Rejimen Askar Melayu DiRaja
Rejimen Askar Melayu DiRaja (RAMD atau juga disebut Askar Melayu) merupakan satu pasukan tempur infantri dan merupakan rejimen tertua di dalam Tentera Darat Malaysia. Askar Melayu, bersama-sama dengan Rejimen Renjer DiRaja merupakan pasukan tempur infantri utama di dalam Tentera Darat Malaysia (TDM) dan dibantu oleh Rejimen Sempadan sebagai infantri ringan.
Rejimen Askar Melayu Diraja (RAMD) ريجيمن عسكر ملايو دراج | |
---|---|
Aktif | 1 Mac 1933 (ditubuhkan) |
Negara | Malaysia |
Kesetiaan | Yang diPertuan Agong Malaysia |
Cawangan | Tentera Darat Malaysia |
Jenis | Tentera darat |
Pusat latihan | Port Dickson, Negeri Sembilan |
Moto | Taat Setia |
Tanda kebesaran | |
Panji |
Rejimen Askar Melayu DiRaja caknya, pasukan ini mempunyai kekuatan sebanyak 27 batalion.
Berikutan sudah tiada lagi ancaman dari komunis, maka bermula pada penghujung 1994, Rejiman Askar Melayu Diraja telah dikecilkan menjadi 25 buah batalion sahaja.
Akan tetapi selepas terjadinya Krisis pencerobohan Lahad Datu pada 2013, TDM pada bulan Mei 2014 telah mengaktifkan semula batalion ke-26 (26 RAMD) melalui Kuasa Waran Perjawatan FED(M)/3000/1/14. Batalion ini kini ditempatkan di Kem Kukusan, Tawau, Sabah.[1] Ini pula diikuti dengan penubuhan batalion ke-27 (27 RAMD) yang akan ditempatkan di dalam formasi Markas 5 Briged, berpangkalan di pantai barat Sabah.[2]
Askar Melayu hanya dianggotai oleh anggota-anggota berketurunan Melayu sahaja, tidak seperti Rejimen Renjer DiRaja dan lain-lain rejimen dalam Tentera Darat Malaysia yang boleh dianggotai oleh anggota dari pelbagai kaum.
Sejarah
suntingPenubuhan
suntingSejak penjajahan oleh Kerajaan Kolonial British, pasukan-pasukan Tentera British dan juga Tentera British India (British Indian Army) seperti pasukan “Burma Rifles” telah ditugaskan untuk mengawal keselamatan. Ini melibatkan kos yang tinggi kerana pasukan-pasukan itu terpaksa dibawa daripaada Britain dan India untuk berkhidmat di Tanah Melayu.
Semenjak tahun 1902, Raja-Raja Melayu terutamanya Sultan Alang Iskandar Shah (Sultan Perak), Tuanku Muhamad Ibni Yam Tuan Antah (Yang DiPertuan Besar Negeri Sembilan), Raja Chulan (Kerabat DiRaja Perak) dan Dato Abdullah Haji Dahan (Undang Luak Rembau) telah menggesa Kerajaan Kolonial British di Malaya untuk menubuhkan satu rejimen tentera yang dianggotai oleh orang-orang tempatan.
Pada 23 November 1932, Jabatan Perang British memberikan persetujuan untuk penubuhan satu pasukan Askar Melayu sebagai satu rejimen tempatan dalam Angkatan Tentera British (Rejimen ini dilatih dan diurus oleh Rejimen Tentera British Malaya). Pada 23 Januari 1933, Majlis Perundingan Persekutuan (Federal Consultative Council) telah meluluskan Akta No. 11 yang dikenali dengan nama Akta Rejimen Askar Melayu dan meluluskan peruntukan $70,000 bagi pembelian Kong Sang Rubber Estate di Port Dickson untuk tapak bagi kegunaan sebagai Pusat Latihan Rekrut Askar Melayu.
Pasukan Askar Melayu bermula dengan penubuhan Kompeni Percubaan Pertama (1st Experimental Company) pada tahun 1933 dan merupakan titik permulaan pasukan tentera anak watan di Tanah Melayu.
