Buka menu utama

Makedonia Utara atau Macedonia Utara[nota 1] (Bahasa Macedonia: Северна Македонија, translit. Severna Makedonija), secara rasminya Republik Makedonia Utara (Bahasa Macedonia: Република Северна Македонија, translit. Republika Severna Makedonija) alah sebuah negara terletak di Semenanjung Balkan, Eropah Tenggara. Ia merupakan salah satu negara pecahan kepada Republik Persekutuan Sosialis Yugoslavia yang merdeka pada tahun 1991. Antara tempoh ia dimerdekakan 1991 dan Februari 2019, ia dikenali secara rasminya sebagai Republik Macedonia / Republik Makedonia , atau secara pendeknya Makedonia / Macedonia.

Republik Makedonia Utara

Република Македонија
[Republika Makedonija] error: {{lang}}: teks mempunyai penanda italik (bantuan)
Flag of Makedonia Utara
{{{coat_alt}}}
Bendera Jata negara
Lagu kebangsaan: Денес над Македонија  (B. Makedonia)
Lokasi the  Makedonia Utara  (jingga) di Eropah  (white)  –  [Petunjuk]
Lokasi the  Makedonia Utara  (jingga)

di Eropah  (white)  –  [Petunjuk]

Ibu kotaSkopje
Bahasa rasmiBahasa Makedonia
PemerintahanRepublik demokrasi berparlimen
• Presiden
Gjorge Ivanov
Zoran Zaev
PerundanganPerhimpunan Republik Makedonia Utara
Keluasan
• Jumlah
25,713 km2 (9,928 bt2) (ke-145)
• Air (%)
1.9
Populasi
• Anggaran 2017[1]
kira-kira 2,103,721 [1]
• Bancian 2002
2,022,547[2]
• Kepadatan
80.1/km2 (207.5/sq mi) (122nd)
KDNK (PPP)Anggaran 2019 
• Total
$33.822 billion[3]
• Per kapita
$16,253[3]
KDNK (nominal)Anggaran 2019 
• Jumlah
$12.383 billion[3]
• Per kapita
$6,143[3]
Gini (2016)positive decrease 33.6[4]
rendah
HDI (2017) 0.757[5]
tinggi · ke-80
Mata wangDenar Makedonia (MKD)
Zon masaUTC+1 (CET)
• Musim panas (DST)
UTC+2 (CEST)
Kod panggilan389
Internet TLD.mk

Negara ini menganggotai Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada 1993, namun pertelingkahan nama "Macedonia" dengan negara Yunani yang berjiranan menyebabkan ia didaftarkan bawah nama Republik Bekas Yugoslavia Macedonia (The former Yugoslav Republic of Macedonia)[6][7] Pada Jun 2018, pihak negara tersebut dan Yunani menandatangani Perjanjian Prespa yang mensyaratkan bahawa nama negara tersebut mesti ditukar kepada "Republik Makedonia Utara" erga omnes. Penamaan semula ini dikuatkuasakan pada 12 Februari 2019.[8][9]

PenamaanSunting

Perselisihan nama antara Athena dan SkopjeSunting

Pertelingkahan ini akhirnya diselesaikan dengan penandatanganan Perjanjian Prespa antara kedua-dua negara pada 17 Jun 2018; hal ini menggiatkan penamaan semula negara "Republik Bekas Yugoslavia Makedonia" kepada "Republik Makedonia Utara" lapan tahun kemudian.[10][11]

PolitikSunting

Republik Makedonia Utara memerintah di bawah suatu sistem parlimen yang di mana pemerintahannya terdiri dari pemerikatan partai-partai dalam suatu parlimen ekadewan (Собрание, Sobranie) dan sebuah badan kehakiman bebas yang dilengkapi sebuah mahkamah perlembagaan. Parlimen Makedonia Utara terdiri dari 120 anggota yang dilantik setiap 4 tahun sekali. Presiden memegang peranan yang cukup besar dan penting dalam pemerintah Republik sebagai Panglima Angakatan Bersenjata Makedonia serta Jawatankuasa Keselamatan Makedonia Utara. Presiden Republik dipilih setiap 5 tahun sekali dan dapat menjawat sebanyak 2 kali dalam satu-satu masa.

Pemaktuban undang-undang baru pada tahun 2005 menyebabkan pemerintah setempat dibahagi dan diagihkan kepada 78 daerah. Ibu kota Skopje sendiri terdiri dari 10 daerah administratif yang digabung dalam sebuah daerah bernama "Skopje Raya". Daerah administratif di Makedonia mengontrol pemerintahannya sendiri-sendiri. Beberapa daerah administratif berkerjasama dalam berbagai-bahai bidang. Partai-partai politik di Makedonia Utara kebanyakannya wujud berdasarkan asal etnik - terutamanya antara bangsa etnik Makedonia yang majoriti dan bangsa Albania yang minoriti. Isu ketidaksetimbangan kekuasaan kedua-dua etnik ini membawa kepada konflik sivil tahun 2001, dan perselisihan ini diselesaikan dengan Persetujuan Ohrid pada tahun 2004 yang memperuntukkan perwakilan politik lebih kepada etnik bangsa Albania. Pada tahun 2004, Parlimen Makedonia memberikan autonomi yang lebih besar pada daerah-daerah berpendudukan etnik Albania yang besar.

Lihat jugaSunting

NotaSunting

  1. ^ ejaan "Macedonia", dengan huruf c, ialah pinjaman terus bahasa Inggeris dan lebih digunakan di Malaysia dan Singapura.

RujukanSunting