Rempuhan Bangunan di New York 2006

Rempuhan bangunan di New York 2006 berlaku pada 11 Oktober, 2006 apabila sebuah kapal terbang kecil jenis Cirrus SR20 merempuh sebuah bangunan tinggi di Bandaraya New York pada pukul 2:42 petang waktu Amerika Syarikat. Kapal terbang tersebut merempuh bahagian utara apartmen Belaire. Bangunan yang diancam terletak di kawasan timur laut Manhattan dan kebakaran beberapa tingkat bangunan.

Gambar dari Manhattan menunjukkan bangunan yang sedang terbakar

Pemandu dan pemilik kapal terbang terbang tersebut ialah seorang pemain picher besbol dari pasukan New York Yankess bernama Cory Lidle dan seorang jurulatih kapal terbang bernama Tyler Stanger.

21 orang cedera termasuk 11 ahli bomba yang datang memadam kebakaran.

Kapal terbang tersebut berdaftar dengan FAA sebagai kapal terbang Cirrus SR20 dengan nombor siri N929CD dan didaftar pada nama Core Lidle pada 1 Mei 2001. Pasport Core ditemui di sebelah kapal terbang tersebut.

Lokasi rempuhan pesawat di New York City

Bangunan setinggi 40 tingkat, terletak di 524 East 72nd Street. Pangsapuri ini merupakan satu daripada 40 kondominium di situ yang mengandungi 183 buah rumah. Kebanyakannya dijual pada harga lebih 1 juta dolar. Apartmen ini dilengkapi dengan kelab kesihatan, spa, garaj kereta dan kolam mandi yang luas.

Antara penghuni apartmen itu ialah novelis bernama Carol Higgins Clark yang tinggal di tingkat 38. Jurulatih New York Mets bernama Manny Acta turut tinggal di bangunan tersebut.

Kawasan bangunan ini juga menempatkan pejabat dan ruang penyelidikan serta hospital untuk pembedahan khas. Tiada pesakit yang terlibat dalam rempuhan kapal terbang kecil ini.

Kapal terbang ini dalam perjalanan dari Lapangan terbang Teterboro di Teterboro, New Jersey. Tiada sebarang tanda-tanda kerosakan atau sebarang isyarat kecemasan.

Datuk bandar New York Michael Bloomberg menyatakan kapal terbang tersebut mulanya mengelilingi arca tinggi Statue of Liberty. Kemudian terbang ke utara melepasi Sungai Barat berhampiran.

Kemalangan ini mendapat liputan meluas daripada CNN dan BBC pada hari tersebut.

Kawasan ini merupakan kawasan sibuk dan berbahaya dan semua pesawat dikawal dari Lapangan Terbang LaGuardia.Semua pesawat mestilah terbang melebihi paras 1500 kaki dari bumi sebagai arahan Governor Pataki.

Reaksi sunting

Rempuhan pesawat ini menyamai Peristiwa 911 pada 11 September 2001. Walau bagaimanapun pihak FBI menafikan bahawa peristiwa ini tidak mempunyai sebarang kaitan dengan aktiviti pengganas.

Lapangan terbang LaGuardia dan Lapangan terbang Antarabangsa John F. Kennedy tidak mempunyai pengalaman berhadapan dengan kemalangan kapal terbang.