Pada 1 Februari 1933, seramai 25 orang anak Melayu daripada 100 orang calon telah dipilih sebagai “sesuai untuk diambil menjadi rekrut” di dalam pasukan Askar Melayu.
Pasukan Askar Melayu ditubuhkan secara rasmi pada 1 Mac 1933 di Haig Lines, Port Dickson, Negeri Sembilan. Pasukan ini di letakkan di bawah perintah Mejar G. Mc Bruce , sementara Kapten K.G. Exham dilantik menjadi Adjutan. Sarjan Mejar A. E. McCarthy dilantik menjadi Sarjan Mejar Rejimen dan Sarjan Kuartermaster E. Oldfiled menjadi Sarjan Kuartermaster.
Pasukan ini dikira sebagai percubaan kerana pada peringkat itu, ia bertujuan untuk menilai kesesuaian orang-orang melayu sebagai anggota tentera, dan bagaimana mereka dapat menyesuaikan diri dengan disiplin tentera (Mejar Jeneral G. Mcl. S. Bruce, O.B.E. M.C. (bersara). (Petikan dari rencana "Trying it out with No. 1 Squad", Pahlawan, Vol. 1, Kuala Lumpur, 1952.)
Faktor-faktor penubuhan
suntingRaja-raja Melayu dan Pembesar Melayu mendesak melalui Durbar dan melalui Majlis Perundangan Persekutuan
Pembesaran Pasukan Askar Melayu
suntingPada 1 Januari 1935, atas kesungguhan anak-anak Melayu di dalam Kompeni Percubaan dan dengan kegigihan Mejar S. Bruce, 1 Kompeni Percubaan Askar Melayu ditukarkan menjadi Rejimen Askar Melayu dengan kekuatan permulaan seramai 150 orang anggota. Pengambilan anggota-anggota baru dipercepatkan. Dengan penambahan 232 orang anggota baru, dua Kompeni tempur telah ditubuhkan, dengan satu pasukan Ibu Pejabat sebagai elemen perintah, dan dikuatkan dengan platun bantuan dilengakan dengan mesingan Vickers, satu seksyen Semboyan dan satu unit tambur.
Pada 1 Januari 1938, Batalion Pertama Askar melayu (1 Melayu) mempunyai kekuatan 17 pegawai british dan 6 Pegawai Melayu, 11 Pegawai Waran dan 759 Pegawai Tak Bertauliah dan anggota Lain-Lain Pangkat.
Apabila bahang perang semakin hampir, latihan ketenteraan dipertingkatkan. Latihan jalan lasak di peringkat battalion dan peringkat briged kerapkali diadakan. 1 Melayu juga mula membuat latihan menggunakan mortar dan meriam penangkis kereta kebal. Dalam bulan Ogos 1941, satu platun bantuan ditubuhkan menggunakan 10 buah “Universal Carrier” ataupun lebih dikenali sebagai “Bren Gun Carrier’ di bawah pimpinan Kapten R.R.C. Carter. Platun bantuan ini menjalankan latihan bersama-sama Battalion ke-2 Loyals Regiment (North Lancashire) Tentera British.
Pada bulan Mac 1941, Gabenor Negeri-Negeri Selat memberikan kuasa untuk menambah kekuatan Rejimen Askar Melayu menjadi dua battalion. Batalion Ke-2 Askar Melayu ditubuhkan pada 1 Disember 1941. 1 Melayu dan 2 Melayu bersama-sama battalion Ke-2 Loyal Regiment (North Lancashire) diletakkan di bawah pemerintahan 1st Malaya Infantry Brigade. Briged ini akan memainkan peranan besar dalam mempertahankan Tanah Melayu semasa penjajahan Jepun.
Kompeni A, Batalion Kedua adalah unit Askar Melayu pertama menentang Tentera Jepun yang mendarat di Pantai Kuala Pak Amat, Pengkalan Chepa, Kota Bharu, Kelantan pada 7 Disember 1941. Kekuatan Tentera Jepun yang berlipat ganda telah memaksa Kompeni A berundur ke Kuala Krai dan seterusnya ke Singapura. Di Singapura, Batalion Pertama dan Kedua Askar Melayu telah berjuang bersama Tentera British menentang kemaraan musuh. Askar Melayu telah berjuang dengan penuh semangat di sekitar kawasan Pasir Panjang, Buena Vista, Labrador dan Alexander.
