Rempit Sampai Langit

Filem aksi komedi Malaysia 2017 arahan Silver Chung

Rempit Sampai Langit merupakan filem aksi komedi Malaysia 2017 arahan Silver terbitan Suhan Movies & Trading Sdn Bhd. Filem ini dibintangi oleh Ajak Shiro, Tauke Jambu, Nabila Huda dan Cristina Suzanne dan mengisahkan tentang Kudin yang membuat keputusan untuk menyertai geng Mat Rempit bagi memenangi kembali hati teman wanitanya, namun menemui kegagalan. Filem ini ditayangkan pada 23 November 2017.[1][2]

Rempit Sampai Langit
PengarahSilver
PenulisLoh Chung Tat
Dihasilkan olehRosyam Nor
J. Cho (eksekutif)
Julia Juhasu (eksekutif)
Dibintangi
SinematografiWong Tak Fung
Disunting olehChong Xee Mun
Muzik olehSoo Yuen Yiet
Syarikat
penerbitan
Diedarkan olehSkop Productions
Tarikh tayangan
  • 23 November 2017 (2017-11-23)
Masa tayangan
92 minit
NegaraMalaysia
BahasaMelayu

Plot sunting

Mengisahkan tentang remaja bernama Kudin yang nekad untuk menyertai kumpulan mat rempit demi memikat semula hati kekasihnya, tetapi dia kecewa apabila tidak seorang pun kumpulan itu mahu dia menyertai mereka. Hidupnya berubah apabila seorang saintis Arab memberinya minyak magik yang membuatkan motornya terbang. Insiden itu telah menjadi tular di internet. Rakan baiknya Comel, yang menaruh minat terhadap Kudin, menyedari perubahan perangai Kudin dan dia cuba untuk mengembalikan Kudin yang dahulu. Kudin kini menjadi seorang yang terkenal dalam dunia rempit.

Pelakon sunting

Pelakon utama sunting

Pelakon pembantu sunting

Penampilan khas sunting

Penerbitan sunting

Rempit Sampai Langit merupakan filem kedua arahan Silver bersama Suhan Movies & Trading selepas filem Balistik (2014). Rosyam Nor berkhidmat sebagai penerbit filem ini, manakala J. Cho dan Julia Juhasu berkhidmat sebagai Penerbit Eksekutif. Proses kesan visual dan CGI dijalankan di Viper Studios milik Syafiq Yusof.[1]

Keluaran dan sambutan sunting

Rempit Sampai Langit dikeluarkan pada 23 November 2017 dan menerima ulasan positif dari pengkritik filem. Shazryn Mohd Faizal dari mStar Online menghuraikan bahawa "corak filem ini sudah acapkali diketengahkan di layar perak dan disebabkan itu, secara zahirnya, ia boleh dianggap sebagai sebuah filem yang dikitar semula."[3] Aqmar Mustaza menulis untuk Sinar Harian menyifatkan Rempit Sampai Langit sebagai sebuah filem komedi ringan yang mencuit hati.[4]

Rujukan sunting

  1. ^ a b "Suhan Movies persembahkan 'Rempit Sampai Langit'". Nazlan Nasir. 16 November 2017. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  2. ^ Nannie Isa (6 Disember 2017). "Rempit Sampai Langit Gelak Habis Dengan Ajak Shiro". Kitepunye. Dicapai pada 11 Disember 2017.
  3. ^ Shazryn Mohd Faizal (30 November 2017). "Klise Dan Sindiran 'Rempit Sampai Langit'". mStar Online. Dicapai pada 1 Disember 2017.
  4. ^ Aqmar Mustaza (25 November 2017). "'Rempit Sampai Langit' mencuit hati". Sinar Harian. Dicapai pada 1 Disember 2017.

Pautan luar sunting