][19] di hadapannya dalam senarai parti. Yamamoto tidak memenangi satu kerusi.[20] Bangunan Diet Kebangsaan disesuaikan untuk membolehkan akses tanpa halangan bagi pengguna kerusi roda.

Ahli parti terkenal termasuk profesor universiti Ayumi Yasutomi dan bekas timbalan wakil penghubung kes penculikan Korea Utara Toru Hasuike.

Pilihan raya Gabenor Tokyo 2020 sunting

Pemimpin parti Tarō Yamamoto adalah salah seorang daripada 22 calon yang mengambil bahagian dalam pilihan raya Gabenor Tokyo 2020, beliua menduduki di tempat ketiga dengan 10.72% undi. Janji parti itu termasuk program pemberian wang tunai secara langsung bagi mereka yang terkesan dengan pandemik COVID-19.[21]

Dasar sunting

Dalam sidang media yang diadakan sejurus selepas penubuhan parti itu, Yamamoto mengumumkan bahawa pihaknya akan mendorong penghapusan cukai penggunaan dan sebaliknya, menjadikan cukai korporat sebagai cukai progresif dan meningkatkan bon pemerintah.[22] Di samping itu, beliau mengatakan bahawa parti itu menentang pembinaan pangkalan Henoko. Mereka juga akan melarang tenaga nuklear sepenuhnya, menaikkan gaji minimum hingga 1500¥ setiap sejam dengan jaminan awam, melaksanakan undang-undang yang melindungi pendidikan percuma, hak orang kurang updaya, hak LGBT, hak haiwan, melancarkan pendapatan asas ¥30,000 setiap orang bagi setiap bulan ketika setiap kali inflasi di bawah 2% (faedah akan berakhir apabila inflasi tidak di bawah ambang dan disambung semula jika turun di bawah lagi), dan memperkukuhkan perkhidmatan sosial.[23]

Rujukan sunting

  1. ^ Thisanka Siripala (6 Ogos 2019). "Japan's Upper House Election Results A Win for Diversity". The Diplomat (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 September 2019.
  2. ^ a b {Daisuke Minami (2 Ogos 2019). "Is Populism Finally Coming to Japan?". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 September 2019.
  3. ^ "Japan's first severely disabled lawmakers join parliament". BBC News (dalam bahasa Inggeris). 1 Ogos 2019. Dicapai pada 5 September 2019.
  4. ^ "色もいろいろ東京都知事選 候補者が「イメージカラー」に込めた思いは". Tokyo Shimbun (dalam bahasa Jepun). 26 Jun 2020. Dicapai pada 1 Julai 2020. ピンクをイメージカラーにするのは、れいわ新選組代表の山本太郎さん(45)。「好きだから」(山本さん)と、2019年の結党以来、党のロゴにも使い続ける。
  5. ^ "【野党ウオッチ】異色の戦法「れいわ新選組」際立つパフォーマンス". The Sankei News (dalam bahasa Jepun). 20 Julai 2019. Dicapai pada 1 Julai 2020. 会場の広場にはれいわ新選組のシンボルカラーであるピンクの幟(のぼり)が林立し、...
  6. ^ 石戸諭 (22 Julai 2019). "山本太郎、れいわ…左派ポピュリズムの衝撃とどう向き合うか?". news.yahoo.co.jp (dalam bahasa Jepun). Yahoo! JAPAN. Dicapai pada 2019-07-23.
  7. ^ Nakamura, Kasane (1 Ogos 2019). "れいわ・山本太郎代表「私はポピュリストです」。羽鳥慎一モーニングショーで左派ポピュリズムとの指摘に宣言。" (dalam bahasa Jepun). HuffPost. Dicapai pada 4 Januari 2020.
  8. ^ Kamei, Hiroshi (31 Julai 2019). "れいわ躍進、左派ポピュリズムの日本版 N国も無視できず". AERA dot. (dalam bahasa Jepun). Asahi Shimbun. m/s. 1. Dicapai pada 4 Januari 2020.
  9. ^ Ohi, Akai (3 Julai 2019). "山本太郎は日本のバーニー・サンダースか 左派ポピュリズムと中道リベラルの「戦略的互恵関係」". webronza.asahi.com (dalam bahasa Jepun). Asahi Shimbun Publications Inc. m/s. 1, 4. Dicapai pada 4 Januari 2020.
  10. ^ Brasor, Philip (20 Julai 2019). "Citizen campaigns seek to increase voter turnout in Upper House election". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 24 Julai 2019.
  11. ^ a b c "Mr. Taro Yamamoto "Reiwa Shinsen-gumi" justified "people in this country, a guardian, welcome to me"" (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 26 April 2019.
  12. ^ "「れいわ新選組」山本太郎氏が立ち上げ 野党結集が狙い". 朝日新聞デジタル (dalam bahasa Jepun). 11 April 2019. Dicapai pada 13 April 2019.
  13. ^ "Reiwa Shinsengumi makes splash in Japanese election debut, giving voice to people with disabilities". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). 22 Julai 2019. Dicapai pada 24 Julai 2019.
  14. ^ "Man with Lou Gehrig's disease wins seat in Japan's parliament for 1st time". Kyodo News (dalam bahasa Inggeris). 22 Julai 2019. Dicapai pada 24 Julai 2019.
  15. ^ a b c "政策 れいわ新選組". reiwa-shinsengumi.com (dalam bahasa Jepun). Dicapai pada 4 Januari 2020.
  16. ^ Blondy, Théophile (21 Julai 2019). "Le Reiwa Shinsengumi un parti " populiste "". Le Petit Journal (dalam bahasa Perancis). Dicapai pada 26 Julai 2019. Le programme appelle directement et sur presque tous les sujets à un interventionnisme plus marqué de l’Etat;
  17. ^ "山本太郎・参院議員が新党『れいわ新選組』を結党 消費税廃止を公約に" (dalam bahasa Jepun). 12 April 2019. Dicapai pada 23 Julai 2019.
  18. ^ "OKU wakil rakyat". Harian Metro. 1 Ogos 2019. Dicapai pada 19 Disember 2020.
  19. ^ Funago dengan ALS dan Kimura dengan cerebral palsy
  20. ^ "Reiwa Shinsengumi makes splash in Japanese election debut, giving voice to people with disabilities" (dalam bahasa Inggeris). 22 Julai 2019. Dicapai pada 23 Julai 2019.
  21. ^ Submission, Internal (2020-06-15). "Reiwa Shinsengumi leader Taro Yamamoto to run for Tokyo governor". The Japan Times (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 5 September 2020.
  22. ^ "れいわ旋風で読めぬ「ステルス票」与野党は戦々恐々" (dalam bahasa Jepun). 16 Julai 2019. Dicapai pada 23 Julai 2019.
  23. ^ "Reiwa Shinsengumi - Policies" (dalam bahasa Inggeris). Diarkibkan daripada yang asal pada 2019-08-01. Dicapai pada 23 Julai 2019.

Pautan luar sunting