Rempuhan Meron 2021

Pada 30 April 2021 kira-kira jam 00:50 IDT, satu rempuhan orang ramai yang membawa maut berlaku di Meron semasa penziarahan Gunung Meron pada cuti Lag Ba'omer, yang dihadiri kira-kira 100 ribu orang. Empat puluh lima orang terbunuh dalam kejadian tersebut dan lebih daripada seratus orang tercedera, dimana berdozen daripadanya dalam keadaan kritikal. Kejadian tersebut merupakan bencana awam paling dahsyat berlaku dalam sejarah Israel.[1][2] Reuters menukilkan bahawa media Israel melaporkan bahawa sebagai sebahagian daripada langkah berjaga-jaga terhadap pandemik penyakit koronavirus 2019 (COVID-19), kawasan unggun api telah dipisahkan dan ia mungkin menyebabkan tempat itu sesak.[3]

Rempuhan Meron 2021
Tarikh30 April 2021 (2021-04-30)
Masas. 00:50
TempatMeron
Koordinat32°58′50.3″N 35°26′25.5″E / 32.980639°N 35.440417°E / 32.980639; 35.440417Koordinat: 32°58′50.3″N 35°26′25.5″E / 32.980639°N 35.440417°E / 32.980639; 35.440417
PenyebabDipertikaikan; penziarah yang terlalu ramai dalam sambutan Lag Ba'omer
Hadirin100 ribu Yahudi Haredi dan Yahudi Ortodoks
Kematian45 orang
Kecederaan150 orang
InkuiriMasih berjalan

Rempuhan tersebut berlaku apabila para penziarah berpusu-pusu di satu bahagian kawasan lereng gunung, menuruni lorong masuk dengan lantai logam landai yang basah dengan tumpahan air. Para saksi mengatakan bahawa orang tersandung dan tergelincir berhampiran puncak tangga. Mereka yang berada di belakang, tidak mengetahui insiden itu terus melanggar orang yang berada di bawah.[4][5]

Akibat sunting

Kejadian rempuhan itu masih dalam siasatan. Polis Israel mengatakan rempuhan tersebut tidak dapat dielakkan dan lokasi itu diperiksa untuk sebarang kecacatan struktur. Walau bagaimanapun, keadaan mangsa yang tergelincir daripada tangga merupakan diluar kawalan polis.[6] Ketua Polis Utara Shimon Lavi berkata beliau bertanggungjawab sepenuhnya terhadap insiden itu.[7][8] Pihak polis mengeluarkan kenyataan bahawa lorong itu dikawal oleh pihak berkuasa dan mereka memahami bahawa peristiwa itu akan menjadi besar.[8]

Rujukan sunting

  1. ^ Joffre, Tzvi. "Israel works to identify 45 killed in Lag Ba'omer Mount Meron stampede". The Jerusalem Post (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 April 2021.
  2. ^ ""There are casualties, the event is over!": The moment of the disaster, live from Mount Meron". Ynet (dalam bahasa Ibrani). Dicapai pada 30 April 2021.
  3. ^ Williams, Dan; Rabinovitch, Ari (30 April 2021). "Israel seeks to identify many of 45 dead in crush at religious festival". Reuters.
  4. ^ Kershner, Isabel (30 April 2021). "Israel Mourns After a Religious Festival Turns Into Disaster". The New York Times (dalam bahasa Inggeris). ISSN 0362-4331. Dicapai pada 30 April 2021.
  5. ^ "How the deadly Israel stampede unfolded". Sky News (dalam bahasa Inggeris). Dicapai pada 30 April 2021.
  6. ^ Breiner, Josh; Shpigel, Noa (30 April 2021). "At Least 44 Killed at Overcrowded Lag Ba'Omer Event in Northern Israel". Haaretz. Dicapai pada 30 April 2021.
  7. ^ "Meron exit route was known for years as bottleneck; police commander takes blame". Times of Israel.
  8. ^ a b "במשטרה הודפים האשמות: "כולם אישרו את שביל הגישה, המדינה אחראית"". Ynet (dalam bahasa Ibrani). 30 April 2021.