Ramzani Kassim (lahir 16 September 1974) atau lebih dikenali sebagai Rem ialah seorang penyanyi Malaysia yang mula mencipta nama pada tahun 1997 menerusi lagu "Semua Orang Tahu (S.O.T)". Beliau membawa muzik pop dan cukup terkenal dengan vokal serak basah dan meneran serta pernah tiga kali dicalonkan dalam kategori Vokal Lelaki Terbaik di Anugerah Industri Muzik. Beliau berasal dari Sibu, sebuah daerah di negeri Sarawak.

Rem
Rem di Kuala Lumpur pada Mac 2012
Latar belakang
Nama lahirRamzani bin Kassim
Kelahiran (1974-09-16) 16 September 1974 (umur 49)
Berasal dariSibu, Sarawak, Malaysia
GenrePop, Rhythm & Blues, Balada dan Blues
PekerjaanPenyanyi, pelakon
InstrumenVokal
Tahun aktif1997 - kini
Syarikat rakaman
Warner Music Malaysia
New Southern Records (NSR)
Pengkarya berkait
Ajai, Raihan, NowSeeHeart, Hetty Sarlene, Andy Flop Poppy

Kerjaya sunting

Rem mula dicungkil bakat menerusi pencarian penyanyi lelaki pop baru di bawah payung Warner Muzik Malaysia pada tahun 1996. Sebelum itu Rem sering membuat persembahan di hotel-hotel sekitar negeri kelahirannya, Sarawak. Album debutnya mendapat sentuhan komposer yang baru meningkat naik ketika itu, Ajai. Pada pertengahan tahun 1997, muncullah album yang mengambil namanya sendiri sebagai judul itu ke pasaran umum. Menerusi album itu Rem cukup popular dengan tiga buah lagu ciptaan Ajai iaitu Semua Orang Tahu (S.O.T) Selingkar Kasih dan Kasih Kembalilah [1]. Ketika berlangsungnya Anugerah Industri Muzik ke-5 pada 1998, Rem dicalonkan dalam dua kategori penting termasuk Vokal Terbaik, dan berjaya memenangi kategori Artis Baharu Terbaik (Lelaki).

Album keduanya yang berjudul Impian Cinta muncul pada tahun 1999 dan cukup popular dengan lagu yang dijadikan judul album [2]. Lagu itu berjaya mara ke pertandingan akhir Anugerah Juara Lagu ke-15. Selepas kejayaan itu Rem bertukar syarikat rakaman dari Warner Music ke New Southern Records (NSR) pada tahun 2001 dan menghasilkan dua buah album iaitu Setiap Waktu dan Satu Suara. Ketika itu Rem cukup popular dengan lagu balada Erti Kasih (2002) [3] dan hits terakhirnya setakat ini, Pendusta Cinta pada tahun 2004. Setelah agak lama menyepi, pada tahun 2009 beliau muncul dengan lagu single berjudul Selalu Ada dan disusuli pada tahun 2014 kolaborasinya bersama komposer muda Fynn Jamal yang berjudul Nanti Bila Kaya [4]. Ternyata semangat Rem tidak pernah pudar dalam dunia nyanyian walaupun lama tanpa album. Malah semangatnya begitu kental sehebat vokalnya yang bergetar untuk meneruskan perjuangan seni. Kata Rem, kelibatnya 'menyepi' cuma di media cetak dan elektronik tetapi tidak di pentas persembahan kerana sehingga kini masih aktif menyanyi di pentas-pentas korporat [5]. Dalam pada itu Rem juga berjinak-jinak dalam dunia lakonan menerusi drama-drama TV tetapi dunia nyanyian masih menjadi keutamaannya.

Diskografi sunting

Album studio sunting

Single sunting

Tahun Judul Lagu Kedudukan Tertinggi Carta Album
Era Muzik.fm Baik Banget Muzik-muzik
1997 "Semua Orang Tahu (S.O.T)" 3 1 Rem
"Selingkar Kasih" 1 2
1998 "Kasih Kembalilah" 4 6
"Hanya Dirimu"
"Lya"
1999 "Hanya Denganku" 11 Impian Cinta
2000 "Impian Cinta" 1 2
"Yang Ku Pinta" 18 20
"Mulianya Ramadan" Maafkan
"Lebaran Ini"
bersama Ajai, kumpulan Raihan dan NowSeeHeart
2001 "Hampa"
duet bersama Hetty Sarlene
11 Tiada Lain
2002 "Erti Kasih" 2 Setiap Waktu
"Right Here Right Now"
"Gina"
duet bersama Andy Flop Poppy
17 12
2003 "Kekesalan" 10 18
"Setiap Waktu"
2004 "Pendusta Cinta" 9 Satu Suara
"Di Mana" 15
2009 "Selalu Ada" Selalu Ada
2012 "Nanti Bila Kaya" Nanti Bila Kaya
2018 "Sinar Kasih"

Filmografi sunting

Televisyen sunting

  • "Mak Andam Terlampau" (2004)
  • "Suria Kasanova" (2006)
  • "Pintu Taubat" (2013)

Pencapaian sunting

Anugerah Industri Muzik Malaysia (AIM)
Tahun Kategori Karya Tercalon Album / Material Keputusan
1998 (AIM 5) Artis Baharu Terbaik (Lelaki) Rem Menang
Persembahan Vokal Lelaki Terbaik di Dalam Album Tercalon
1999 (AIM 7) Persembahan Vokal Lelaki Terbaik di Dalam Album Impian Cinta Tercalon
2002 (AIM 10) Susunan Muzik Dalam Lagu Terbaik "Erti Kasih" Setiap Waktu Tercalon
Persembahan Vokal Lelaki Terbaik di Dalam Album Tercalon
Anugerah Juara Lagu (AJL)
Tahun Lagu Album Pencipta Lagu Penulis Lirik Kategori Keputusan
2000 (AJL 15) Impian Cinta Impian Cinta Ajak Ajak Balada Tercalon

Rujukan sunting

Pautan luar sunting