Rennes-le-Château

Rennes-le-Château ialah salah satu dari komun yang terdapat dalam wilayah Jabatan Aude dan terletak di selatan Perancis.

Rennes-le-Château
Tour Magdala
Tour Magdala
Jata Rennes-le-Château
NegaraPerancis
KawasanOccitanie
JabatanAude
ArrondissementLimoux
KantonCouiza
Pentadbiran
 • Datuk Bandar (2008–2014) Alexandre Painco
Keluasan
1
14.68 km2 (5.67 batu persegi)
Penduduk
 (2007)2
92
 • Kepadatan6.3/km2 (16/batu persegi)
Zon waktuUTC+1 (CET)
 • Musim panas (DST)UTC+2 (CEST)
INSEE/Poskod
11309 /11190
Ketinggian272–568 m (892–1,864 ka)
(purata 435 m atau 1,427 ka)
1Data Daftar Tanah Perancis, yang tidak termasuk tasik, kolam, glasier > 1 km² (0.386 m² atau 247 ekar) dan muara sungai. 2 Penduduk tanpa pengiraan dua kali: penghuni berbilang komun (misalnya, para pelajar dan kakitangan tentera) dikira sekali sahaja.

Rennes-le-Chateau adalah sebuah desa kecil di kawasan berbukit dan terkenal di peringkat antarabangsa. Terletak 1500 kaki di atas bukit di dua desa berkembar Couiza dan Montazels, tempat ini merupakan kawasan penuh sejarah yang mempunyai hubungan dengan Celt, Rom, Visigoth, Merovingian, Cathars dan sudah pasti Knight Templar. Kedudukannya yang berdekatan dengan Laut Mediterranean pernah menjadikan ia sebagai 'Laluan Sutera' para pedagang, tentera, rahib-rahib dan pengembara, tidak hairanlah tempat ini penuh kesan-kesan sejarah serta menerima beribu-ribu pelawat setiap tahun.

Dikatakan bahawa disinilah tempat yang menjadi pusat kepada pelbagai teori konspirasi dunia.

Desa ini adalah jantung kepada sejarah penubuhan Knight Templar dan kaum Cathar. Disini jugalah lokasi yang dikatakan tertanamnya khazanah yang ditemui oleh seorang paderi pada abad ke-19 yang bernama Francois Brenger Sauniere ketika sedang mengubahsuai Gereja Sainte-Madeleine (St. Magdelena) yang didakwa oleh banyak pengkaji sebagai khazanah-khazanah dari kota suci Jerusalem yang mana sebelumnya telah digali oleh sembilan orang perintis Knight Templar terawal yang tak ternilai harganya dan dipercayai telah dipindahkan ke Rennes-le-Château oleh Knight Templar ketika Perang Salib. Legenda itu mengatakan lagi, kesatria Knight Templar itu menyembunyikan khazanah atau harta karun itu disini selepas hukuman ke atas De Molay, pemimpin tertinggi atau Grand Master ke 23 mereka yang dibakar hidup-hidup atas arahan Raja Perancis.

Walaupun lagenda ini bersifat khabar angin dan tidak dapat disahkan dengan tepat serta selalu dipertikaikan oleh ramai orang terutamanya penganut yang beriman kepada ajaran Kristian seperti Katolik kerana kewujudan pelbagai teori yang bercanggah dengan kitab Bible seperti kisah kontroversi Maria Magdelena, namun dipercayai apa yang ditemui oleh paderi Francois Brenger Sauniere di Rennes-le-Château ialah beberapa perhiasan Baitulmaqdis, harta karun peninggalan King Solomon (Nabi Sulaiman) seperti cincin hikmah milik baginda, Ark of Covenant (Tabut As-Sakinah iaitu peti milik Nabi Musa yang antara lain didalamnya dipercayai terdapat Taurat, Tongkat sakti Nabi Musa dan beberapa peninggalan milik Nabi Harun) dan mungkin juga Holy Grail (cawan suci yang ajaib milik Nabi Isa) atau teori terkenal di Rennes-le-Château ini yang mengatakan bahwa Holy Grail itu sebenarnya ialah keturunan dari zuriat Nabi Isa atau Jesus melalui perkahwinannya dengan Maria Magdelena seperti yang dipopularkan oleh Dan Brown melalui novel 'best-selling'nya iaitu The Da Vinci Code.)

Terdapat juga spekulasi yang mengatakan bahawa penggalian yang dilakukan oleh knight Templar di Jerusalem telah menemui beberapa manuskrip-manuskrip rahsia. Tidak ketingglan pendapat yang mengatakan turut ditemui ialah kitab-kitab sihir lama milik orang yahudi yang memuja syaitan-syaitan yang mana ketika zaman pemerintahan Nabi Sulaiman telah diharamkan dan dirampas lalu disembunyikan oleh baginda di bawah dasar Jerusalem sebelum dikorek dan dibawa keluar serta diamalkan kepercayaan mistik tersebut oleh para kesatria Knight Templar seperti melakukan ritual sihir dengan menyembah Baphomet dan mengamalkan sodomy (liwat), hingga menjadi antara peyebab mereka menjadi tersangat kaya raya hingga mampu membina sistem perbankan sendiri, memperkenalkan sistem cek, mempopularkan sistem kewangan yang berteraskan riba' lalu mencipta sistem kapitalis moden yang pertama, bermaharalela dan berbuat sesuka hati di Eropah sehingga dapat menggugut raja-raja Eropah yang berhutang dengan mereka, tidak lagi mengamalkan ajaran kristian walau mengaku sebagai tentera salib sehinggalah akhirnya menjadi penyebab kepada pengharaman knight Templar itu sendiri.

Hari ini, Rennes-le-Château tetap tinggal sebagai tempat yang misteri di Perancis. Tiada siapa yang mampu menduga dengan tepat apa yang ditemui oleh Francois Brenger Sauniere sehingga mampu mengubah lanskap Rennes-le-Château sebagai tempat misteri kerana paderi yang berumur 33 tahun ketika menemui khzanah atau mungkin juga hanya manuskrip yang memimpin kepada harta penting yang terpendam itu telah membawa apa yang ditemuinya ke Paris pada Januari 1893, di mana ia telah menualnya di sana kepada pihak yang tidak diketahui lagi misteri hingga menyebabkan dia juga menjadi kaya raya tetapi malang kerana ada pendapat yang mengatakan dia terpaksa dibunuh bagi mengelakkan rahsia penemuannya terbongkar lalu kekallah rahsia penemuannya itu sebagai rahsia dan terus misteri hingga ke hari ini.

Antara tempat menarik di Rennes-le-Château ialah Menara Tour Magdala yang dibina oleh Francois Brenger Sauniere sebagai perpustakaan kepada pastor berkenaan dan ia masih elok terpelihara dan masih boleh dilihat hingga ke hari ini selain Gereja Sainte-Madeleine (St. Magdelena)sendiri yang dihias dengan beberapa perkara yang misteri dan kadang-kadang mengerikan oleh Pastor berkenaan.


Lihat juga sunting

Rujukan sunting