152 anggota Melayu (termasuk 7 pegawai Melayu) Rejimen Askar Melayu bersama 6 orang pegawai British yang dipinjamkan ke Rejimen Askar Melayu terkorban di Malaya dan Singapura semasa Perang Dunia II.
Darurat
suntingSatu peristiwa yang tidak mungkin dapat dilupakan, sekaligus menjadi satu titik hitam dalam lipatan sejarah RAMD ialah Peristiwa Pertempuran Kalabakan[3]. Dalam tragedi berdarah ini, seorang pegawai dan tujuh anggota Batallion ke-3 RAMD terkorban, manakala 18 orang anggota lagi tercedera. Peristiwa berdarah ini berlaku pada tanggal 29 Disember 1963. Tempat berlakunya tragedi berdarah yang menimpa Batallion ke-3 RAMD itu terletak tidak jauh dari tebing Sungai Kalabakan. Lokasinya kira-kira 30 batu ke utara Tawau dan 12 batu ke utara sempadan Kalimantan, Indonesia. Di situ terletak dua penempatan kecil Pasukan Keselamatan Malaysia yang terdiri daripada satu penempatan Pasukan Polis Hutan dan sebuah lagi penempatan tentera terletak di suatu lereng bukit.
Kedua-dua penempatan dipisahkan dalam jarak lebih 400 ela sahaja. Pos Polis yang dipagari dengan dawai berduri mempunyai kekuatan 15 orang anggota, manakala penempatan pasukan tentera tidak pula berpagar. Anggota Platun 1 Kompeni A dan kemudiannya disertai oleh seksyen dari Platun 10 Kompeni C ditempatkan di situ. Kawasan perkhemahan ini terletak di suatu kawasan lereng tanpa sistem keselamatan serta pertahanan yang lengkap. Ini berlaku kerana ketiadaaan bekalan peralatan walaupun usaha mendapatkannya telah berulangkali dilakukan.
Menurut laporan, seramai 130 orang tentera Indonesia daripada pelbagai pasukan bergerak dari Kalimantan menyusup ke kawasan Malaysia pada pertengahan Disember 1963. Pasukan ini singgah di Serudong dalam perjalanan menuju ke Selimpopon dengan melewati Tarakan untuk ke kem balak Teck Guan dekat Kalabakan. Mereka bermalam di situ pada 28 Disember. Mejar Zainol Abidin bersama dua seksyen dari Kompeni C digerakkan ke penempatan Platun 1 Kompeni A di Kalabakan pada 29 Disember bagi memperkuatkan subunit berkenaan. Tiga buah kubu, setiap satu untuk tiga orang, dibina untuk tujuan pertahanan, Kubu berkenaan terletak di kiri dan kanan serta di Sebelah kanan belakang rumah atap dan digunakan untuk menempatkan senjata RISLB. Rumah berkenaan diberikan oleh Mr. Ress Pengurus Bombay Burma Timber Company Limited.
Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin menyatakan, beliau ada menerima maklumat yang menyatakan satu kumpulan tentera Indonesia sedang bergerak dari Kalimantan menyusup masuk ke kawasan Malaysia. Mereka dilaporkan telah merampas barang-barang dari sebuah kedai kepunyaan seorang peniaga Cina di kawasan Serudong Laut. Mereka dikatakan sedang bergerak ke arah kawasan Kalabakan.
