Rejam lembing

acara di padang dan balapan di mana lembing dibaling

Rejam lembing (Tulisan Jawi: ريجم لمبيڠ) merupakan acara balapan dan padang di mana lembing, tombak kira-kira 2.5 m (8 ft 2 in) panjang, direjamkan. Perejam lembing memperoleh momentum dengan berlari di dalam kawasan yang telah ditentukan. Rejam lembing adalah acara bagi kedua-dua dekatlon lelaki dan heptatlon wanita.

Olahraga
Rejam lembing
Atlet rejam lembing dari Jerman Thomas Röhler pada 2011.
Rekod lelaki
DuniaRepublik Czech Jan Železný 98.48 m (1996)
OlimpikNorway Andreas Thorkildsen 90.57 m (2008)
Rekod wanita
DuniaRepublik Czech Barbora Špotáková 72.28 m (2008)
OlimpikCuba Osleidys Menéndez 71.53 m (2004)
Merejam lembing
Perejam lembing Jerman Stephan Steding semasa Kejohanan Dunia IAAF 2007 di Osaka, Jepun.
Satu adegan yang menggambarkan perejam lembing dan atlet pentatlon lain. Pada asalnya dijumpai pada amfora Panathenaic dari Yunani Purba, sekitar 525 B.C. Muzium British.
Matti Järvinen merejam lembing di Sukan Olimpik 1932
Uwe Hohn (digambarkan pada 1984) memegang "rekod dunia abadi" dengan rejaman 104.80 m sebelum jenis lembing yang baru diperkenalkan pada 1986.
Lembing bagi kategori wanita dan lelaki
Maria Abakumova di Kejohanan Olahraga Dunia 2011

Matlamat dan peralatan sunting

Matlamat acara ini ialah merejam lembing sejauh yang dapat dilakukan dengan mengikut peraturan dan di dalam kawasan yang telah ditetapkan. Para pemenang akan ditentukan menerusi rejaman atau balingan yang paling jauh. Peralatan yang perlu bagi atlet acara ini ialah lembing dan kawasan membuat rejaman iaitu padang.

Lembing diperbuat daripada kayu, besi, atau logam campuran. Bahagian-bahagian lembing pula terdiri daripada bahagian kepala yang panjang, bahagian pegangan (grip), dan bahagian hujunga atau ekor yang tajam. Bahagian kepala yang panjang diperbuat daripada besi berukuran 25cm-33cm. Bahagian pegangan (grip) panjangnya 15cm-16cm untuk acara kategori lelaki dan 14cm-15cm untuk kategori wanita dan lelaki bawah 18 tahun. Grip terletak pada pusat graviti lembing. Berat minimum lembing untuk kategori lelaki ialah 800g manakala untuk kategori wanita bawah 16 tahun pula ialah seberat 600g.

Teknik sunting

Untuk pengetahuan dan makluman anda, terdapat dua cara yang biasa digunakan oleh perejam lembing. Satu dari atas dan satu dari sisi bawah. Anda boleh memilih dua cara tersebut berdasarkan keselesaan dan kemampuan. Untuk mendapatkan satu rejaman yang baik dan sempurna selain tenaga yang dipindahkan semasa larian dan momentum semasa rejaman dilakukan, cara memegang (grip) juga perlu dititikberatkan dan diambil kira. Sekiranya pegangan tidak kemas, lembing akan terlepas begitu sahaja dan rejaman tidak sejauh seperti yang dikehendaki.

Perejam lembing terkemuka sunting

Jaguh acara merejam lembing iaitu Jan Železný dari Czech Republic yang mempunyai susuk badan yang biasa berbanding pencabar terdekat Steve Backley telah berjaya merejam lembing melebihi 90 meter dan rejaman beliau adalah antara yang terbaik dalam sejarah merejam lembing. Beliau juga merupakan pemegang rekod dunia dalam acara merejam lembing dengan jarak 98.48m sehingga sekarang.

Jaguh negara Malaysia seperti Nashatar Singh dan Ballang Lassung adalah antara dua mutiara negara Malaysia yang pernah menyinarkan pingat emas untuk Malaysia pada era 70-an dan 80-an. Begitu juga jaguh wanita negara Malaysia iaitu Norsham Yon turut menyinari acara ini di peringkat Sukan SEAP pada masa yang lalu. Kalau dilihat kepada jaguh-jaguh ini, memang susuk badan memainkan peranan yang penting untuk menjadi perejam yang terbaik dalam acara ini.

Rujukan sunting

Pautan luar sunting