Rencana Linguistik

Rencana Linguistik ialah sebuah buku yang ditulis oleh Dr. Abdullah Hassan, salah satu ahli bahasa yang terutama di Malaysia. Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka pada tahun 1978, buku ini ditulis atas permintaan Encik Kamaludin Muhammad, ketua editor majalah Dewan Bahasa ketika itu, untuk menyunting makalah-makalah dalam majalah tersebut supaya dapat dibukukan.

frames
frames

Sebanyak 21 buah makalah telah disusun ke dalam tujuh bab, dengan sebanyak lapan orang ahli bahasa memberikan sumbangan mereka. Buku ini bertujuan untuk memenuhi "keperluan dalam bidang ilmu bahasa bagi kepentingan pelajar-pelajar peringkat tahun pertama di universiti-universiti serta juga pelajar-pelajar di maktab-maktab, dan khususnya bagi guru-guru yang mengajar bahasa Malaysia."

Isi kandungan sunting

  • Bab 1: Pengenalan
    • Bahasa dan Linguistik: Definisi perkembangan sepintas lalu
    • Ilmu linguistik dan cabangnya
  • Bab 2: Perkembangan bahasa
    • Asal usul bahasa
    • Asas dan proses perkembangan bahasa
    • Sedikit tentang bahasa dari sudut ilmu bahasa
  • Bab 3: Fonologi
    • Sepintas lalu mengenai fonetik
    • Sedikit tentang ujaran
    • Tujuan sepintas lalu tentang fonemik
  • Bab 4: Morfologi
  • Bab 5: Sintaksis
    • Beberapa cara pengkajian sintaksis
    • Pola-pola ayat dasar dalam Bahasa Malaysia
    • Pemindahan kalimat
  • Bab 6: Golongan kata
    • Pandangan Raja Ali Haji tentang kelas kata dalam Bahasa Melayu
    • Ilmu bahasa dan penggolongan jenis kata dalam Bahasa Melayu
    • Pemindah golongan jenis kata
  • Bab 7: Semantik
    • Semantik
    • Sedikit tentang makna
    • Keperihalan keadaan: Satu teknik penganalisaan makna

Rujukan sunting

  • Abdullah Hassan. Rencana Linguistik (1978). Diterbitkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (tiada ISBN)