Renita Sukardi, bernama panggilan Irene (lahir di Jakarta, 26 Julai 1979) ialah model, pemandu acara dan pelakon televisyen di Indonesia yang berketinggian 165 cm. Irene yang memulai kerjaya dengan pengiklanan ini cukup terkenal di dunia sinetron. Sinetronnya iaitu Darah & Cinta II, Playboy Cap Jempol, Gado-Gado Metro, Hikmah dan Galang. Wajah dan rambutnya juga muncul antara lain dalam iklan 'Lifebuoy', Shampo Natur', 'Salonpas', dan 'Diapet'. Sebagai juruhebah, bidang yang ingin beliau tumpukan, Renita hadir membawakan maklumat hiburan 'Buah Bibir', 'Kasus Selebritis' dan 'Ketemu Setan'. Beliau juga dahulunya merupakan alumni SMA Sumbangsih.

Pautan luar sunting