Tidak lama selepas itu satu tembakan kedengaran memecah keheningan malam dan kemudiannya diikuti pula oleh tembakan yang bertubi-tubi. "Ketika saya dan berapa anggota keluar dari rumah untuk 'stand to', anggota TNI telah melepaskan tembakan dan melempar
kan bom tangan ke kedudukanamk" , cerita Leftenan Kolonel (bersara) Raja Shaharudin. Semua anggota bertempiaran keluar dari rumah mencari perlindungan. Sarjan Abdul Aziz berjaya menerjunkan diri ke dalam kubu dan berada bersama ketua platun serta dua anggota lagi. Kami membalas tembakan dan turut melontarkan bom tangan ke arah anggota TNI, saya kemudiannya memerintahkan anggota agar mengambil perlindungan dan tidak melepaskan tembakan kecuali mereka melihat anggota TNI.
Tembak-menembak berhenti kira-kira pukul 11.00 malam, terang Leftenan Kolonel (Bersara) Raja Shaharudin. Mr. Ress, besama seorang lalaki datang menemui Leftenan Muda Raja Shaharudin sejurus selepas pertempuran berhenti. Pada lebih kurang pukul 3.30 pagi 30 Disember 1963 satu platun bantuan yang diketuai oleh Leftenan Muda Wan Nordin bin Wan Mohammad (12176) sampai ke lokasi platun di Kalabakan. Anggotanya diarah mengumpulkan anggota yang terkorban dan tercedera sambil memberikan rawatan semampu upaya. Apabila matahari pagi 30 Disember 1963 mula menampakkan sinarnya, anggota mula melakukan penggeledahan kawasan secara terperinci bagi mengumpul mayat dan anggota yang tercedera untuk dimaklumkan kepada markas batalion. Lapan anggota termasuk ketua kompeni disahkan terkorban, manakala 18 anggota lagi tercedera[4][5].
Pengenalan Pasukan
suntingBatalion-batalion dalam Rejiman Askar Melayu Diraja biasa disingkatkan menjadi 'Melayu' atau 'RAMD'.
Contoh 1:-
Nama Penuh: Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja (Istiadat)
Singkatan 1 : 1 RAMD
Singkatan 2 : 1 Melayu
Contoh 2:-
Nama Penuh: Batalion Kesembilan Rejimen Askar Melayu Diraja (Para)
Singkatan 1 : 9 RAMD Para
Singkatan 2 : 9 Melayu Para
Contoh 3:-
Nama Penuh: Batalion Kedua Belas Rejimen Askar Melayu Diraja (Mekanize)
Singkatan 1 : 12 RAMD Mekanize/12 RAMD MEK
Singkatan 2 : 12 Melayu Mek
Contoh 4:-
Nama Penuh: Batalion Kedua Puluh Lima Rejimen Askar Melayu Diraja
Singkatan 1 : 25 RAMD
Singkatan 2 : 25 Melayu
Rejimen Askar Melayu DiRaja Sekarang
suntingKetika ini, tiga buah batalion Rejimen Askar Melayu DiRaja (Batalion ke-9, ke-17 dan ke-18)[6] telah dikhususkan sebagai pasukan payung terjun (Para) dan menjadi komponen di dalam 10 Briged Para, asas kepada Pasukan Atur Cepat di dalam Angkatan Tentera Malaysia. Tiga lagi batalion Rejimen Askar Melayu DiRaja (batalion ke-12, ke-14, dan ke-19)[7] ditukarkan menjadi batalion mekanize. Batalion ke-12 dan ke-19 membentuk komponen 4 Briged Mekanis manakala Batalion ke-14 yang berpengkalan di Kem Syed Sirajuddin pula bernaung dibawah 1 Briged Armor, Kem Rasah dan memberi sokongan infantri kepada operasi 11 Kor Armor Diraja (11 KAD) di Gemas.
Batalion-batalion lain seperti 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 10, 11, 13, 15, 16, 20, 21, 22, 23, 24, 25, 26 dan 27 dicorakkan menjadi batalion infantri standard. Sebuah batalion infantri standard mengandungi tiga buah kompeni rifel, sebuah kompeni markas dan sebuah kompeni bantuan yang terdiri dari beberapa seksyen seperti platun semboyan (komunikasi), platun motar, platun anti kereta kebal dan lain-lain.
Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu DiRaja (lebih dikenali sebagai 1 Melayu) adalah Batalion Infantri Istiadat. Batalion ini mengadakan upacara Kawalan Kehormat dan istiadat dalam acara-acara rasmi yang melibatkan Yang diPertuan Agong Malaysia ataupun ketua-ketua negara. Batalion ini juga mengadakan kawalan istiadat di Istana Negara. Pancaragam Pusat Askar Melayu biasanya mengiringi 1 Melayu semasa upacara-upacara rasmi di mana 1 Melayu membuat kawalan kehormatan.
Perancangan masa hadapan jika faktor kewangan mengizinkan, berkemungkinan dua atau tiga batalion lagi akan ditukarkan menjadi batalion Infantri "Motorized". Batalion-batalion ini akan bernaung dibawah 7 Briged "Motorized", 3 Divisyen Gabungan, Tentera Darat Malaysia.
Keberanian Askar Melayu
suntingLeftenan Muda Adnan merupakan wira terulung di dalam sejarah Rejimen Askar Melayu DiRaja. Pegawai muda dalam 1 Melayu ini menunjukkan semangat juang yang kental yang akhirnya mengorbankan beliau semasa mempertahankan tanah air. Kompeni “C” 1 Melayu di bawah pemerintahan Kapten Rix telah ditugaskan mempertahankan kawasan Pasir Panjang dan Bukit Candu. Jika jatuh ke tangan Jepun, ia akan memberikan laluan langsung ke kawasan Alexandra di mana terletaknya hospital tentera dan depot peluru.
Pada 13 Februari, kedudukan kompeni "C" diserang oleh pasukan daripada Divisyen Chrysanthemum di awah pimpinan Lt. Gen. Renya Mutaguchi. Askar Melayu bertindak cemerlang mempertahankan permatang mereka dan Askar Jepun terpaksa berundur. Pada 14 Februari 1942, Kompeni 'C' bergerak ke Bukit Candu dan diperkuatkan dengan tambahan anggota Askar Melayu menjadikan kekuatan anggota di bawah pimpinan Leftenan Adnan 42 orang kesemuanya.
Pada petang 14 Februari, pihak Jepun melancarkan serangan berhelah. Leftenan Adnan memerhatikan satu kumpulan Askar India menuju kedudukan mereka, tetapi ketajaman akal Adnan tidak terpedaya dengan helah Askar Jepun yang bergerak dalam kumpulan berempat dan bukannya bertiga seperti Tentera British. Pasukan itu diserang dan terpaksa berundur. Dua jam kemudian, Tentera Jepun melancarkan serangan besar dan kumpulan Askar Melayu di Bukit Candu tewas.
Dalam kejadian Sungai Semur pada 25 Mac, 1950, Platun No. 12 seramai 25 anggota dari Kompeni D, 3 RAMD telah diserang hendap oleh sekumpulan pengganas komunis dengan kekuatan seramai 250 anggota ketika menyusuri sungai tersebut kira-kira jam 10.30 pagi.
Dalam serang hendap di Sungai Semur ini, 17 orang anggota 3 RAMD terkorban dalam pertempuran menentang kira-kira 250 pengganas komunis sementara enam anggota cedera parah sementara dua lagi anggota mengalami cedera ringan. Meskipun tewas, mereka menunjukkan semangat juang yang tinggi melawan pasukan musuh yang hampir 10 kali ganda kekuatan mereka. Malah mereka berjaya membunuh seramai 29 orang musuh.
Bn 19 RAMD (Mekanis) ditempatkan untuk bertugas di Mogadishu mulai 18 Jun 1993. Dalam Perkhidmatan batalion ini dengan UNOSOM, batalion ini telah ditugaskan sebagai Pasukan Atur Cepat (Quick Reaction Force) UNOSOM. Pada 3 dan 4 Oktober 1993, Pasukan Petugas US Ranger dan Delta Force (unit elit dan komando khas Tentera A.S.) melakukan operasi untuk menawan beberapa konco kanan Mohamed Farrah Aidid. Malangnya operasi ini menghadapi masalah. Pasukan tentera tersebut terperangkap. Terdesak, Tentera Amerika Syarikat meminta bantuan UNOSOM dan 19 RAMD untuk memberikan bantuan menyelamatkan anggota Tentera Amerika yang terperangkap.
Tentera Amerika mahu menggunakan Kenderaan Perisai Radpanzer Condor milik 19 RAMD dan tidak mahukan bantuan askar 19 RAMD . 19 RAMD enggan menyerahkan Radpanzer Condor kepada Tentera Amerika, dan akhirnya satu kompromi dicapai. 19 RAMD membenarkan anggota tentera Amerika menaiki Condor, tetapi pemandu, komander dan pengendali senjata akan terdiri dari anggota 19 RAMD .
60 orang anggota 19 RAMD terbabit dalam operasi menyelamat askar Amerika berkenaan. Selepas diberi taklimat operasi, pasukan bergerak pada jam 11 malam. 16 buah Radpanzer Condor bergerak secara konvoi. Perjalanan ke tempat di mana tentera Amerika berlindung penuh dengan halangan, dan konvoi sering dihujani peluru dan roket. Mereka terpaksa mengelak periuk api yang ditanam di atas jalan dan tembakan penembak curi dari arah merata tempat menyebabkan pergerakan terganggu. Leftenan Azman, yang mengetuai operasi sebagai pegawai Field Command memberi arahan dengan tenang semasa menghadapi serangan pemberontak ketika operasi menyelamat menaikkan semangat pasukan.
Akhirnya pada jam 7.45 pagi, 75 Renjer Amerika Syarikat berjaya diselamatkan. Daripada 19 RAMD, seorang askar telah terbunuh. Prebet Mat Aznan Awang telah terbunuh apabila roket RPG-7 menembusi kompartmen pemandu kereta perisai Kondor yang dipandunya. Peristiwa ini telah menjadi inspirasi kepada pengeluar filem Amerika untuk menerbitkan sebuah filem berjudul Black Hawk Down arahan Ridley Scott bagi 'mengenangkan' kembali kegagalan askar-askar mereka dalam operasinya di Mogadishu. Malangnya dalam filem ini tidak ditonjolkan penglibatan anggota 19 RAMD yang telah bersama-sama menyelamatkan askar-askar elit / komando Amerika terbabit; akibat daripada itu ianya mendapat bantahan daripada Kerajaan Malaysia, lebih-lebih lagi daripada Kementerian Pertahanan.
Filem arahan Adrian Teh, MALBATT: Misi Bakara[8] bakal menceritakan semula kisah bagaimana 19 RAMD menyelamatkan Tentera Amerika yang terperangkap di Pasar Bakara, Mogadishu. Filem tersebut bakal menjadi filem Malaysia pertama ditayangkan di IMAX pada 18 Ogos 2023 dan tayangan rasmi pada 24 Ogos 2023. Filem tersebut merupakan filem dengan bajet termahal di Malaysia iaitu sebanyak RM20 jutaRalat petik: Tag <ref>
tidak ditutup dengan </ref>
.
Rujukan
sunting- ^ http://benza87.wixsite.com/26ramd
- ^ https://www.airtimes.my/2020/09/12/tentera-darat-malaysia-tubuh-briged-infantri-perkukuh-pertahanan-sabah/
- ^ Haslina Bujang (5 September 2017). "Peristiwa Berdarah Kalabakan, 29 Disember 1963". The Patriots Asia. Dicapai pada 18 Ogos 2023.
- ^ Mohd Izham Unnip Abdullah (16 September 2016). "Pertempuran Kalabakan terpahat dalam ingatan". Berita Harian. Dicapai pada 18 Ogos 2023.
- ^ Abdul Rahman Mad Ali Abang. "(PDF) Pertempuran Kalabakan Mempertahankan Malaysia". ResearchGate. Dicapai pada 18 Ogos 2023.
- ^ https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2018/02/391129/batalion-ke-18-ramd-para-disusun-semula
- ^ http://14ramd.wixsite.com/14ramd
- ^ Scott Ng (13 September 2022). "Malaysian film 'Malbatt: Misi Bakara' to "portray the real heroes" of 'Black Hawk Down' mission" (dalam bahasa Inggeris). NME. Dicapai pada 18 Ogos 2023.